9

57 4 1
                                    


         Kereta dipakir dan Soora keluar bersama Jiah. Tangan kecil anaknya dipegang dan mereka berjalan bersama.

       "Jiah nak beli apa? "

       "Jiah tak tahu lah nak beli apa. Baju ke mainan untuk Minjae dengan Jinae. " wajah ibunya dipandang.

       "Jiah, beli mainan lah. Mama dah beli baju. " jawab Soora.

      "Okey. Jiah beli mainan. "

         Malam ni majlis hari lahir Minjae telah pun berlangsung. Hanya majlis kecil-kecilan sahaja. Cukup jemput sedara-mara dan rakan-rakan sekerja sahaja.

        Mingyu masih tidak bercakap dengan aku. Tetapi apabila ditanya atau meminta sesuatu dia masih lagi bersuara lembut kepada aku.

        Sesi potongan kek akan bermula 20 minit lagi. Jadi sempatlah untuk aku mengalas perut sementara menunggu sesi potongan kek bermula.

       "Jinae nak makan apa? "

       "Jinae nak makan mandu je. " jawab Jinae.

        "Mandu je tak kenyang nanti sayang. Nenek ada buat makaroni. Jinae kan suka makaroni nenek kan? "

        "Jinae nak mandu je. Jinae tak nak makan banyak banyak.." jawab budak kecil itu. Tangannya masih menggenggam tangan sang ibu.

       "Okey. Mommy ambil mandu ye. " Jinae hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dimain sudu dan garfu yang tersedia di atas meja itu. Sementara menunggu Hyuna mengambil makanan.

        "Kita makan dekat dalam nak tak? Dekat luar ni dah penuh lah." cadang Hyuna. Anaknya dipandang dari bawah.

      "Okey mommy."

        Ruang tamu yang sedikit bersepah itu dikemas oleh Hyuna sebelum dia meletakkan makanannya di atas meja.

     Jinae pula terus masukkan sebiji mandu ke dalam mulutnya. Penuh. Sehingga kembung pipi budak kecil itu.

      "Mommy! " Hyuna menoleh. tubuhnya dipeluk kejut. Minjae.

      "Kenapa makan dekat dalam?" Mingyu menanya dilabuhkan punggung berseberlahan dengan isteri.

       "Dekat luar dah penuh. Saya makan dekat dalam. Awak pergi mana tadi dengan Minjae? " Hyuna pula menanya.

     "Borak dengan Jungkook. Saya nampak Seokjin dengan Soora datang. Ada Jiah sekali. Tapi dia tak perasan saya dekat situ. " aku diam. Tiba-tiba terasa kecut perut.

       "Tak ada apa-apa lah. Saya dah tumbuk dia semalam dah tak berani dah nak kacau awak..." kepala Hyuna diusap lembut. Gadis itu hanya tersenyum nipis sebelum kembali menyuap sesudu makaroni di dalam mulut.

      "Minjae, happy birthday! " sekotak hadiah berwarna biru bercorak kereta itu diberi kepada Minjae.

       "Nah, Jinae pun ada juga!" sekotak hadiah berwarna merah jambu bercorak hati pula diberi kepada Jinae.

      "Terima kasih. Akak Jiah! " Minjae senyum kepada Jiah. Suka. Lebar senyumannya.

      "Terima kasih datang akak.." lengan Soora dipegang. Seokjin yang berada disebelah Soora cuba diabaikan.

     "Sama-sama. Happy birthday Minjae! " lagi sekali perkataan itu diucap sebelum Soora berlalu pergi.

     "Hyuna. " namanya disebut.

     "Ya? "

     "Saya nak minta maaf pasal semalam." Seokjin senyum ke arahnya.

     "Okey. Saya masuk dulu ya? " Hyuna terus pergi meninggalkan Seokjin. Malas hendak berlama dengan lelaki itu.

       Minta maaf sudahlah. Tak perlu nak senyum-senyum, tenung muka macam nak tembus bagai.

       "Sayang? " pintu bilik dibuka. Terpancullah wajah Mingyu disebalik daun pintu itu.

       "Saya lapar..."

       "Lapar? Tadi tak makan? "

        "Makan. Tapi lapar balik. "

        "Saya tak tahu lah makanan ada lagi tak. Kalau ada saya panaskan. Jom lah. " Hyuna berdiri. Tangannya menarik lengan Mingyu untuk mengikutinya.

        "Tapi. Tak jadi pula."

        "Apa yang tak jadi? "

        "Tak jadi lapar. Lapar benda lain. " Wajah berkerut Hyuna dipandang sebelum dia menarik tangan gadis itu baring mengiring menghadapnya.

         "Awak lapar tak ni? " suara Hyuna sedikit meleret apabila Mingyu hendak bermain dengannya.

        "Lapar. Tapi saya tak lapar untuk makan nasi. Saya lapar benda lain." wajah Hyuna dipandang.

        "Mula lah tu. Kita dekat rumah ibu. Tak boleh.."

       "Tak boleh? Serius? Maknanya nanti kita balik rumah boleh lah? Kalau macam tu kita kemas baju sekarang lah.  Bertenaga pula saya malam ni. " Mingyu terus bangun dari baringnya. Lengan baju disinsing. Bersemangat terus.

       Hyuna ketawa mengekek sebelum dia juga bangun menghadap Mingyu yang sudah tersenyum suka sehingga menampakkan gigi taringnya.

       "Awak kenapa ni? Teruk betul laparnya. Macam dah setahun tak makan. " tanya Hyuna. Lebih kepada menyakat.

      "Amboi sayang. Tak ada lah sampai setahun saya tak makan. " Hyuna tersenyum. Sesekali ketawa dengan lawak Mingyu.

      Mereka diam. Merenung wajah masing-masing. Tangan Hyuna dipegang seraya mengusap lengan gadis itu.

      "Saya sayang awak tau.. " Wajah Mingyu mendekat ke arah Hyuna. Semakin dekat sehingga terasa hangat pernafasan dan bibir mereka bersatu. Lama.

      Tubuh Hyuna ditolak perlahan menyuruh gadis itu baring. Belakang badannya dipeluk Hyuna. Mencengkam baju t-shirt putih Mingyu.

      "Daddy! Tengok abang!  Dia patahkan patung barbie Jinae! Dah rosak dah ni! " Mingyu mengeluh. Baru sahaja hendak beromantik bersama isteri ada je gangguan.

     Mingyu bangun dan terus pintu dibuka oleh Jinae. Laju jalannya menghampiri Mingyu sambil membawa patung barbie yang sudah terputus kaki kirinya.

Hye semua, terkejut tak saya pub 3 chap? Hahaha saje je. Bosan. Jadi saya publish lah 3 terus. Dah dapat tahu belum watak jahat kali ni siapa? Watak jahat bukan sorang je tau. Ada lagi. Berapa? Tak boleh bagitahu. Tapi watak jahat yang sorang tu lah susah nak hilang. Sampi dah akhir cerita baru dia hilang. Eh terspoil. Tak pelah. Kira halal... ;) hahah stay safe guys. Covid-19 masih ada lagi. Kes pun makin banyak. Jaga diri tau...

Bye saranghabnida~ *suara junghwan*

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now