"Chanyeol.. ""Ayah.. "
Tubuh bakal menantunya dipeluk erat. Dia faham perasaan lelaki itu. Belakang tubuh Chanyeol diusap.
"Sabar Yeol. Jangan macam ni.. "
"Eunbi dah tak ada.."
Tuan Kwon diam. Hatinya juga sayu. Bapa siapa sahaja yang tak sedih apabila kehilangan anak tunggalnya.
"Yeol tak kuat ayah.. "
"Sabar.. "
"Yeol minta maaf sebab selama ni Yeol tinggkan Eunbi.."
"Kamu tak salah Yeol. Sabar. Sedih Eunbi tengok kalau kamu macam ni.. " bahu Chanyeol ditepuk-tepuk. Bertakung air matanya. Terkejut dia apabila Chanyeol menelefonnya yang Eunbi berada di hospital. Terus dia datang ke sini.
♡
Daeho memakirkan keretanya di dalam rumah yang diberitahu oleh Chanyeol tadi. Kebetulan dia ambil cuti selama dua hari. Jadi dia terus datang ke sini apabila Chanyeol memberi tahu yang tunangnya baru sahaja meninggal dunia.
"Chan. "
"Hei. "
"Sabar we.. "
Daeho memeluk tubuh Chanyeol. Belakang badan Chanyeol ditepuk-tepuk memberi semangat untuk kawan lelakinya. Dia juga turut berasa simpati.
"Lagi berapa hari we aku nak kahwin dengan dia... "
"Ye aku tahu. Sabar Chan. Aku tahu kau kuat. " pelukan terlepas. Wajah Chanyeol yang pucat itu dipandang. Merah matanya kerana banyak menangis.
"Punca kematian dah tahu? "
"Belum. Masih dalam siasatan. Kau masuk lah dulu. Ni rumah Ayah Eunbi. " Daeho hanya mengangguk.
"Belakang kau tu siapa? "
"Ouh tu. Mira. Kawan. "
Chanyeol hanya diam. Tak tahu nak balas apa. Bukan sekarang waktunya dia nak bergurau. Menyakat.
"Ayah Eunbi macam mana? "
"Dia diam. Tak banyak cakap. " Daeho hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Kau duduk sini ke macam mana? "
"Tak tahulah. Tengah fikir lagi. Tak sampai hati aku nak tinggalkan dia sorang-sorang dekat sini. " Daeho diam. Chanyeol pun diam. Sendu sahaja suasana dengan lampu yang hanya beberapa kawasan yang penting sahaja dibuka.
"Kau? "
"Aku teman kau lah. Tapi nanti aku kena hantar Mira ni balik sekejap. Rumah dia dekat je. Dekat kawasan sini. " Chanyeol diam. Dipandang telefon yang bernayala itu. Gambar dia bersama Eunbi sebelum mereka bergaduh dan Chanyeol membawa diri. Baru berapa jam dia tidak berjumpa dengan Eunbi. Rasa rindu tu semakin dalam.
♡
Wajah Eunbi yang sudah tidak bernyawa dipandang Chanyeol. Punca kematian sudah diketahui. Di bunuh. Dan sekarang pihak polis tengah cari siapa pelakunya.
"Saya minta maaf sayang... "
"Saya tinggalkan awak..."
"Saya tak sempat nak selamatkan awak dengan anak kita.. "
Air mata yang semakin laju mengalir diusap. Dia tak kuat. Digenggam erat besi Itu. Manahan rasa sedih yang mendalam. Terbongkok dia menahan tangisan.
"Kita dah nak kahwin Eunbi. Lagi 4 hari je. Kenapa awak tinggalkan saya. 4 hari je sayang.. " dipejam matanya serapat yang mungkin.
"Minjung pergi dengan awak.. "
Nama yang disebut oleh Eunbi beberapa hari yang lalu disebut. Dia tidak tahu jantina anaknya. Tapi dia dapat rasa yang anak yang dikandungkan Eunbi adalah perempuan.
"Dia pergi dengan awak. Dia jaga awak untuk saya dekat sana.. "
"Terima kasih sayang. Terima kasih sebab cintakan saya walaupun kita tak dapat bersama. Saya minta maaf. Tunggu saya. Saya dah tak boleh selalu ada dekat dengan awak. Awak dah jauh.." air matanya dikesat dan dia kembali berdiri tegak.
"Saya pergi dulu. Saya sayang awak. Terima kasih Eunbi.. "
♡
Aku duduk pada kerusi yang telah disediakan. Kesian aku tengok Chanyeol. Dia diam je. Sekejap dia termenung.
Aku pun turut terkejut apabila Mingyu memberitahu aku yang Eunbi baru sahaja meninggal dunia. Sedih. Walaupun aku baru sahaja kenal dia. Tapi rasa sedih tu ada.
Tuan Kwon juga nampak sedih. Tapi dia cuba untuk tidak menunjuk. Aku mengeluh seketika. Mingyu tak ada. Mungkin pergi berjumpa dengan Chanyeol dan Tuan Kwon.
Baju hanbok hitam yang tersarung pada tubuh aku sentuh. Cuba hilangkan bosan. Aku sorang je dekat sini. Minjae dengan jinae tak ikut.
"Isteri Mingyu ya? "
Kepala aku diangkat lalu tersenyum kepada gerangan tersebut. Chanyeol mungkin.
"Saya Chanyeol. Tunang Eunbi dulu. "
Aku senyum. Betullah tekaan aku. Kesian dia. Lagi berapa hari nak kahwin. Terpaksa hatinya merelakan kekasih pergi. Dia labuhkan punggungnya duduk disebelah aku.
"Mingyu mana? "
"Dia jumpa Tuan Kwon sekejap. " aku menganggukkan kepala tanda faham.
"Saya nak minta maaf atas kesalahan Eunbi yang dia pernah buat dekat keluarga akak." Chanyeol memandang aku.
"Tak apa lah. Benda dah jadi. Akak dah maafkan dia dah pun... " Chanyeol diam seraya tersenyum. Lega hatinya mendengar jawapan daripada Hyuna.
"Kamu macam mana lepas ni? "
"Macam tu lah kak. Saya mungkin akan tinggal dengan Tuan Kwon. Risau juga kalau dia sorang-sorang dekat rumah tu. " aku menganggukkan kepala sekali lagi.
"Ibu okey ke? "
"Ibu okey. Lagipun ada adik jaga. " aku diam. Kuat betul budak ni.
"Sabar ya.. " Chanyeol hanya tersenyum.
"Saya pergi dulu lah.."
"Ya. "
Okey tak? Sedih ke? Saya yang type ni pun rasa macam nak menangis. 😆 Saya cuma nak bagitahu yang cerita ni tak ada kena mengena pun dengan yang hidup ke atau pun yang mati. :)
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...