EunbiMingyu
Tengah hari ni you free?Free, kenapa?
I nak bincang pasal syarikat
Kita tu.Okey
Dekat bilik mesyuarat tau.
Ayah I ikut sekali.Ouh, okey. Nanti I tengok jadual I
Okey ❤
"Hai Eunbi.. " bahu gadis itu ditepuk lalu duduk dihadapan gadis itu.
"You buat apa dekat sini? And you nak apa? " telefon bimbitnya diletakkan dalam beg tangan berwarna putih itu.
"Macam biasa. Aku nak duit aku. "
"I cakap I tak boleh bagi sekarang kan? "
"Aku nak sekarang duit tu. Aku tak suka menunggu. Aku dah cakap dengan kau hari tu kan. " suaranya sedikit tinggi.
"Ya, I tahu. Tapi bagilah I masa. You ingat senang ke nak dapat 13 juta tu? Senang? " lelaki itu diam.
"Aku nak dalam bulan ni juga. Cukup kan masa yang aku bagi? " badannya ditegakkan mendekati Eunbi.
"You ni main minta je. Apa? Ingat duit tu macam petik daun? " rambutnya diselak ke belakang. Panas betul rasanya.
"Kau minta jelah dekat lelaki tu. Susah? " Eunbi terdiam.
"Siapa? Mingyu? Huh. Tak akan lah I nak terus mintak duit dekat dia. You ingat dia nak bagi suka hati dia ke? " lelaki dihadapannya dijeling tajam. Main oder je. Tampar kang...
"Aku tak kisah cara apa pun yang kau guna. Tapi aku nak duit aku dalam masa sebulan ni. Aku ni, memudahkan kau untuk dapatkan lelaki tu. Tapi kalau kau pun lambat bagi aku duit. Ingat kau boleh dapat ke Mingyu tu? " lelaki itu bangun dan terus meninggalkan Eunbi yang sudah terdiam.
♡
"Chan? "
"Kau buat apa? "
"Tak ada apalah.. " telefonnya kembali ditatap. Sesekali diusap telefon itu.
"Tengok gambar tunang ke tu? " Daeho memanjangkan kepalanya untuk melihat skrin telefon bimbit Chanyeol.
"Mana ada. Kau apasal dekat sini? "
"Eleh, lari topik konon. Rumah aku suka hati aku lah nak ke mana. Rumah kau tu. Dah bersarang agaknya." mulutnya ditutup seraya ketawa kecil. Suka betul dia menyakat kawannya.
"Aku tak ada hati nak balik sana lagi.. "
"Tak ada hati. Habis bila hati kau nak ada? Tunggu orang derma? "
"Ha, loya buruk? " Chanyeol membesarkan matanya memandang Daeho.
"Tengok gambar dekat-dekat. Usap-usap. Siap zoom lagi. Tapi tak nak balik juga.. " keropok yang ada pada mangkuk kaca itu diambil lalu disuakan ke dalam mulut.
♡
"Mingyu.. "
"Awak bincang dengan Jungkook ya
Dia akan gantikan saya. Saya tak sihat pula.. " Jungkook diam memandang Mingyu dan Eunbi. Tulah. Dia pula yang jadi mangsa."Kalau macam tu I hantar you pergi klinik lah. Jom. " beg tangannya diambil lalu berura hendak bangun.
"Tak apa. Awak bincang je dengan Jungkook. Saya nak berehat je. Tak payah susah-susah. " bahu Eunbi ditolak. Berpura-pura batuk dan sesekali memegang kepalanya. Matanya memandang Jungkook meminta tolong. Tetapi lelaki itu macam sengaja buat tak tahu dan hanya melihat Mingyu yang sudah rimas dengan tingkah laku Eunbi.
"Tak apalah. Meeting kita pun dah habis. Kita boleh sambung nanti. You tu sakit..." lengan Mingyu ditahan.
"Cik Eunbi. Tak apa. Mingyu dia cuma sakit biasa je. Mungkin dia penat. Jom lah kita mulakan. Macam mana dengan cadangan yang kita orang buat tu. Cik Eunbi setuju ke? " Jungkook terus buka mulutnya apabila Mingyu menggerakkan mulutnya yang dia akan memotong gaji Jungkook. Tahu takut.
Boleh pula dia tengok drama antara Mingyu dan Eunbi tu. Eunbi pula terus melepaskan lengan Mingyu apabila Jungkook sudah membuka beberapa fail.
Mingyu pula terus dia pergi masuk ke biliknya. Lega rasanya. Daripada tadi Eunbi nak berkepit dengannya. Rimas. Sudahlah tadi. Banyak soalan ditanya. Macam sengaja tidak faham. Sengaja jadi bodoh pun iya juga. Dan apabila dirinya mendekat dengan gadis itu. Mula lah menggeletis. Pen terjatuhlah. Benang baju tersangkutlah. Tahan sahaja lah dirinya disebabkan ayah Si Eunbi tu ada dekat situ. Perlulah berkelakuan profesional. Kalau tidak...
♡
"Oi! Sedap minum? " bahunya ditepuk-tepuk oleh lelaki itu. Dua orang lagi duduk dihadapannya.
"Aku bayar nanti. Aku janji. "
"Dah seminggu dah ni. Banyak dah masa aku bagi.. " air minuman lelaki itu diminumnya.
"Tolong. Bagi aku masa. Kali ni aku tak tipu. Aku bayar. Aku janji. " tangannya diangkat. Tanda yang lelaki itu bersungguh akan bayar hutangnya.
"Betul? Kalau betul aku bagi kau masa lagi. Aku tak akan bagi hari. Sampai masa aku minta. Tak ada, kau mati. Dekat situ juga aku pamcung kepala kau, faham? " kasar air liurnya ditelan. Lelaki itu mengangguk tanda faham.
"Esok. Kerja macam biasa. Faham? Kau jangan lari lagi. " lagi sekali lelaki itu menganggukkan kepalanya.
YOU ARE READING
[C] Stay By My Side .S2
RomanceKebahagian aku yang dulunya hilang. Diganti dengan lebih baik oleh lelaki itu. Tetapi apabila hendak sampai ke fasa yang seterusnya terputus begitu sahaja. Orang yang sendiri aku sayang dan percaya hancurkan segala-galanya. Kerana satu kesalahan hil...