"Sayang, hari ni. Saya balik lambat sikit mungkin. Saya ada hal. Bolehkan? " tubuh isterinya didekati."Kenapa minta izin saya?"
"Yelah, nanti tak nak lepas macam hari tu lagi. Adalah orang tu. Tiba-tiba peluk. Tiba-tiba cium. Tiba-tiba nak manja. Semua tiba-tiba. Terkejut saya." sekeping roti dimasukkan di dalam mulutnya.
"Dah tak dah. Kenapa tak selesa aeh? Sorry... " Hyuna melabuhkan punggungnya duduk disebelah Mingyu.
"Tak lah. Mana ada. Saya okey je. Hari-hari macam tu pun tak apa. Saya suka.. " Hyuna ketawa kecil. Merah pipinya menahan malu.
♡
"Ayah, ni anak Tuan Kim yang Eunbi bagitahu ayah tu.." Tuan Kwon memandang Mingyu. Senyuman manis diberi.
Betullah kata anaknya. Segak orangnya. Kacak. Tinggi. Dan menampakkan gigi taringnya apabila lelaki tu tersenyum.
"Macam mana perbincangan kamu dengan anak saya hari tu? Dia okey ke? Anak saya ni mulutnya boleh tahan juga.. " lengan ayahnya dipukul seraya tersenyum malu.
"Okey je. Dia mudah faham apa yang saya cuba sampaikan dekat dia. Banyak mulut tu biasalah banyak pengetahuan." jawab Mingyu seraya tersenyum kepada Tuan Kwon.
"Ayah kamu masih lagi di Jepun? "
"Ya, sebab syarikat kami dekat sana ada masalah sikit. Mungkin dalam seminggu lagi ayah saya akan balik kesini semula. " balas Mingyu.
"Ouh, macam tu. Tapi kalau saya serahkan anak saya yang uruskan hal ni tak apa ke? " tanya Tuan Kwon.
"Ha? Uruskan hal ni? Saya cuma gantikan ayah saya je. Nanti dia dah balik sini dia yang akan uruskan perbincangan ni. " jelas Mingyu.
"Saya rasa saya nak serahkan perbincangan ni dekat anak saya. Biar dia uruskan. Lagi pun dia belum pernah lagi berjumpa dengan klien. Jadi saya nak dia cuba uruskan sendiri. Tapi tak akanlah saya nak dia berurusan dengan ayah awak? " Mingyu terdiam. Pandangannya diturunkan.
Kenapa lah dia masuk 15 minit awal dalam bilik mesyuarat ini? Pekerjanya masih belum masuk pun dalam bilik ini. Hanya mereka bertiga sahaja.
"Erm. Saya kena bincang dengan ayah saya..."
"Kenapa nak bincang? Bukan awak dah uruskan suku daripada perbincangan ini ke?" Mingyu kembali mendiamkan diri.
Rasa panas punggung pula. Kenapa Tuan Kwon ni melebih?. Padahal lelaki itu sudah berjanji dengan bapanya. Lepastu nak menukar pada anaknya pula mintak diurusan.
"Kalau awak tak nak. Tak apalah... "
"Okey. Boleh. Boleh. Saya boleh gantikan ayah saya sampai perbincangan ni selesai.." Eunbi tersenyum. Akhirnya terima juga lelaki dihadapannya.
♡
"Terima kasih ayah sebab buat Mingyu terima nak gantikan ayah dia.. " wajah Tuan Kwon dipandang.
"Ayah dah buat apa yang kamu nak. Jadi tolong tunaikan permintaan ayah juga untuk kahwin dengan.. "
"Ya. Ya tahu. Ayah ni tak habis-habis sebut nama dia. Bosan tahu. Dia bukannya sentiasa ada dekat sini pun. " tangannya disilangkan pada dada nya.
"Dah tu? Kalau dia tak ada dekat sini pun kenapa? Tak bermakna kamu boleh nak mengedik dengan lelaki lain. "
"You mad at me? "
"Yes! Stop being a girl like this. You embarras me!. " Tuan Kwon melangkah pergi meninggalkan Eunbi yang sudah terdiam.
♡
"Chan. Bila kau nak balik sana? Dah setahun kau tak jenguk dia. Kau tak kesian dekat dia ? " lelaki itu menghampiri kawannya yang sedang duduk dihadapan tv.
"Biarkan dia. Dia yang buat aku jauh dari dia. Bukan aku. Kalau dia nak aku datang dekat dia. Jumpa aku. Mengaku dia yang salah. " jawab kawannya.
"Kau ni. Jangan buat perempuan macam tu. Maafkan jelah dia. Dah setahun dah pun. Apa lagi yang kau nak dendam dengan dia. Besar sangat ke kesalahan dia sampai kau hukum dia macam tu?" air kopinya dihirup. Panas. Keluar dari bilik mandi terus dibancuh kopi untuk diminum.
"Kau tak ada dekat tempat aku. Kau tak tahu.. "
"Apa yang aku tak tahu? Cuba bagitahu aku. Apa yang aku tak tahu? Kau pun sebenarnya nak jumpa dia kan? Tapi kau ego. Dia tu baru tunang kau tahu. Belum isteri lagi. Kau dah melebih macam suami dia.." air kopi panasnya lagi sekali dihirup.
"Kalau aku tak mula dari sekarang. Sampai bila-bila dia jadi macam tu.. "
"Habis kau yakin ke sekarang ni dia dah berubah? Yakin?" percakapan kawannya dipintas. Yakin betul kawannya sorang ni. Keras kepala pun satu juga.
"Baliklah kau sana. Semak je dekat rumah aku.. " kakinya melangkah pergi.
"Amboi. Halau? "
"Ya! Lagi cepat kau tak ada. Lagi bagus!" pintu biliknya ditutup dan meninggalkan kawannya yang berada diruang tamu itu.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...