36

25 4 3
                                    


       Perlahan-lahan aku menapak diatas lantai simen. Aku ingat pesanan Chanyeol. Jangan jalan laju-laju nanti jatuh. Tapi pesanan kali ni aku tak dengar. Aku nak suprise dia. Jadi sementara tunggu dia datang aku nak beli air coklat panas dekat mesin air tu. Terliur sangat dah ni!

      Sampai sahaja dihadapan mesin air. Terus aku buka genggaman aku yang berisis duit syiling. Beberapa keping duit syiling aku ambil lalu masukkan ke dalam mesin.

     "Argh! "

     Terpusing aku apabila ada seorang yang menarik tangan aku. Terus jantung aku mengepam laju kerana perasaan terkejut dan takut.

     Tubuh aku ditolak sedikit kasar sehingga aku terhentak pada dinding hospital. Aku cuba melihat wajah gerangan tersebut tetapi tak nampak kerana kepalanya ditutup dengan baju hoodie.

     "Kau. Kau nak apa? Siapa kau? "

     Aku rasa menyesal sebab tak dengar cakap Chanyeol. Dia suruh aku tunggu dekat bilik tadi. Jangan keluar. Tapi aku degil. Aku keluar juga.

      "Lama tak jumpa Eunbi. Sihat? " tarik sahaja kepala hoodienya itu terus terlihat wajah lelaki itu yang sedikit cengkung kerana pengambilan dadah.

     "Seok.. "

     "Seokjin."

     Terus rasa seakan darahnya tidak mengalir. Perutnya disentuh. Dia takut. Sudahlah kawasan yang dibawa Seokjin ni sedikit sunyi. Tidak ramai yang lalu disini.

     "Baby okey? Sayang juga kau dekat dia kan? " Perlahan-lahan lelaki itu melangkah menghampirinya.

     "Kau nak apa? Aku dah cakap yang aku dah tak nak buat benda tu kan?" Seokjin tersunyum sinis. Mengejek.

     "Ya. Tapi disebabkan kau. Keluarga diorang dah baik semula. Dan aku bencikan benda tu. Hyuna sepatutnya jadi milik aku. Bukan Mingyu. Kau faham? " rahang gadis itu dicengkam.

     "Jadi. Aku datang sini sebab nak bagi hukuman dekat kau. Dah lama aku cari kau. Hari ni baru aku jumpa. Tapi bila kau dah ada dekat bawah. Itu memudahkan urusan aku. "

     " Ini balasan untuk kau. Kau bayar dua kali ganda dengan apa yang kau dah buat dekat aku. " terus tubuhnya terasa senak. Rasa seakan ada benda yang mencucuk ke dalam perutnya.

       "Seokjin. "

     Lagi sekali perutnya ditikam. Tetapi kali ini lebih dalam. Sehingga mengalir air mata dan keluar darah dari mulut gadis itu. manahan rasa sakit yang semakin mencucuk. Pisau yang tercucuk pada perutnya disentuh. Basah dengan darahnya.

    "Aku berjanji yang hidup kau akan huru hara lepas ni Seokjin... "

     Dan selepas itu terus Seokjin melarikan dirinya. Tangannya yang sudah penuh dengan darah dinyorokkan dalam poket hoodienya dan berlari keluar dari kawasan hospital.

     "Rindunya nenek dekat cucu nenek ni... " tubuh Jinae dipeluk erat.

    "Masuk Mingyu.. "

     Mingyu hanya mengangguk dan masuk ke dalam bersama Hyuna. Tidak juga lupa dia membawa sekali beg roda itu masuk ke dalam.

     "Awak nak tido dulu ke? "

     "Tak. Saya kena pergi kerja sekejap. Ayah suruh saya tolong dia. " Hyuna hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

    "Mingyu? Nak pergi kerjakan? Sini sarapan dulu.." Mingyu hanya menganggukkan kepalanya sahaja sebelum dia melangkah pergi.

    Ikutkan dia nak datang rumah ibu mentuanya tengah hari nanti. Tapi apabila Tuan Kim menelefonnya tadi untuk meminta pertolongan. Jadi dia menghantar Hyuna dan anak-anaknya terlebih dahulu. Takut masanya terlebih panjang daripada yang dia jangkakan. Malam baru nak bertolak ke sini.

       Chanyeol duduk di kerusi. Matanya dipejam. Berdoa supaya anaknya dan Eunbi dapat diselematkan walaupun dia tahu yang benda tu tak akan berlaku.

      Dapat sahaja panggilan kecemasan dari pihak hospital terus dia bergegas datang ke sini. Ditinggalkan sahaja kerjanya yang hampir selesai.

      "Tuan. "

     "Ya doktor. "

    Chanyeol berdiri lalu melangkah beberapa tapak untuk menghampiri doktor perempuan itu.

     "Tuan Chanyeol?Tunang kepada Eunbi? " Chanyeol menganggukkan kepalanya. Berdebar rasanya jantung untuk tahu keputusan.

     "Saya harap awak dapat bersabar. Puan Eunbi sudah meninggal dunia. Termasuk kandungan dalam perutnya. " rasa nak gugur jantung ni apabila memdapat tahu berita yang sebegitu.

     "Memang tak boleh selamatkan ke kandungan tu? "

     "Tak boleh. Sebab baby masih lagi belum matang. Dan dia masih lagi berharap pada jantung ibu. Lagipun mayat dijumpai setelah 30 minit berlalu. Memang pihak kami tak dapat nak selamatkan.Saya minta maaf. Saya harap Tuan dapat bersabar. " mengalir air mata lelaki itu. Luluh hatinya. Betapa dia sayangkan Eunbi. Hanya hatinya sahajalah yang tahu betapa sakitnya bila mendapat berita mengejut ini.

       Dia rela pemergian Eunbi walaupun perit tapi apabila kandungan itu sekali tidak dapat diselamatkan. Dia sedih.

      Kalau kandungan itu dapat diselamatkan. Sekurang-kurangnya dia masih lagi ada nyawa yang perlu dia jaga dari darah daging Eunbi.

     "Siasatan akan dijalankan untuk mencari punca kematian Puan Eunbi. Apa-apa pihak kami akan baritahu kamu. Saya pergi dulu.. " doktor itu kembali masuk ke dalam bilik yang ada jasad Eunbi.

     Terduduk Chanyeol di situ. Laju air matanya mengalir. Sedih, perit, sakit hatinya. Ingin sahaja dia meraung di dalam hospital itu.

[C] Stay By My Side .S2Where stories live. Discover now