Aku terjaga dari tidur. Jinae yang berada disebelah aku pandang seraya mengusap tubuh kecilnya. Comel.Terdetik hati aku nak pergi bilik untuk jenguk Mingyu. Perlahan-lahan aku turunkan kaki dari katil dan berlalu keluar.
Daun pintu aku kuak perlahan. Tak nak terjagakan sesiapa. Gelap. Mingyu dah balik dan tidur mungkin. Sebab pukul 8 tadi dia keluar. Aku malas nak tanya dia nak pergi mana. Jadi aku diamkan sahaja.
Aku menyentuh katil apabila rasa seperti tiada tubuh Mingyu di atas katil. Bau dia pun tak ada. Katil pun terasa sejuk. Tak akan tak balik lagi. Dah pukul 2 pagi dah ni.
Aku keluar dari bilik dan masuk semula ke dalam bilik Jinae. Telefon aku capai dan buka pada aplikasi mesej.
Lastseen Mingyu pukul 9.30 malam tadi.
Ke mana pula suami aku ni pergi. Tak pernah dia tak balik sampai lewat macam ni. Ingatan aku mula memikirkan benda yang negatif.
"Lantak dia lah. Sekejap lagi dia balik lah tu. "
♡
Matahari sudah pun naik dan Mingyu masih lagi belum pulang ke rumah. Hati aku mula rasa kurang sedap.
Kalau tengahari pun dia belum balik aku akan buat report. Banyak kali juga aku cuba telefon dia tadi. Tapi tak berangkat. Aku duduk di gazebo. Mana tahu Mingyu balik sekejap lagi.
♡
"Kau nak apa ni Seokjin! Lepaskan aku! " tubuhnya yang sudah terikat dengan tali digerak-gerakkan. Cuba untuk lepaskan diri dari ikatan tersebut.
Lelaki di depannya ini syaitan!
Mula-mula kata hendak berjumpa dan berbincang sesuatu. Tau-tau kepalanya dihentak dengan kayu dan apabila dia sedar dari pengsan dia sudsh diikat oleh lelaki itu.
"Aku. Cuma nak.. "
"Kau mati je.. "
"Eh! Lepaskan aku lah!"
"Baik kau diam sebelum aku tembak kau! " terus sepucuk pistoo dikeluarkan dan ditujukan pada Mingyu yang sudah terdiam.
"Kau nak apa sebenarnya? Kau bagitahu aku. Kau nak apa? "
"Aku nak isteri kau! Bekas. Tunang aku.. " Seokjin tersenyum sumbing apabila mengeluarkan ayat itu dari mulutnya.
♡
"Hyeki tolong jaga anak akak sekejap ya? Akak nak kena cepat ni. " wajah Hyeki aku pandang merayu.
Dah masuk tengah hari Mingyu masih belum pulang. Dan Hyeki dan Jungkook jelah yang paling dekat sekarang dengan aku. Seungkwan dengan isterinya duduk di kawasan yang lain. Yang agak jauh. Jadi hanya Hyeki sahajalab yang aku mampu minga tolong dari dia.
"Ya, boleh. Apa-apa bagitahu saya. Jungkook dengan saya akan tolong akak. " aku menganggukkan kepala.
"Ni kunci rumah. Kalau Hyeki nak ambil barang Jinae dengan Minjae guna kunci ni. Akak pergi dulu ya? " aku berlari anak masuk ke dalam kereta.
"Mana awak pergi ni Mingyu? Kalau saya punca awak lari. Saya minta maaf... " terus kereta laju meluncur diatas jalan raya.
♡
Aku duduk dalam bilik ini berseorangan. Hidup aku sunyi. Aku rasa aku macam terdesak nak perhatian daripada suami aku sendiri.Sekarang Jiah dah tak nak dekat dengan aku. Bila aku cuba nak berborak dengan dia. Dia akan menangis dan berlalu pergi. Aku tahu yang dia takut dengan aku. Aku betul-betul minta maaf dengan apa yang aku dah buat. Aku sayang sangat dengan Seokjin. Cinta mati. Tapi kenapa dia sanggup pergi dekat perempuan lain? Isteri orang? Dengan cara itu jelah yang boleh buat dia tak keluar dari rumah ni. Tapi aku silap. Dia tetap dengan pendirian dia.
Degupan jantung aku mula rasa lain apabila kata hati aku menyuruh aku untuk bunuh Hyuna.
"Jangan Soora. Jangan... " kepala aku sentuh. Sakit.
Bunuh je. Kalau kau bunuh dia. Seokjin akan pergi dekat kau. Dia tak akan pergi lagi dekat Hyuna. Dia akan sayangkan kau sampai bila-bila. Dia akan layan kau macam apa yang selama ni kau impikan.
Tanpa aku sedar. Aku sudah menukar pakaian kepada warna yang lebih gelap dan melangkah ke dapur untuk mengambil sebilah pisau yang tajam.
"Jiah, tunggu dekat rumah sekejap ya? Mama nak keluar... "
Kalau ada prologue ada epilogue kan? Maksudnya kalau ada pembukaan mestilah ada penutup kan? ... >_<
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...