8

46 6 0
                                    


        Kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Kepala aku tolehkan melihat Mingyu. Lelaki itu hanya diam. Wajahnya sedikit tenang. Bibir aku kemam dan kembali memandang hadapan.

        "Dia ada buat apa-apa tak dekat awak? " Mingyu menanya. Penat dia tunggu Hyuna meminta maaf. Nampaknya dia kene mulakan dulu.

         "Ha? "

         "Seokjin, ada sentuh awak tak? " soalan diulangi sekali lagi.

          "Tak. "

           "Kenapa tak lari je tadi? Awak dah tahu dia nak cium awak kenapa awak tahan je tangan dia? Lupa ke awak tu isteri saya. Ada Minjae dengan awak dekat situ. Dia tu dah besar. Boleh tahu apa yang orang sekeliling dia tengah buat. " kereta kembali bergerak.

          "Saya tak tahu. Saya tak tahu nak buat apa masa tu. Saya minta maaf. " air mata kembali bertakung dibawah mata.

        Mingyu diam. Fokuskan pandangannya pada memandu. Salah tengok nanti naya sahaja. Nafas dihembus seketika. Hatinya masih panas tetapi dia hanya bersabar dan cuba hilangkan rasa marah dalam dirinya.

        "Dari kedai makan hari tu lagi saya nampak dia cuba nak pegang awak. Kali ni dia buat lagi. Kalau saya tak ada tadi macam mana? " Hyuna diam. Tangisannya cuba ditahan.

        "Saya tanya ni. Kenapa muka awak lebam-lebam macam ni Seokjin?." Hilang sabarnya apabila Seokjin memilih untuk berdiam diri.

         "Seokjin. Saya tanya ni.. "

          "Eh, kau diam boleh tak! " wajah Soora dipandang geram. Entah kenapa sibuk sahaja hal dia. Rimas rasa.

          "Saya tanya awak kenapa! Saya risau. Dah lah awak keluar dari tengah hari tadi sampai sekrang baru nak balik! Awak ingat saya dengan anak dekat rumah ni orang gaji awak ke?! " Seokjin memandang Soora. Tepat pada iris hitam gadis itu.

         "Perlu ke aku mintak izin kau sebelum aku keluar! Aku nak kemana. Dari pukul berapa sampai pukul berapa itu hak aku! Kau isteri duduk rumah jaga anak! Faham! " Jiah yang sudah menangis diatas sofa dibiarkan sahaja.

        "Saya ni isteri awak! Isteri awak! Bukan orang gaji! Saya pun ada hak nak tahu suami saya pergi mana? buat apa?! Saya tanya je tapi awak dah melenting macam ni macam saya ni selalu sangat tanya awak dekat mana? Buat apa? Dengan siapa?! Kenapa? Awak ada sorokkan sesuatu dari saya ke? Ha? " naik turun nafasnya bertengkar bersama Seokjin.

           "Saya sayang awak. Sebab tu saya tanya. Saya risau. Selain saya. Jiah pun rindukan awak. Saya minta maaf kalau saya dah tertinggi suara dengan awak. " Soora menarik tangan Jiah lembut dan pergi naik ke bilik Jiah.

        "Mama Jiah takut. Papa marah mama ke? " budak kecil itu menanya. Air mata yang mengalir diusap lembut oleh Soora.

        "Tak sayang. Papa penat je." senyuman diberi. Dia terkilan dengan perangai Seokjin yang sekarang. Dulu walaupun lelaki itu seperti tidak suka mengkahwininya tetapi dia masih lagi risau pasal dirinya. Sejak lahirnya Jiah Seokjin semakin rapat dengan dirinya tetapi sejak akhir-akhir ni Seokjin lain. Lelaki itu seperti menyorokkan sesuatu daripada dia.

        "Papa dah tak sayang kita ke mama? "

         "Tak sayang. Papa, sayang. Dia sayang sangat dengan kita. Dia cuma penat je. Papa kan kerja. Sebab tu dia marah mama. Dia penat. Esok dia okey lah. Jiah jangan risau okey. Esok papa okey lah tu... " belakang badan anaknya diusap lembut.

       "Hari ni mama tidur dengan Jiah, boleh? " Jiah menganggukkan kepalanya. Suka apabila ibu hendak sekatil dan sebantal dengannya.

        "Okey tidur. Esok kita nak jumpa Minjae dengan Jinae. " budak kecil itu tersenyum dan terus dia pejamkan matanya seraya senyumam yang masih terukir dibibir.

      "Mama, kita belum beli hadiah untuk Minjae dengan Jinae. " mata kembali terbuka memandang sang ibu.

      "Okey, esok kita beli hadiah untuk Minjae okey? " Soora membalas.

       "Jiah nak beli dua. Satu untuk Minjae. Satu lagi untuk Jinae. "

      "Kenapa? Esok hari jadi Minjae je."

       "Jiah nak beli dua... "

       " Bolehlah mama... Kesian Jinae nanti. Mesti dia sedih kalau Minjae je yang dapat hadiah... " pipi ibunya dipegang.

       "Okey, okey. Kita beli dua ya? Dah tidur. " Jiah mengangguk dan kembali memejamkan matanya seraya memeluk leher Soora.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now