Selesai sahaja mengambil Jinae dan Minjae disekolah. Hyuna terus pergi ke kedai makan yang berdekatan. Sahaja nak berjalan.Mingyu pula akan sampai beberapa minit lagi. Jadi dia hanya memesan makanan terlebih dahulu sementara menunggu kedatangan Mingyu.
"Mommy, Jinae nak ni boleh? " gambar kentang goreng yang ada pada menu itu ditunjuk oleh Jinae.
"Kenyang ke? Kalau mommy oder macaroni cheese nak? Abang nak makan macaroni. " kepala anaknya diusap.
" Tak nak. Jinae nak ni je. "
"Okay, Mommy will take this one. but I will take macaroni too and brother can share it with you. Okay? " Jinae menganggukkan kepalanya dan terus bermain bersama Minjae.
Setelah mengoder makanan Hyuna melihat telefon bimbitnya. Sempat juga matanya memandang Minjae dan Jinae yang sedang bermain bersama.
"Hai? "
Hyuna menolehkan kepalanya. Senyuman yang terukir perlahan-lahan kendur apabila lelaki itu berada dihadapannya.
"Seokjin.. "
"Awak masih ingat saya? " Hyuna tersenyum kekok.
"Boleh saya duduk? " kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Tidak sempat Hyuna menjawab Seokjin sudah duduk diatas kerusi.
"Anak awak? "
Hyuna tersenyum dan memandang Jinae dan Minjae yang memandang Seokjin pelik.
"Hai! Nama awak siapa? "
"Minjae"
"Jinae"
Seokjin tersenyum seraya mengusap rambut Minjae. Pandangannya dialihkan pada Hyuna pula.
"Awak buat apa dekat sini? " Seokjin menanya seraya tersenyum ke arah Hyuna.
"Makan. "
"Can I join? "
"Mmm, not sure. My husband is on the way here. " Seokjin terdiam seketika. Dia lupa akan hal itu.
"Kalau saya tak mabuk. Mungkin diorang ni akan jadi anak saya kan? " Minjae dan Jinae dipandang sepi.
"Saya mintak maaf pasal-"
"Seokjin, it's okay. Benda dah lepas dah pun. Saya dah lama maafkan awak. Isteri awak mana? Tak ikut sekali? " percakapan Seokjin dipotong dan terus ditukar pada topik lain.
" Tak, dia dekat rumah. Saya lunch sorang. Tak sempat nak balik rumah. " Seokjin menjawab.
"Hyuna-"
"Sayang? "
Mingyu datang mendekat kepala Hyuna dicium. Sengaja menunjuk kemesraannya dihadapan Seokjin.
"Eh, Seokjin? Kau buat apa dekat sini? Isteri kau mana? " Seokjin berdiri dari duduknya. Panas mungkin.
"Dia dekat rumah. Aku lunch sorang."
"Ouh, sayang dah oder makanan ke? " Mingyu menanya.
"Dah, tapi saya cuma oder untuk saya dan budak-budak ni. Saya tak tahu awak nak makan apa. " jawab Hyuna.
"Ouh, okay. Seokjin jomlah sekali? "
"Ouh, tak apa. Aku rasa aku dah lambat. Aku pergi dulu. " Seokjin melambai Minjae dan Jinae kemudian berlalu pergi.
"Kenapa lambat? "
"Jalan jam tadi..." tipu Mingyu. Dia sebenarnya sudah sampai daripada tadi. Dia hanya duduk dimeja lain dan memerhati Seokjin dan isterinya sahaja.
Tapi apabila melihat tangan Seokjin yang hendak menyentuh hyuna terus sahaja dia bangun dan menghampiri mereka.
♡
"Seokjin, awak okey? Dari awak balik kerja sampai sekarang. Awak diam je. Ada benda yang nak bagitahu ke? " Soora menanya.
"Tak. "
"Betul? Awak nampak serabut sangat. "
"Habis tu? Pergilah! Sakit kepala lah macam ni! " Seokjin bangun dan keluar dari rumah.
Anaknya yang terkejut itu didekati dan dibawa naik ke atas bilik anaknya.
"Mama, papa marah siapa? " Jiah yang berumur tujuh tahun itu dipandang lembut.
"Tak, Papa tak marah siapa-siapa pun. Jiah tido okey? Esokkan nak sekolah. Nak mama hantar ke papa hantar?" tubuh anaknya ditepuk perlahan.
"Mama."
"Okey. Tidur tau. I love you. "
" i love you too "
Jiah yang sudah terlelap itu dipandang. Termenung seketika. Ini kali kedua Seokjin berdingin dengannya. Pertama ketika mereka baru berkahwin dan yang kedua sekarang ini lah.
Pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja. Dulu semua benda lelaki itu luah padanya apabila berasa sedikit penat. Tapi sekarang. Lelaki itu lebih untuk pendam dan lepaskan kepadanya.
Soora bangun dari katil dan keluar dari bilik Jiah. Ruang tamu yang sedikit berselah dengan buku mewarna anak perempuannya dikemas dan menutup siaran tv yang masih menyala.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...