46

1.6K 15 9
                                    

"baby, what.. is.. your name? Chia melutut meneroka wajah miut di hadapannya.

Tiada jawaban. Hanya terdengar nafas halus yang semakin tersendat-sendat.

Maria yang sedari tadi berpeluk tubuh menyandar di tembok rumahnya mengeleng kepala melihat Chia yang sudah pun berjaya menakutkan seorang budak berumur empat tahun. Sekarang budak itu sudah pun hampir menangis.

"Semua budak takut dengan you babe. Saka you ganas sangat" Maria menghampiri Chia yang mula resah memujuk budak itu. Maria mendukung dan sedikit mendodoi budak kecil yang lekat memeluk patung kataknya yang sudah hampir tiada berwarna.

"Siapa nama adik" Maria mencium pipi budak kecil dalam dukungannya sambil berjalan perlahan sekitar halaman rumahnya.

"Ha..hayaq" bergetar perlahan suara budak itu menahan tangis.

"Nama dia Haya" Madam Helen tersenyum melihat langkah Maria yang terhenti tiba-tiba apabila terdengar suaranya sambil melemparkan satu jelingan nipis. Dia tahu Maria tidak sepenuhnya setuju dengan permintaannya. Apakan daya dia tiada pilihan.

Madam Helen memandang Chia yang terpampam berwajah kecewa. Chia membalas pandangan auntynya itu dengan senyuman yang tampak semakin kecewa, kecewa kerana dia hanya berjaya menakutkan Khaira. Madam Helen tersenyum dan mengangguk permisi lalu dia masuk ke dalam keretanya dan terus berlalu. Dia tahu malahan sangat yakin, Maria memang pilihan yang tepat. Maria yang tegas tapi sangat penyayang dan perihatin.

Mereka bukan membuat pilihan yang semberono.

Maria sesuai untuk Khaira menumpang kasih.

Tanpa sepatah kata Maria berjalan masuk kedalam rumah diikuti rapat Chia yang membimbit satu beg pakaian Khaira. Beg yang kecil sahaja.

"Babe, I nak pergi kerja. You jaga budak ni. Jangan you dera dia pulak" Maria dudukkan Khaira atas katil. "Jangan lupa mandikan dan bagi dia susu dan makan"

Maria mengeluarkan bajunya dari almari. Dia dah janji dengan Aliah untuk bincang pasal cuti.

"I mana tahu jaga budak baby. Nanti dia nangis, I mahu buat apa?"

"Bagi dia makan dan susu. Haa.. jangan sesekali bagi dia gula-gula dan coklat"

"Hanya itu yang budak- budak suka" Chia terduduk lemah sebelah Khaira yang bergerak semakin menjauhinya.

"Jangan sesekali okey?"

Chia memasamkan mukanya. Bukan kerja dia jaga Khaira. Kalau dia tahu begini jadinya. Semalam memang dia bantah habis-habisan.

"Babe" Chia memandang Maria yang sudah pun mencapai beg tangannya. "You buatkan susu dengan makanan dia dulu." Tangan Maria dia genggam mohon simpati.

Maria menahan ketawa. Gelihati melihat wajah muram Chia. Hilang terus wajah penuh wibawanya itu.

"Erm okey. Dukung budak tu. I ajar you." Maria berjalan keluar dari bilik meninggalkan Chia yang berusaha meraih dan mendukung Khaira.

"Jangan lupa beg susu dia sekali!"

Sambil mendukung Khaira, terpusing-pusing Chia mencari beg susu yang Maria bawa tadi. Semua nampak mudah bila Maria yang uruskan. Berusaha mencapai beg susu di atas lantai sudut katil dengan kaki dan tangannya.

Chia terkekeh gelihati sendiri melihat Khaira yang tergelak melihatnya terkial-kial mencapai beg. Dicubit sedikit pipi Khaira. Seorang Chia mana pernah mengalah.

"Hehe, you jangan ikut I punya style k. Ikut mama Yaya. She's perfect" Chia melajukan langkah menuju arah dapur.

"Camni je cara bancuh susu Haya. Bubur nanti you delivery je. Bubur ayam. Tapi ayam tu you carikkan lebih kecil lagi tau"

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now