Kek yang sudah disapu krim aku letak di atas meja. Hari ni semua ada. Keluarga aku. Keluarga Mingyu. Jungkook dan pasangannya dan keluarga kecil Seungkwan."Bila Mingyu nak sampai Nana? " tanya ibu kepada aku.
"Sekejap lagi kot. Tadi Nana telefon dia kata baru turun flight. " beritahu aku. Ibu hanya mengangguk sahaja.
Tak lama tu kereta Mingyu mula masuk ke perkarangan rumah kami. Jinae dengan Minjae sudah keluar terlebih dahulu untuk menyambut kepulangan Mingyu.
"Kenapa banyak sangat kereta parking dekat luar sayang? " tanya Mingyu searaya mengusap rambut perang kecoklatan milik Jinae.
"Banyak ke? Empat kereta je. "
"Still banyak. Kalau kereta mainan tak apa. Ni kereta betul. Besar. " Hyuna ketawa kecil.
"Masuk lah. Semua orang dah tunggu awak." jemput aku lalu melangkah pergi.
"Amboi. Kerja luar je pun. Tak payah lah sambut macam saya baru lahir hari ni. " Mingyu masuk bersama Jinae didukungan dan Minjae di sebelahnya.
"Wah! Meriahnya rumah!"
Aku hanya tergelak kecil seraya menghampiri mereka yang sudah menunggu kedatangan kami.
"Selamat hari jadi Mingyu! "
Selesai bernyanyi kami pun mula mengambil makanan yang sudah dihidang. Sekali-sekala kami berbual dan bergelak-ketawa.
♡
Selesai mengemas aku naik ke atas semula. Pintu bilik aku buka dan masuk ke dalam.
"Haih, Mingyu ni. Banyak kali orang pesan baju kotor letak dekat bakul. Tapi letak juga dekat katil. " baju dan seluar Mingyu aku ambil. Poket kecil yang ada pada baju dan seluar aku sentuh. Takut ada kunci kereta ke beg duit aku main letak je dalam bakul baju kotor nanti.
"Apa benda ni? "
Satu peket kecil aku keluarkan dari poket seluar jeans Mingyu. Tak lain tak bukan. Benda tu. Aku diam. Tapi jantung aku sudah laju mengepam.
"Sayang? "
Mingyu menghampiri aku. Bahu aku disentuh. Kepala aku angkat untuk memandang wajah Mingyu yang baru sahaja selesai membersihkan diri.
"Apa benda ni? "
Paket kecil yang ada pada tangan aku cuba diambil olehnya.
"Jangan sentuh. Saya tanya. Apa benda ni? "
"Apa? Saya tak tahu. Bagi sini saya tengok.. " Mingyu cuba ambil dengan cara yang lembut.
"Awak sentuh benda ni Mingyu?"
"Kenapa ni? Saya tak tahu apa-apa pun. " pelik Mingyu.
"Awak ambil dadah kan? Selama ni awak kata awak pergi kerja luar tu. Sebab benda ni kan? " paket kecil itu aku tunjuk depan mata dia.
"Saya tak buat. Saya memang betul-betul pergi kerja. Jangan tuduh saya. " wajah Hyuna dipandang tepat pada mata gadis itu.
"Jangan tipu saya Mingyu. Benda ni bukan kali pertama saya jumpa. Bawah katil. Kabinet dapur. bawah meja ruang tamu. Awak masih nak menindakkan benda ni ke? " tanya aku lagi.
" Ke memang selama ni awak balik lambat sebab hisap benda ni? " nafas aku sudah turun naik memandang wajah Hyuna. Aku penat cari duit untuk bagi dia makan. Bagi dia pakaian. Dia tuduh aku macam tu je?
"Saya dah cakap kan saya tak buat. "
"Habis macam mana benda ni boleh ada dalam poket seluar awak? Tak akan orang lain pula yang nak letak? Siapa je yang selalu keluar dari rumah ni? "
"Tak sayang! Sumpah! Saya tak tahu macam mana benda tu boleh ada dalam poket seluar saya..." aku hanya menggeleng kepala. Penipu!
"Ya tuhan, sayang! Sumpah saya tak buat semua tu! Percayalah saya.."
"Eh, kau tak payah tipu aku lah Mingyu! " tangannya aku tepis ke tepi.
"Aku dah tak percaya kau lah! Dah kali ketiga tahu kau buat aku macam ni! Kau ingat aku apa?! " baju Mingyu dihempas kembali pada katil.
"Sayang! Sumpah sayang! Saya tak buat! " bahu isterinya cuba disentuh. Cuba untuk memberitahu perkara yang betul.
"Jangan sentuh aku! Aku dah malas nak percaya manusia yang macam kau tahu tak! Cukup lah kau dera aku! Kau tuduh aku macam aku yang paling jahat dalam keluarga ni tapi kau sendiri yang buat benda terkutuk tu. Lepastu kau tak nak mengaku yang kau ambil benda ni?! " naik turun dada aku. Air mata jatuh mengalir tanpa henti. Aku kecewa. Tersangat kecewa.
"Hyuna. Saya tak buat.. "
"Jangan sentuh aku! "
Mingyu diam. Hyuna yang sudah menangis dipandang. Dia geram tapi dia cuba sabarkan hati. Isterinya langsung tak beri dia peluang untuk bersuara.
"Sayang, sum... "
"Kau diam lah! "
"Cuba bagi saya peluang untuk bagitahu awak benda yang betul! Setiap kali saya cuba nak cakap. Setiap kali tu lah awak potong! Saya ni suami awak! Awak patut percaya dekat saya! Dengar apa yang saya cuba nak jelaskan! Saya cakap saya tak buat! " terpejam mata Hyuna apabila suara aku naik meninggi dalam bilik ini.
"Tolong percayakan saya. Saya kata saya tak buat..."
"Saya tak boleh Mingyu. Kepercayaan saya dah hilang pada awak. Cukuplah kepercayaan dan kemaafan yang saya dah pernah bagi pada awak dulu. Saya kecewa. Kecewa sangat. Sanggup awak buat benda ni belakang saya.."
"Saya dah cakap saya tak buat! Saya tak buat! " aku diam. Mingyu sudah terduduk pada katil. Kepalanya disentuh.
"Awak buat lah apa yang awak nak buat Mingyu. Jauhkan diri awak dengan anak-anak sementara waktu. Dengan saya juga" dan aku terus keluar dari bilik itu. Kunci kereta aku ambil dan turun ke bawah.
"Mommy... "
♡
"Tolong lah Hyuna. Tolong percayakan saya hingga akhir nafas awak.. "
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...