"You tahu dia terkejut gila masa tu... " gelas yang berisi arak itu diminum. Perit ditelan tetapi sedap."seronok lah sikit Seokjin! " bahu lelaki itu ditepuk seraya ketawa kecil.
Bunyi muzik yang semakin rancak itu langsung tidak merimaskan mereka malah lebih ramai yang datang ke tempat ini.
Sesekali badanya digoyangkan kiri dan kanan mengikut rentak lagu. Seokjin yang berada didepannya hanya dibiarkan sahaja. Lelaki itu seakan sedang memikirkan sesuatu. Serius sahaja riak mukanya.
♡
"Chan. Kau tahu pasal video yang viral tu? " tanya Daeho yang berada disebelahnya. Sesekali dia berdecit kerana bermain permainan video bersama Chanyeol.
"Tahu. Kenapa? "
"Kau tak tengok? "
"Buat apa? "
"Aku tanya. Kau tanya aku balik. " Chanyeol diam. Fokus.
"Apa pendapat kau pasal video tu? "
"Bagus lah. Padan muka dia. Cantik je tapi tak ada adab. " tergelak Daeho jadinya.
"Dah kenapa kau ketawa? "
"Macam mana kau tahu video tu pasal perempuan kena marah dengan boyfriend dia? " tanya Daeho lagi."Lain kali. Baca dulu tajuk dia tu pasal apa. Bukan main tengok je Daeho.. " jawab Chaneyol. Daeho diam apabila Chanyeol memerli dia.
"Nanti kau tengoklah video tu. " remote control diletak pada lantai. Menang. Wajah Chaneyol dipandang.
"Buat apa? "
"Tengok jelah. "
"Yelah. Kenapa aku perlu tengok video tu? "
"Video tu ada kena mengena dengan hidup dan mati kau. " jawab Daeho. Penat dia. Suruh tengok tu. Tengok jelah. Banyak tanya pula Si Chanyeol ni.
"Merepek je kau ni.. " Chaneyol menggelengkan kepalanya seraya memandang Daeho yang sudah bangun untuk pergi ke dapur.
♡
"Mommy. Mommy buat apa tu? " tanya Minjae yang berada dibelakangnya.
"Eh Minjae? Terkejut mommy. " Minjae tersenyum.
"sorry "
"Mommy nak buat apa?" tanya Minjae sekali lagi.
"Mommy nak buat kek cawan.." jawab Hyuna.
"Wah! Buat perisa blueberi boleh tak mommy? " tanya Minjae.
"Blueberry? Minjae nak blueberry? " Minjae menganggukkan kepalanya seraya tersenyum memandang Hyuna.
"Okey. Tapi Minjae kena tolong mommy. Boleh? " Minjae menganggukkan kepalanya. Ceria je senyum. Memamg tak sbaar betul nak buat kek cawan perisa blueberry dia.
"Okey. Minjae pergi ambil blueberry dalam peti sejuk lepastu basuh. Then bawa pergi sini. Boleh? " teru Minjae turun dari duduknya dan berlari anak ke peti sejuk untuk mengambil satu bekas blueberry.
"Nah. "
Satu bekas blueberry diletakkan di atas meja. Minjae kembali duduk dihadapan Hyuna.
"Jinae tengah buat apa dekat bilik? " tanya Hyuna seraya memasukkan tepung ke dalam mangkuk.
"Entah. Minjae tak masuk bilik Jinae tadi. Terus turun sini.. " satu bijik blueberry diambil lalu disuakan ke dalam mulut.
"Mommy nak? " satu bijik blueberry diambil lagi lalu disuapkan ke dalam mulut Hyuna.
"Minjae pergi naik. "
Mingyu bersuara apabila dia masuk ke dalam dapur. Ketat sahaja mukanya. Langsung tidak memandang muka Hyuna. Begitu juga dengan Minjae.
"Biarlah. Dia nak tolong saya buat kek cawan. Kenapa awak suruh dia naik?" tanya Hyuna pelik.
"Naik Minjae. "
"Biarlah dia.. "
"Pergi naik sekarang. "
Minjae terus turun dari kerusi itu dan berlari anak naik ke atas. Hyuna pula hanya diamkan dirinya sahaja. Apabila Minjae sudah berlalu pergi.
"Kenapa awak suruh dia naik? Dia baru je turun. Nak tolong saya buat kek cawan. " jelas Hyuna. Wajah Mingyu dipandang.
"Tadi keluar pergi mana? " soal Mingyu.
"Pergi beli barang lah. Kan saya dah bagitahu awak pagi tadi.. " jawab Hyuna. Mingyu diam. Terangguk-angguk kepalanya seraya menolak lidah ke pipi.
"Betul pergi beli barang je? Betul? Beli barang lepastu balik? " tanya Mingyu lagi sekali.
"Ya. Betul lah. Awak ni kenapa tanya saya banyak kali? " dah kenapalah Si Mingyu ni tanya soalan yang sama berulang kali? Pelik Hyuna jadinya. Sudahlah muka ketat semacam.
"Bukan keluar dengan Seokjin? "
"Bukan aeh? "
"Ke. Saya salah tengok orang aeh? "
Mingyu tahu. Terkaku Hyuna jadinya apabila Mingyu menanya tetapi seakan memerli dia.
"Kenapa diam? "
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...