Terkejut Eunbi apabila seorang perempuan masuk ke dalam rumah mereka.Mingyu pula lelaki itu hanya diam. Seakan baru tersedar sesuatu. Hyuna yang sudah berdiri kaku dipandang. Gadis itu hanya diam tetapi air matanya mengalir laju membasahi pipi.
"Awak buat apa ni?." Hyuna melangkah perlahan mendekati mereka. Mingyu berdiri. Tangannya cuba menyentuh lengan Hyuna. Tapi pantas gadis itu menepis.
"Saya tanya awak. Awak buat apa ni?"
"Ni ke kerja yang awak cakap tu? Sibuk sangat sampai tengah malam baru nak balik? " tegang suasana sekarang. Mingyu diam. Eunbi diam.
"Sampai hati awak buat saya macam ni. Awak marah saya. Tuduh saya yang bukan-bukan.Macam saya punca hubungan kita retak. Tapi awak sendiri buat benda ni belakang saya Mingyu?.. " hatinya panas. Tapi sedaya upaya dia tahan supaya tidak menaik tangan. Kepalanya dipegang. Sakit. Air matanya juga tidak berhenti mengalir.
Kepala Hyuna digeleng sebelum dia berlalu pergi. Terus ditinggalkan sahaja barang yang dia hendak ambil tadi. Biar jelah. Hatinya lagi penting sekarang ni.
"Sayang! " Mingyu membuka langkah untuk mengejar Hyuna.
"Mingyu. "
Terasa tubuhnya ditarik oleh Eunbi. Gadis itu terus mencium bibirnya kembali. Dirangkul leher lelaki itu untuk mendalamkan lagi ciuman mereka.
Tidak kisahlah Mingyu milik siapa sekali pun. Dia akan tetap menjadikan lelaki itu miliknya juga.
♡
Stereng kereta digenggam kuat oleh Hyuna. Sakit. Geram. Hancur hatinya apabila melihat Mingyu berdua-duaan dengan gadis lain. Berkelakuan intim di dalam rumah dia dan Mingyu. Pedih hati dia melihat.
Pedal minyak ditekan dalam. Seakan melepaskan perasaan marahnya pada kereta itu. Semakin lama semakin laju kereta meluncur di atas jalan raya. Air mata yang mengalir laju dibiarkan sahaja.
Kemana dia pergi dia sendiri tidak tahu. Pergi jelah. Janji kereta bergerak jauh daripada rumah itu.
"Aaa! "
Stereng kereta dihentak kuat. Break ditekan mengejut. Hatinya sakit. Terlalu sakit. Mingyu menuduh dia seakan dia lah yang paling jahat. Tetapi lelaki itu sendiri yang buat perkara itu di dalam rumahnya.
♡
Berkali-kali Mingyu menelefon Hyuna dan barulah dia perasan yang telefon gadis itu berada di bilik mereka.
Dia mengeluh. Eunbi pagi lagi dia sudah balik ke rumah menaiki grab. Sofa yang berada di ruang tamu dihampiri lalu melabuhkan punggung. Duduk di situ.
"Saya minta maaf Hyuna.. Saya mengaku salah saya... "
♡
Aku duduk di dalam bilik. Berkurung. Minjae dan Jinae pun sudah dihantar ke tadika oleh Tuan Park tadi. Jadi aku hanya baring sahaja di dalam bilik ini.
Aku tak tahu nak buat apa sebab telefon aku tertinggal dekat rumah. Biar jelah. Tak ada lah ada yang nak mengganggu aku nanti.
Mama dah tahu dah apa yang jadi. Tapi dia hanya diam sahaja. Tapi riak wajahnya jelas nampak yang dia sedikit kecewa dengan Mingyu. Papa pula tak bagi riaksi apa-apa. Aku tak tahu dia marah ke. Kecewa ke. Tak tahu.
Aku kena lari dari sini sebelum Mingyu datang sini dan tanya dekat mama pasal aku. Tapi aku nak pergi mana?
♡
"Hujung bulan ni aku balik. " kepala Daeho terus menoleh memandang Chanyeol.
"Apa?! "
"Yang kau jerit kenapa? " besar mata Chanyeol memandang Daeho. Sabar jelah dapat kawan macam ni. Drama betul.
"Hujung bulan ni aku balik..."
"Hujung bulan? Maknanya lagi... " Daeho mengira jarinya.
"Lagi dua minggu lah kau dekat sini? " Chanyeol hanya menganggukkan kepalanya.
"Yes, finally! dapat juga aku hidup sorang diri." tangan kanannya digenggam.
"Alah kau. Macam sebelum ni tak pernah duduk sorang? " Daeho hanya ketawa kecil sahaja apabila Chanyeol berkata sebegitu.
♡
Eunbi duduk termenung di dalam pejabatnya. Balik sahaja dari rumah Mingyu dia terus bersiap untuk datang ke pejabat.
"Lagi sikit je Eunbi..." dia bercakap sendirian. Dia terkejut yang lelaki itu sudah berkahwin. Tapi apa dia peduli?
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...