"Hyuna. Hari ni mungkin saya balik lambat lagi. " beritahu aku lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Cawan yang berisi air panas aku hirup."Ouh. Okay. Sempat tak ni nak ambil Minjae dengan Jinae balik sekolah. " soal aku seraya menyapu jem strawberi pada roti.
"Sempat. Saya keluar dulu ya? " Aku hanya menganggukkan kepala sahaja. Sempat ubun aku dicium Mingyu sebelum dia berlalu pergi.
♡
"Abang, boleh tak Jinae nak pinjam pensel?" bahu Minjae disentuh lembut oleh Jinae.
"Tak boleh. "
"Ish, adik bagitahu mommy abang tak nak kongsi dengan adik. " ugut Jinae.
"Minjae, saya nak pinjam pensel awak boleh? Saya tak bawa kotak pensel lah. " Minjae senyum lalu sebatang pensel dihulurkan kepada Hana.
"Girlfriend dia minta boleh pula. Jinae minta tak boleh" Minjae yang berada di sebelahnya dijeling.
♡
Aku duduk di atas kerusi meja makan. Secawan kopi panas yang dibancuh tadi aku hirup perlahan. Mingyu belum balik. Hanya aku, Jinae dan Minjae sahaja di rumah.
"Mommy, ni apa? "
Plastik kecil yang berisi serbuk itu diletak atas meja makan. Aku ambil dan aku belek. Apa benda ni? Paket yang sama macam aku jumpa hari tu.
"Jinae jumpa dekat mana? "
"Dekat bawah meja ruang tamu. Jinae nak ambil pensel warna lepastu Jinae terjumpa ni. " plastik yang berpeket kecil itu ditunjuk.
"Okey. Tak apa. Nanti mommy buang."
Jinae pergi. Tetapi plastik yang berada di tangan aku masih lagi belum di buang. Hati aku mula rasa tak sedap. Aku nak cakap benda ni. Tapi aku takut aku salah meneka.
♡Aku duduk di atas gazebo. Mingyu dengan anak-anak aku tengah mandi kolam. Hari ni Mingyu cuti dan Minjae dengan Jinae pun cuti hari ni. Jadi aku dan Mingyu isi masa lapang dengan mereka.
"Adik berdiri belakang abang! Abang nak tembak zombie ni! " jerit Minjae pistol air yang dipegang sudah sedia untuk ditarik picunya.
"Cepat abang! Nanti zombie makan otak kita! " picu pistol air ditekan dan keluar lah air itu terkena pada muka Mingyu.
"Ahaha! Zombie kena air hahaha! " gelak Jinae. Seronok betul. Aku pula hanya mampu ketawa sahaja. Kesian Mingyu.
"Jinae! Tolong abang kaki abang kena tarik dengan zombie! " kaki yang berada di dalam kolam itu digoyang-goyangkan.
Jinae pula dia terus berenang pergi ke tempat lain bersama pelampung pink yang tersarung pada tubunya.
"Jinae tak nak tolong abang. Uweek! Abang suruh lah Hana yang selamatkan abang! " lidahnya dikeluarkan tanda mengejek.
"Siapa Jinae? Hana? " tanya aku. Siapa pula Hana tu?
"Haah, mommy. Hana tu girlfriend abang. Hari tu Jinae nak pinjam pensel abang. Abang tak bagi. Tapi bila Hana minta dia bagi. " cerita Jinae bersungguh-sungguh.
"Amboi. Kecil-kecil dah ada girlfriend.." Minjae tersengih kepada Mingyu. Mingyu pula makin menyakat si Minjae. Makin merah pipi budak tu sebab malu.
♡
Aku duduk termenung di dalam kedai kopi ini. Mingyu dia kerja seperti biasa dan Minjae dan Jinae berada di sekolah.
Hati aku dari hari tu lagi tak sedap. Plastik yang Jinae jumpa tu. Dah banyak kali aku jumpa.
Baru-baru ni aku jumpa bawah katil pula. Tapi serbuk yang ada dalam plastik kecil tu tertumpah. Macam tergesa-gesa nak simpan benda tu.
Aku tak rasa yang Mingyu ambil benda tu. Tapi sejak dua menjak ni dia kerap balik lambat. Tak tahu lah hal apa. Mungkin kerja.
"Hyuna? "
"Eh, awak buat apa dekat sini? "
"Beli kopi. "
"Ouh, dah makan belum? "
"Belum. Tak sempat. Saya pergi dulu ya. Jangan lupa ambil Minjae dengan Jinae balik sekolah." aku menganggukkan kepala. Terus aku bangun dan keluar dari kedai.
♡
"Mingyu? "
"Sayang, tolong kemaskan baju saya boleh? " Minta Mingyu apabila dia sudah tiba di rumah. Tetus kakinya melangkah naik ke atas.
"Ada apa? "
"Saya kena pergi Jeju ada kerja dekat sana. "
"Kenapa hari ni baru nak gerak? "
"Pembantu saya terlupa nak bagitahu saya." aku diam. Terlupa? Mana boleh lupa. Benda penting kot. Baju Mingyu yang ada dalam almari baju aku keluarkan satu per satu.
Ragu-ragu pula aku. Betul ke pergi Jeju? Kalau betul pun. Kenapa hari ni baru nak bagitahu. Tak mungkin boleh lupa. Benda penting kot. Kerja luar tempat yang perlu gunakan pesawat bukannya esok nak pergi hari ni baru bagitahu.
"Dah siap? "
Mingyu keluar dari bilik air siap berpakaian biasa. Hanya baju tshirt hitam berlengan pendek dan seluar jeans hitam.
"Awak pergi berapa hari? "
" 3 hari mungkin. Nasib baik pembantu saya dah beli tiket awal-awal. Cuma dia lambat bagitahu saya je. " terang Mingyu.
"Saya pergi dulu ya? " ubun-ubun aku dicium dan Mingyu keluar dari bilik. Nampak sangat dia memang tengah kejar flight. Aku harap memang betullah yang dia pergi kerja. Bukan pergi tempat lain.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...