"Mommy, boleh tak nanti Jinae nak pergi rumah nenek? " soal budak kecil itu. Mendongak memandang ibunya yang tinggi. Sambil tangan kirinya memegang tangan patung beruang."Boleh sayang. Daddy hari ni kerja pagi je. Nanti mommy bagitahu daddy okey? " Jinae mengangguk kepalanya dan berlalu pergi.
Selesai Hyuna menyediakan lauk tengahari. Hyuna pergi ke ruang tamu. Kelihatan Minjae sedang tidur mengiring ke kanan di atas karpet berbulu. Jinae pula sedang bermain dengan mainan masak-masaknya.
Sementara menunggu Mingyu pulang dia hanya memerhati sahaja kelakuan Jinae yang sedang bercakap bersama patung beruang berwarna bleaced blone.
Memerhati Jinae yang sedang bermain itu membuatkan dia terlelap seketika. Lama juga dia terlelap sehingga Mingyu mengejutkan dia baru dia terjaga.
"Sayang, kenapa tidur dekat sofa ni? " Tanya Mingyu.
"Tadi saya tengokkan Jinae. Dia main dekat sini sementara tunggu awak balik. Dia kata nak pergi rumah nenek. " Hyuna bangun dari duduknya dan menghampiri Mingyu.
"Ouh, boleh. Nanti bangunkan diorang. Saya nak rehat sekejap. Pergi lambat sikit bolehkan?" Hyuna hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
Disebabkan rasa mengantuk yang dasyat dia kembali pergi ke sofa dan baringkan tubuh melintang. Mingyu pula naik ke atas untuk bersihkan diri.
"Sayang... " bahu isterinya ditepuk lembut. Minjae yang masih tidur dan Jinae baru sahaja terlelap itu dipandang lembut. Hyuna bangun dari pembaringannya dan memandang Mingyu pelik.
"Jomlah gerak. Lauk yang awak masak tu kita bawa pergi rumah ibu je lah
Kita makan dekat sana." Hyuna hanya menganggukkan kepalanya dan berlalu pergi.Mingyu pula mengejutkan Minjae dan Jinae seraya menyiapkan pakaian mereka.
♡
"Daddy, Jinae nak pergi rumah Nenek Johyun." beritahu Jinae yang berada di belakang.
"Kenapa nak pergi rumah Nenek Johyun? Daddy ingat Jinae nak pergi rumah Nenek Joora. " Mingyu kembali memandu apabila lampu isyarat bertukar hijau.
"Rumah Nenek Johyun ada labu dengan gyumie. " Jinae ketawa dihujung ayat.
"Ooo pergi rumah nenek nak main dengan kucing jelah? " soal Mingyu.
"Iya! Hahaha" dua beradik itu ketawa.
♡
"Nenek! "
Berhenti sahaja kereta yang dipakir Mingyu terus Minjae dan Jinae berlari keluar dari kereta pergi ke arah Puan Johyun mama kepada Hyuna.
"Nana! Rindunya mama! " tubuh aku dipeluk erat oleh mama. Erat sehingga tersekat pernafasan seketika.
"Mingyu? "
Papa menegur Mingyu yang berada disebelah aku. Mingyu senyum dan memeluk tubuh Tuan Park.
♡
"Jinae nak labu lah! Tak nak gyumie! " tubuh kucing yang berada di dalam pelukkan Minjae itu ditarik.
"Abang yang ambil dulu! Jinae ambil lah gyumie! " tangan Jinae dipegang menghalang adiknya untuk mengambil kucing yang berwarna oren itu.
"Jinae yang nak datang sini! Abang sibuk je! Jinae tak nak kawan dengan abang! " tubuh kucing itu dilepaskan dan Jinae berlari keluar dari kawasan dapur.
"Hei, kenapa menangis ni? "
Mingyu yang sedang duduk itu dihampiri lalu memeluk tubuh ayahnya.
"Abang jahat! Dia ambil labu dari Jinae. Jinae yang dapat dulu. " belakang badan Jinae diusap-usap Mingyu.
"Kan ada gyumie..." Jinae menggelengkan kepalanya tanda tak nak. Mingyu pula hanya diam dan membawa Jinae ke luar rumah.
Rumah ibu mentuanya tidak lah sebesar rumah ibunya. Hanya halaman rumah untuk dipakir kereta dan taman mini yang tidaklah sebesar mana itu sahaja. Tiada kolam untuk bermandi-manda.
"Awak buat apa dekat luar? " Hyuna yang mencari kelibat Mingyu akhirnya jumpa juga.
"Saja berdiri dekat luar ni. Jinae dengan Minjae bergaduh. Berebut nak main dengan labu. " jelas Mingyu.
Muka Jinae yang merah dan sedikit berair itu dipandang. Muncung sahaja bibirnya apabila tidak dapat bermain bersama labu. Kucing yang berwarna oren itu.
"Sepatutnya mommy yang patut bergaduh dengan Jinae. Sebab Jinae nak main dengan kucing mommy? " Hyuna mengangkat keningnya. Sengaja menambah minyak pada api yang sudah semakin hilang apabila disimbah air.
Air mata budak kecil itu kembali bertakung di bawah kelopak matanya. Semakin mengalir ke pipi apabila Hyuna menyambung percakapannya.
"Jinae tak mintak izin pun dengan mommy nak main dengan labu? Main ambil je. Kecil hati mommy.. " dan bunyi esakkan dari budak itu mula kedengaran.
"Awak ni, janganlah buli dia. " Mingyu memandang Hyuna yang sudah ketawa.
"Alololo, meh sini dekat mommy ya? " tangan Hyuna didepakan untuk menarik Jinae yang sudah menangis di atas bahu Mingyu.
"Tak nak! "
Hyuna kembali ketawa mengekek dan Mingyu hanya menjeling seraya tersenyum. Ada sahaja isterinya hendak menyakat.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...