13

39 4 1
                                    


Eunbi

Mingyu, nanti kita jumpa
Dekat cafe ya?

Boleh lunch sama sekali :)

Okey, nanti hantar location

Okey, thank you ❤

        "Sayang? "  Hyuna masuk ke dalam bilik mereka. Telefon diletakkan di atas katil dan lelaki itu kembali mengetatkan tali lehernya.

      "Kacak suami saya hari ni. " wajah Mingyu dipandang. Melihat gigi taring Mingyu boleh cair hatinya apabila Mingyu tersenyum.

      Bawah dagu Mingyu dicium sekilas. Disebabkan dia lebih rendah daripada Mingyu jadi bawah dagu jelah yang dia sampai.

      Kakinya dijengketkan dan bibir Mingyu pula dicium gadis itu. Tersenyum Mingyu lagi sekali sehingga menampakkan gigi taringnya.

      "Kenapa ni sayang... " belakang tubuh isterinya dipegang. Tubuhnya dibongkokkan sedikit untuk mengambil minyak wangi berjenama Chanel.

      "Tak payah pergi kerjalah hari ni.." wajah Mingyu dipandang mendongak.

      "Kenapa? Kerja banyak dekat syarikat tu. Nanti ayah marah saya asik nak berkepit dengan awak je. " bibir Hyuna dimuncungkan.

       "Kenapa ni? Susahlah saya nak pergi kerja macam ni. Kesian Minjae dengan Jinae dah tunggu dekat bawah tu. " kepala Hyuna diusap lembut. Sesekali dicium ubun kepala Hyuna.

      "Rindulah semalam tak jumpa. Hari ni awak dah nak pergi kerja dah huaaa" Mingyu ketawa kecil. Mula dah keluar manja isterinya.

      "Nanti malam saya balikkan jumpa. Awak ni mengandung ke? Lain macam je hari ni." terus Hyuna melepaskan pelukan Mingyu.

        "Tuduh orang pula. Dah lah pergi lah kerja. " ternganga Mingyu apabila Hyuna membalas pertanyaannya sebegitu.

      "Saya tanya je. Tak tuduh pun sayang.." mereka turun pergi ke dapur.

      "Daddy cepatlah! Nanti lambat. Borak pula dengan mommy buat apa. " Minjae yang sudah ada di pintu utama itu dipandang.

      "Ya, sabarlah. Baru pukul 7 Minjae.. " Mingyu membalas.

      "Entah abang! Nak jumpa girlfriend dia lah tu!.. " Jinae yang baru selesai menyarung stokin dikakinya dipandang geram.

      "Amboi, kecil kecil dah ada girlfriend..." Hyuna mendekati dua orang anaknya. Jinae hanya menutup mulutnya menahan ketawa dan Minjae sudah tersenyum takut.

      " Lambatnya you datang? " soal Eunbi apabila Mingyu sudah duduk dihadapannya.

      "Sorry, jalan sesak sikit. Jadi pasal dokumen yang saya nak tu awak ada bawa? " Eunbi mengaggukkan kepalanya dan mengeluarkan beberapa fail yang dia bawa.

       Setelah selesai berbincang mereka pun makan tengahati bersama. Sesekali mereka bergelak ketawa dan bertanya tentang syarikat ayah mereka.

      "Esok ayah I free jadi kita boleh adakan perjumpaan dekat office you. " Mingyu memandang Eunbi seketika.

      "Boleh. Nanti saya tengok jadual saya balik. Kalau ada masa saya bagitahu awak. "  Mingyu senyum diakhir katanya.

     Eunbi pula seakan terpukau apabila melihat senyuman Mingyu yang sudah menampakkan gigi taringnya.

      "You kalau nak keluar ke you bagitahu I. boleh temankan you. Hari tu you makan sorang kesian I tengok you tak ada kawan. I nak temankan you masa tu. Tapi I ada hal penting.  So I terpaksa pergi. Sorry tau.. " Mingyu hanya tersenyum sahaja.

     Eunbi ni. Bila masa Mingyu sudi nak makan dengan dia pun tak tahu. Perasan je.

    "Tak apa. Saya dah biasa dah.." jawab Mingyu.

     "It's okay. Lepas ni you dah ada I. Apa apa you mesej je.  I boleh temankan you. Okay? " Mingyu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya perlahan.

      "You tak payahlah nak malu dengan I. Comel tahu.. " lagi sekali Mingyu tersenyum. Terbatuk kecil apabila Eunbi memujinya.

      "Lambat lah kau buat kerja. Dah berapa hari dah ni. Duit kau tak bagi aku? Mana barang yang aku bagi dekat kau? " lelaki itu mencengkam kolar baju pekerjanya.

     "Habis? Kalau habis mana duitnya?! Aku nak duit aku!" kolar baju dilepaskan dan dia mengarah anak buahnya untuk memukul pekerjanya.

     "Aku bagi kau seminggu lagi. Kalau duit aku tak sampai siaplah kau. Macam manalah anak bini kau boleh hidup dengan lelaki macam kau ni. Elok ada kerja yang bagus nak juga jadi pushed. Bodoh! Menyusahkan aku je ambil kau jadi pekerja aku. " kepala pekerjanya ditunjal dan dia berlalu pergi dengan anak buahnya.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now