4

57 5 0
                                    


     "Hei, Jungkook! " Mingyu memanggil Jungkook yang sedang sibuk menghadap laptop dihadapannya.

     "Apa? "

     "Saja. Aku bosan. Jadi aku datanglah bilik kau. " Mingyu masuk ke dalam bilik Jungkook dan melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan lelaki itu.

      "Kau dengan Hyeki macam mana? Okey? " tanya Mingyu.

      "Okey, tak ada masalah apa-apa. Kau? Jangan ulang benda yang kau dah pernah buat dekat Nana ae..." amaran Jungkook.

       "Dia isteri aku. Suka hati aku lah. Kenapa? Kalau aku dera dia lagi, kau nak buat apa?" Jungkook memandang Mingyu tajam.

       "Aku akan ambil dia daripada kau. "

       "Berani? "

       "Of course. Lelaki boleh je kahwin dua.. " selamba Jungkook.

        "Aku sayang dia lah. Tak adanya aku nak dera dia lagi..." balas Mingyu.

        "Mingyu? Buat apa dekat bilik Jungkook ni? " soal Tuan Kim yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Jungkook. Ingat nak tanya pasal kerja tiba-tiba kelibat anaknya boleh ada disini.

       "Mingyu borak dengan Jungkook sekejap. Kerja Mingyu dah siap. " Mingyu tersenyum menampakkan gigi taringnya itu.

      "Jom, Ayah belanja makan. Jungkook kamu ikut sekali. " Tuan Kim keluar dari bilik Jungkook.

      Jungkook memandang Mingyu pelik. Biar betul Ayah Mingyu ni. Jarang dia nak belanja Jungkook makan bersama.

      "Cucu ayah macam mana Mingyu? " soal Tuan Kim seraya memasukkan sesudu nasi ke dalam mulutnya.

       "Hmm? Okey je. Lagi pun hari jadi Minjae dah nak dekat ingat nak sambut dekat rumah ayah. " jawab Mingyu. Jungkook pula hanya memandang Mingyu seraya menahan ketawa yang bakal terletus.

        Entah apa yang lawak sangat. Mungkin kerana soalan Tuan Kim kot yang melucukan hatinya.

        "Ouh, boleh. Bincang dengan Nana dulu. Nanti jemput Jungkook sekali. " Jungkook tersenyum ke arah Tuan Kim apabila namanya disebut.

        "Okey. "

        "Hyuna, saya minta maaf. "

        "Saya masih sayangkan awak. Tolong maafkan saya."

         Berkali-kali nama Hyuna disebut pada bibir lelaki itu yang telah mabuk. Bunyi muzik yang semakin rancak dan suasana yang semakin panas langsung tidak menghentikan perbuatannya dari terus meminum air yang memabukkan itu.

        "Saya rindu awak. Hyuna. Maafkan saya. Maafkan saya. Terima saya semula. Hyuna... " air matanya jatuh mengalir ke pipi.

        "Hyuna.... "

        "Saya, saya akan buat apa sahaja untuk awak terima saya balik. Saya janji. Lelaki tu. Mingyu. Saya akan hapuskan dia macam debu mayat dan kita akan bersama semula. Tunggu okey?.... " Seokjin ketawa seraya air matanya yang mengalir.

        Entah kenapa. Setelah 7 tahun berkahwin bersama Soora iaitu bekas tunang Mingyu. Dia berasa tidak suka dan jijik untuk melihat gadis itu.

        Dulu dia lah yang ingin bertanggungjawab atas ketelanjuran mereka. Sekarang setelah lahirnya Jiah. Perasaan sayang yang mekar dari hatinya seakan layu diracun oleh diri sendiri.

         Benar dia tidak mencintai gadis itu. Tetapi perasaan sayang itu kuat pada hatinya dan semakin mekar apabila hadirnya Jiah dan perasaan sayang itu juga pudar apabila munculnya Hyuna dalam fikirannya.

        Lelaki itu. Mingyu. Dia yang merampas Hyuna dari dirinya. Dan isterinya. Soora. Penghalang untuk dia mendekati Hyuna semula.

         Dia akan pastikan Hyuna akan menjadi miliknya semula. Tidak kisah dengan cara apa sekali pun. Yang pasti, Hyuna akan menjadi miliknya semula.

       "Hai mommy! "

       Sapaan dari Jinae itu membuatkan Hyuna menoleh ke arah pintu bilik yang terbuka.

       "Hai sayang. Kenapa tak tidur lagi? " tangannya didepakan memanggil Jinae menghampirinya.

       "Jinae tak boleh tidur..."

      "Abang dah tidur? " budak kecil itu menganggukkan kepalanya.

       Mingyu yang baru keluar dari bilik air itu hanya memandang Hyuna dan Jinae yang sedang berborak.

       "Mommy, kalau Jinae tidur sini malam ni boleh tak? " mata ibunya dipandang. Cantik.

       "Jinae nak tidur sini? " budak kecil itu mengangguk.

       "Okey, boleh je. Tapi malam ni je tau?" Jinae mengangguk suka kemudian dia baring lalu memeluk leher Hyuna.

        "Mommy... "

        "Ya? "

        "Tadi, Jinae mimpi. Mommy cakap mommy sayang Jinae. Muka mommy putih sangat." mata Hyuna sekali lagi dipandang oleh Jinae.

        "Iye? Mommy cantik tak dalam mimpi tu? "

       "Cantik. "

      "Cantik daripada Jinae? "

      "Hmm. Mana boleh.." Hyuna ketawa. Malam-malam macam ni sempat lagi dia menyakat Jinae. Mingyu pula hanya ketawa sahaja.

      "Okey, sorry princess. Tidur okey? Esok nak sekolah.. " belakang badan anaknya ditepuk sebelum dia terlelap bersama.



[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now