"Mommy, mommy nak pergi mana?... " Jinae menghampiri aku. Terhinjut-hinjut bahunya menangis apabila ternampak aku membawa beg dan tidak membenarkan dia untuk mengikut aku."Mommy. Ada kerja. Jinae duduk sini dengan nenek okey? " laju air mata itu mengalir. Kepalanya digeleng tanda tidak mahu.
"Jinae nak ikut mommy. "
"Tak boleh. Mommy pergi sekejap je. Nanti mommy datang sini balik. Abang kan ada. Abang boleh teman Jinae.. " rambut perang Jinae aku usap lembut. Hati aku pun berat untuk tinggalkan Jinae. Tapi memikirkan yang mereka perlu pergi ke sekolah aku terpaksa berpisah dengan mereka buat sementara.
"Mama. Mama jaga Jinae dengan Minjae ya? Nana tak pergi lama pun. Sekejap je. Kalau Mingyu tanya mana nana. Mama cakap je mama tak tahu.. " Puan Johyun hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tubuh anaknya dipeluk erat.
"Minjae. Minjae jaga adik tau. Kalau daddy tanya mommy dekat mana. Minjae cakap je Minjae tak tahu okey?" Minjae hanya diam. Menyahut tidak. Mengangguk pun tidak. Tetapi air matanya bertakung pada bawah kelopak matanya.
"Sini peluk mommy.. " lengan Minjae ditarik lalu budak kecil itu selamat masuk ke dalam dakapan aku. Erat.
♡
"Mingyu. Kalau I mengandung macam mana? " tanya Eunbi. Yang berada di dalam kereta lelaki itu.
"Awak tak akan mengandung.. "
"Kalau I mengandung? "
"Awak tak akan mengandung awak faham tak? Kita tak buat jauh pun malam tu. Jangan nak menuduh saya. Awak yang tarik saya Eunbi. Awak perangkap saya." keras sahaja Mingyu bersuara. Dia geram. Sudahlah isterinya tiada. Entah hilang ke mana. Gadis ini pula menanya soalan yang tidak masuk akal.
Eumbi diam. Dia menangis. Tapi hatinya menyumpah-seranah isteri Mingyu yang merosakkan rancangannya yang cuba menjadikan Mingyu miliknya.
" I takut Mingyu. I takut. I takut kalau I mengandung." baju yang tersarung pada tubuhnya digenggam.
"Kan saya dah cakap kita tak buat lebih dari tu. Bahagian mana yang awak tak faham sangat ni? " naik turun dadanya menahan marah. Dalam hati ni dari Eunbi mengungkit pasal hal itu lagi dia cuba bersabar.
"Kalau you cakap yang kita tak buat lebih dari tu. Kenapa kita tak pakai baju pagi tu? " kasar nafas Mingyu menghembus. Kepalanya dipegang. Dia sendiri tidak tahu macam mana dia boleh tidak berbaju pagi itu.
"Kalau I mengandung. I nak you bertanggungjawab. Bagitahu isteri you pasal benda ni. Apa yang you dah buat dekat I " minta Eunbi.
Dan selepas itu keadaan di dalam kereta itu menjadi sunyi sehinggalah Mingyu menghentikan keretanya di syarikat milik ayah Eunbi.
♡
"Aku minta maaf kalau aku duduk sini menyusahkan kau dengan Seungkwan. " tangan Ahreum aku sentuh. Dia hanya tersenyum sahaja. Manis.
"Alah, aku okey je. Dah seminggu dah kau duduk sini. Lagi pun aku rindu gila dekat kau. Sampai Jungrok dah besar tau." aku hanya ketawa kecil sahaja. Betapa lamanya aku dah tak jumpa diorang sampai jungrok dah besar. Macam mana lah Si Jungrok tu sekarang?
Dulu dia lah yang paling rapat dengan aku kalau Seungkwan dengan Ahreum tak dapat nak jaga sebab sibuk hal kerja. Jadi diorang akan hantar dekat aku.
Sekarang? Entahlah. Dia pun dah 9 tahun. Bora pula dah 7 tahun. Mungkin masih ada lagi kot rasa nak berkepit dengan aku. Tapi dah kurang lah. Dah tak ikut ke mana je aku pergi.
"Eh. Kau tak cerita lagi kenapa kau datang sini. Sorang pula tu. Mana Mingyu dengan anak kau? " aku hanya tersenyum seraya menunduk.
"Kenapa? Cerita lah. Kau bergaduh dengan Mingyu? " bahu aku disentuh oleh Ahreum.
"Tak lah. Ada masalah sikit je. " Ahreum hanya menganggukkan kepalanya. Mungkin dia faham yang aku tak nak cerita dekat dia.
"Tak apa aku faham. Kalau kau ada masalah bagitahu je aku. Mana yang aku boleh tolong. Aku tolong. " aku hanya tersenyum sahaja.
"Aunty Hyuna! " aku menoleh ke belakang. Jungrok dengan Bona. Masih lagi berpakaian sekolah. Baru balik.
"Rindunya! Dah lama tak jumpa aunty!" Jungrok melepaskan pelukan. Bona disebelahnya hanya memandang aku pelik.
"Ibu, siapa tu? "
Tanya Bona. Bisik. Aku hanya tersenyum sahaja. Comel. Dengan tangan kecil dia tunjuk aku.
"Ni, kawan ayah. Nama dia Hyuna. Bona kena panggil Aunty Hyuna. Atau pun Aunty Nana. Okey? " Bona hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Ibu. Dia bukan ibu kedua kan? " tanya Bona.
"Hey. Jangan cakap macam tu. Aunty Hyuna kawan ibu juga. Dia baik. " Bona hanya diam memandang aku sebelum dia melangkah setapak menghampiri aku.
"Hai aunty. Nama saya Bona! " tangannya dilambai seraya tersenyum menampakkan gigi kecilnya. Aku ketawa kecil. Comel. Sampai hilang mata dia.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...