16

37 4 0
                                    


            "Barang tu tak ada dekat kedai tepi-tepi ni.." Mingyu diam sedikit mengeluh.

      "Yelah. Cepat sikit. Nanti nak hantar awak pergi tempat kerja lagi. " kereta diberhentikan setelah memakir keretanya.

      "Jomlah sekali. I tak biasa keluar sorang.. "

       Pula dah. Eunbi ni memang menyusahkan orang betul. Rimas Mingyu dibuatnya. Sekejap itu. Sekejap ini.

      Mana tak biasa keluar sorang dengan pakaian yang tak cukup kain tu. Memang patut pun tak biasa keluar sorang!

      Mingyu berjalan bersama Eunbi masuk ke dalam pusat membeli belah itu. Ketat sahaja muka Mingyu. Eunbi pula seronok dapat keluar bersama Mingyu.

      "Eh."

        Bahu Mingyu dipegang. Terkejut Mingyu. Terus pinggang Eunbi disentuh. Gadis itu pula sengaja merapatkan dadanya pada badan Mingyu.

       "You ni buta ke?! Tak nampak orang? " orang yang tidak bersalah itu ditengkingnya. terkebil orang itu memandang Eunbi.

       "Salah saya ke? Saya minta maaf. Saya tak perasan." terus orang yang sedikit berumur itu meminta maaf.

       "Ada mata tu gunalah elok elok. Jangan nak menonong je jalan tu. Dasar tua! " lengan Eunbi ditarik.

     "Sudahlah Eunbi! " jerit Mingyu.

     Terdiam satu pusat membeli belah itu
Begitu kuatnya suara Mingyu. Dari tadi dia menahan sabar dengan perangai Eunbi.

     "Dia dah minta maaf kan? Apa lagi yang awak tak puas hati? Dengan orang tua awak buat macam ni. Mana rasa hormat awak?" Eunbi diam. Matanya berair memandang Mingyu.

      Ingatkan Mingyu akan membela dia. Jadi lain pula. Rasa menyesal pula berpura-pura jatuh tadi.

       "Dia langgar I Mingyu.."

       "Sakit? Berdarah? Tak kan? Minta maaf dekat mak cik ni balik. Sekarang. " jarinya memunding ke arah orang tua itu.

       "Tak apa lah, salah.. "

        "Sekarang Eunbi. " lagi sekali Mingyu bersuara.

         "I minta maaf. "

         "Ikhlas Eunbi. "

         "Cth. I minta maaf. Mak. Cik. "

         "Saya. Bukan I "

         "Huh, saya. Minta maaf. Mak cik. Dah? " Mingyu diam. Susah betul nak berbudi bahasa perempuan ni.

        "Saya minta maaf mak cik bagi pihak dia. Saya minta maaf ya? "

        "Aigoo. Tak apalah.. Mak cik tak kisah pun. Biasalah budak zaman sekarang. Yang tua kena hormat yang muda... " Mingyu hanya tersenyum sahaja dan membiarkan Eunbi yang sudah mengalirkan air mata.

     "Lambatnya awak balik Mingyu? Malam baru awak balik.. " tanya Hyuna apabila Mingyu masuk ke dalam rumah mereka.

      "Kerja banyak sangat aeh? Mesti sebab anak tuan Kwon tu kan? Dia tu ish sibuk je... "

      "Diam sayang!" Mingyu memandang Hyuna tajam. Terkejut isterinya. Anaknya juga memandangnya pelik.

      "Sorry. Saya tak sengaja.. " kepala Hyuna ditarik dan dimasukkan ke dalam pelukkannya. Dicium kepala Hyuna lama.

      "Sorry.. Saya penat. Saya terlepas. Sorry.. " bahu Hyuna ditepuk perlahan.

     Ya dia penat. Satu hari dia melayan Eunbi. Daripada pagi hinggalah malam ni. Satu hari ni jugalah dia langsung tak menjejakkan kakinya ke tempat kerja. Hanya pagi tadi je untuk mengambil dokumen.

       Dan selebihnya dia terpaksa melayan kerenah Eunbi. Rupanya gadis itu tidak bekerja pun hari ni. Sengaja mahu keluar bersama dia.

        "Awak tak salah pun. Saya yang salah sebab tanya awak tadi. Saya terlupa awak penat balik dari kerja.. "

       "Tak, awak tak salah pun. Okey? Jangan salahkan diri sendiri. Awak tak tahu apa-apa... Buatkan saya kopi okey? Saya mandi sekejap. " Hyuna hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan berlalu pergi.

       Minjae dan Jinae yang memandangnya pelik itu hanya diberikan senyuman sahaja. Tangannya dilambaikan memanggil anaknya.

     "Nah, ni untuk Minjae dengan adik. " dua bungkus biskut coklat itu diberi. Keluar dengan Eunbi tadi. Sempatlah dia membeli barang untuk anaknya dirumah.

      "Untuk mommy tak ada? "

       "Mommy punya rahsia. Diam tau. Jangan bagitahu mommy? " dua beradik itu mengangguk seraya ketawa kecil dan berlalu pergi.

        "Awak? "

         Mingyu menoleh. Bajunya disarungkan Hyuna mendekatinya. Secawan kopi diberi dan Mingyu mengambil seraya tersenyum ke arah Hyuna.

         "Awak marah lagi? "

         "Tak lah. Tak marah pun.." tubuh Hyuna ditarik lalu mereka melabuhkan punggung di tepi katil.

         "Banyak sangat aeh kerja tadi? "

         "Ya. "

         Hyuna diam. Mingyu pun diam. Masing-masing berada di dunia sendiri. Hyuna takut nak mennaya lebih. Mingyu pula memikir kerja yang yang banyak menunggunya dipejabat.

       "Awak nak makan? " tanya Hyuna.

        "Erm, yang ringan jelah. Tak nak berat-berat.. " jawab Mingyu.

          "Saya buat sandwich je ya? " Mingyu hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now