26

26 4 0
                                    


      Eunbi mengeluarkan segala isi dalam perutnya. Minggu ni dia kerap muntah. Tapi hanya muntah air sahaja. Kemudian kembali elok. Esok pagi pun begitu juga.

     Hari ni dia cuti. Jadi ingat nak keluar. Tapi sampai sekarang dia tidak siap memakai apa-apa. Masih tersarung baju tidur pada tubuhnya. Tak larat rasanya nak bergerak kerana perut rasa tak selesa.

     Telefon yang berada di atas katil diambil lalu dibuka kata laluannya.satu mesej yang masuk dalam noti telefonnya di buka. Seokjin. Lelaki itu yang menghantar pesanan.

Seokjin

Aku nak jumpa kau dekat
Cafe. Sekarang.

      Mengeluh Eunbi jadinya. Apa pula lelaki itu mahukan. Tak akan duit lagi? baru hari tu dia bagi. Tak akan nak minta lagi?

      Apa benda lah lelaki tu buat sampai nak 13 juta macam tu. Kalau boleh petik macam tu je. Hari tu juga lah dia bagi. Haih lelaki ni. Tak boleh sabar langsung!

      Setelah menyarung cardigan biru pada tubuhnya dia pun keluar dari bilik. Kelibat Mingyu di cari sehingga lah dia ternampak lelaki itu yang sedang duduk di ruang tamu.

       "Mingyu. Saya nak keluar sekejap. "

       "Pergilah. "

       Balas Mingyu tanpa menoleh ke arah Hyuna yang berada di belakangnya. Kasar sahaja suaranya menjawab. Hyuna diam dan mengeluh kecil dan terus keluar dari rumah.

     "Minjae? Buat apa dalam kereta mommy? " tanya Hyuna yang baru masuk ke dalam keretanya.

      "Minjae nak ikut mommy..."

      Baju anaknya yang sudah basah itu dipandang. Peluh. Rambut budak kecil itu juga sedikit lembap.

      Mungkin anaknya masuk terlebih dahulu tanpa memberitahunya. Haih. Nasib baik lah tak terkunci kereta ni.

      "Minjae tunggu sekejap. Mommy ambil baju Minjae. Basah kena peluh..." enjin kereta dihidupkan dan Hyuna kembali masuk ke dalam rumah.

      Selesai mengambil baju anaknya dia masuk ke bilik dia bersama Mingyu pula. Ingat nak balik malam hari ni. Jadi dia bawa baju lebih. Senang sikit.

     "Nak pergi mana bawa baju? " Hyuna mengangkat kepala memandang Mingyu.

       "Saya nak pergi rumah mama. Dah lama tak pergi sana... " balas Hyuna. Begnya dizip dan keluar dari bilik.

       "Lepastu. Nak mengadu? Macam tu? " mati langkah Hyuna jadinya. Mingyu ni sengaja betul cari pasal dengan dirinya.

      "Nak mengadu apa pula ni... " tubuhnya dipusingkan menghadap Mingyu.

       "Aku dera kau? "

      "Ada ke awak dera saya? " tanya Hyuna malas. Jadi lambat dia nak keluar dari rumah ni.

      "Tapi aku tengking kau." Hyuna mengeluh lagi sekali. Lama dia berdiri dihadapan Mingyu.

       "Kenapa tinggal Minjae dekat kereta sorang? Tahu tak bahaya? Kalau jadi apa-apa nanti awak tuduh saya yamg bunuh anak awak lagi. " rambutnya diselak kebelakan. Semakin lama dia berada di rumah ni. Makin kuat rasa panas yang meresap dalam tubuhnya.

     "Ada lagi nak cakap? Saya dah lambat dah ni.. " jam tangannya sengaja ditelik memerli.

      "Saya tinggalkan Jinae dengan awak. Dia tak nak ikut saya. " Hyuna terus keluar dari rumahnya. Pagi-pagi macam ni nak cari gaduh. Tak ada masa lah.

       "Ada apa kau nak jumpa aku? " wajah Seokjin dipandang malas. Malas sudah dia hendak beryou, I dengan Seokjin ni. Cakap macam biasa sudah.

      "Hari ni. Aku tak nak minta apa-apa. Cuma nak keluar berdua dengan kau. " senyuman manis diberi pada gadis itu.

     "Kau ingat kau handsome senyum macam tu? Muka cengkung. Kau hisap dadah ke apa? " mati terus senyum Seokjin. Dipandang orang sekeliling yang berada di dalam kedai yang sama dengan mereka.

        "Mulut kau tu jaga sikit aeh. Dekat sini juga aku boleh buat muka kau pecah tahu? " Eunbi berdecit kecil seraya menggelengkan kepalanya.

      "Yang kau nak marah aku sangat kenapa? " tanya Seokjin. Pelik.

     "Sebab dare kau yang mengarut tulah. Aku kena rogol kau tahu?." ingin sahaja dia mencarut. Tapi fikir dia berada di tempat awam. Ditahankan hati ni dari terlepas kata. Nasi pun sudah menjadi bubur.

      "Huh. Salah aku ke kau kena rogol? "

      "Masalahnya kalau aku mengandung macam mana? Otak tak ada? Tak boleh fikir? " Seokjin diam.

      "Yang kau nak gelabah sangat kenapa? Bukannya dia lepas... " percakapan Seokjin dipotong Hyuna.

      "Kau jangan kotor sangat dekat sini boleh tak? " Seokjin ketawa kecil. Kenapa lah gadis dihadapannya ini. Nak marah sahaja.

       "Dah kalau kau mengandung sekali pun. Biar jelah.. "

        "Apa kau cakap? "

      "Aku cakap kau bodoh nanti kau marah aku. Jadikanlah budak tu anak Mingyu. Senang. Tak boleh fikir? Kau pun nak lelaki tu kan? " Eunbi hanya diam memandang Seokjin yang sudah tersenyum.

      "Macam mana aku nak buat Mingyu percaya kalau aku mengandung? " tanya Eunbi.

       "Tak akan itu pun aku nak kena ajar? " jawab Seokjin malas. Eunbi kembali mendiamkan diri. Memebelek kukunya yang dicat merah.

        "Lagi pun. Kau. Nampak berisi..."

        "Berisi yang tengah bawa satu lagi nyawa dalam perut dia.. " teka Seokjin. Dan itu membuatkan Eunbi sedikit tersentak.

         Tiba-tiba sejuk tangannya. Laju jantungnya mengepam darah. Dia takut. Kalau betul apa yang Seokjin teka macam mana?

        Dah lama dia rasa akan benda itu. Tapi sedaya upaya dia cuba menindakkan benda tu.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now