Hari ni. Meriah rumah aku. Jungkook ada. Hyeki tunang dia ada. Seungkwan dengan Aerum pun ada termasuk jungrok dengan Bona.Terkejut aku. Mula-mula yang bagitahu aku nak datang cuma Seungkwan je. Sebab anak dia Bona rindu dekat aku. Sekali datang sekeluarga.
Baru sehari aku tak jumpa dengan dia. Dia dah rindu aku. Dulu abang dia yang rapat dengan aku. Sekarang dia pulak.
Tak lama tu Jungkook dengan Hyeki pula yang datang. Jungkook dengan Hyeki datang sebab saja nak singgah. Aku pun okey jelah. Lagi ramai lagi meriah.
Cuma yang kurangnya Mingyu tak ada sebab dia kata dia ada hal sikit. Dia akan cuba balik secepat yang mungkin. Untuk berjumpa dengan Jungkook dan Seungkwan.
"Tadi rindu sangat dengan Aunty Nana. Datang sini terus main dengan Jinae." aku ketawa kecil sahaja. Kalau dah jumpa kawan. Memang tak akan lepas lah. Dah kalau Bona dengan Jinae. Dah tentu Jungrok dengan Minjae.
"Ni bila nak kahwin ni? " Jungkook menolehkan pandangannya ke arah Seungkwan.
"Tahun ni. Tapi tak tahu bulan berapa. " jawab Jungkook.
"Hmm. Kahwin jelah sekarang Kook. Dah nak masuk 30 dah tahun depan. " Jungkook hanya ketawa sahaja. Hyeki pula cuma tersenyum.
" Tengah fikir-fikir bulan apa yang sesuai. Tarikh mana yang okey. Kook sibuk sikit tahun ni.. " Jawab Jungkook. Manis senyuman.
Ni kalau Mingyu tahu aku puji Jungkook. Habis aku.
♡
"So, ada apa nak jumpa saya ni? " tanya Mingyu malas. Sebenarnya dia tidak mahu lagi bersemuka dengan gadis ini. Tetapi apabila gadis itu berkata perjumpaan ini penting. Jadi dia terpaksalah gagahkan juga diri untuk berjumpa dengan gadis itu.
"Saya nak bagitahu yang sebenarnya saya.. " teputus percakapan Eunbi apabila namanya seakan dipanggil oleh seseorang.
"Eunbi! "
♡
Eunbi mengangkat mukanya. Lihat sahaja wajah orang yang baru memanggil namanya tadi. Terus rasa seakan darah tidak berjalan.
"Chanyeol. "
"Ikut saya sekejap. " tangan gadis itu diraih lembut. Cuba untuk mengajak gadis itu mengikutinya.
"Awak nak apa ni? " tangan yang dipegang Chanyeol itu cuba dilepaskan.
"Ikut saya sekejap. "
"Buat apa? Saya tak kenal awak. Lepaskan tangan saya sekarang. " sesekali anak mata Eunbi memandang Mingyu yang hanya beriak biasa. Tiada tanda mahu menolongnya.
"Ikut saya sekejap. Sekejap je. "
Terus tangan gadis itu ditarik sehingga gadis itu terbangun dan mengikutinya dari belakang sehinggalah mereka keluar dari cafe Chanyeol melepaskan genggaman tangan mereka.
"Awak nak apa? Kita dah putuskan? "
"Putus? Bila masa? Saya tak cakap apa-apa pun." Eunbi yang berada di belakangnya dipandang serius.
Sudahlah dia ditinggalkan begitu sahaja sendirian. Hari ni baru dia datang balik lepas itu main tarik sahaja tangannya.
"Awak minta dari saya dan terus matikan panggilan. Saya tak sempat nak cakap apa-apa keputusan. Maknanya kita belum putus." Eunbi diam. Matanya memandang ke arah lain.
"Saya datang sini. Sebab saya nak minta maaf dekat awak. Saya abaikan awak selama ni. Saya tinggalkan awak macam tu je. Saya minta maaf. " Chanyeol melangkah beberapa tapak seraya menarik tangan Eunbi untuk mereka lebih dekat.
"Saya nak Eunbi saya balik. Jangan jadi macam ni. Saya tak suka. Tak elok. Awak perempuan. Saya sayang awak. Awak milik saya seorang. " perlahan sahaja suara Chanyeol tapi Eunbi masih lagi boleh dengar akan suaranya.
"Balik pada saya semula. Berhenti buat macam ni. Kita kahwin. " jatuh air mata Eunbi apabila Chanyeol berkata begitu.
Setahun lelaki itu menghilang. Hari ni dia kembali dan terus ingin mengkahwininya.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...