Suzzane menyanyi kecil menuruni anak tangga. Matanya melilau arah dapur walaupun sebenarnya dapur rumahnya jauh dari pandangannya.
Dia mencapai kunci keretanya atas kabinet kecil tepi dinding ruang tamu. Mengatur langkah panjang menuju arah dapur.
"Sayangg, I mahu keluar sekejap. I ada hal sikit kena selesaikan" dia menghampiri Aliah yang sedang tekun menghiris lada capsicum hijau dan merah. Atau lebih dikenali dengan lada benggala itu.
Matanya mengerling arah sink. Berbagai sayuran masih lagi memenuhi mangkuk atas kabinet dapur. Udang dan sotong masih lagi berbungkus plastik dalam sink.
Dia tahu budak kunonya mesti sibuk sediakan semua tapi dia terpaksa juga kena keluar.
"Awak nak g mana Zen. Awak taknak tolong saya ke"
"I memang mahu tolong you, tapi I kena keluar sekejap. Sekejap saja sayang. I akan cuba balik sebelum my mama and your mak tiba okey"
"Promise tau. Nanti saya malu dengan mama awak."
"Jadi I boleh keluar?" Suzzane memegang tangan Aliah yang tidak berhenti bergerak itu. Dia ada janji dengan "waiter" misterinya lagi.
"Yee, g la selesaikan urusan awak tu. Nanti belikan saya tepung jagung. Yang ada ni dah tinggal sedikit" Aliah melebarkan senyuman arah Suzzane yang sudah pun merapatkan wajahnya.
Cup! Erm.. dah agak dah. Suzzane tidak akan berganjak sebelum mencium pipinya.
"Cepat balik tau" Aliah berpesan lagi. Dia bimbang hanya dia seorang akan menyambut ketibaan Madam Helen nanti. Malunya kalau itu yang berlaku. Mana dia hendak letak muka. Mimpi apa mama Suzzane hendak datang ke rumah Suzzane hari ini. Malah menjemput emaknya datang sama.
Dengan alasan hendak berkenalan dan beramah mesra. Terpaksa la dia masak. Dan menu pilihan Suzzane mee cantonese dan jus roselle.
"promise sayang. You don't worry okey. I will buy that tepung jagung and some sweet food for dessert." memang kali ini perjanjian dia dengan waiternya itu di sebuah kedai kek tumpuan ramai di bandar itu. Sengaja dia memilih tempat yang berlainan supaya tidak dapat dikesan oleh Anthony dan kuncu-kuncunya.
Lagipun kedai kek itu tidak jauh dari rumahnya. Dia tidak mahu tinggalkan Aliah lama bersendirian.
"Hmm.. saya dah buat cha ba ang dan puding buah untuk dessert. Ada tu dalam peti sejuk" Aliah meneruskan kerjanya memotong lada banggala.
"You sudah siapkan? Bila you buat semua tu?" Suzzane melangkah menuju arah peti sejuk dan membuka dengan sedikit tidak sabar. Kalau harapkan dia memang semua bahan ini masih lagi dalam freezer.
"Lepas subuh tadi. Mudah je sediakan tu semua Zen"
Meriah suasana di dalam peti sejuknya dengan warna-warni puding buah dan kemerahan jus roselle. Tersenyum dia melihat tersusun cantik botol-botol jus roselle. Cuma menunggu untuk diminum.
"You ni rajin tau sayang. Cantik dan baik hati. Almost perfect" sekali lagi pipi Aliah jadi mangsa hidung Suzzane.
"Almost je?" Aliah buat muka tidak puas hati. Tangannya mencapai pula mangkuk yang penuh dengan sayuran.
"Kalau lah you ni penyayang. Itu baru perfect tau"
"Mana awak tau saya tak penyayang?" Aliah bersandar pada kabinet sink memerhatikan Suzzane yang cantik pada pandangannya pagi ini dengan t-shirt hitam membentuk di badannya. Sentiasa tersengeh dan ketawa gembira. Happy sangat agaknya.
"I tau la. You kan tidak sayang I" Suzzane meneguk sedikit jus roselle yang dia tuang sedikit dalam gelas tadi.
"Erm. Mana awak tau saya tak sayang kat awak" Aliah menarik kerusi tepi meja. Malas layan Suzzane. Merepek saja pagi-pagi macamani.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...