Madam Helen gelisah. Mundar mandir di hadapan pintu ruang tamu rumahnya. Sesekali dia melirik pintu dan telefonnya di tangan.
Dua-dua sepi.
Masih tergiang suara Sofea menerobos telinganya kelmarin. "Ini hal keluarga kau Helen. Kau saja yang boleh selesaikan. Selagi kau simpan racun ni selagi tu hidup kau sekeluarga akan hancur sedikit demi sedikit" Madam Helen terus berfikir. Dia berhenti menghadap pintu rumahnya sambil mengulang-ulang kata-kata Sofea. "Kerana Anthony dan K, usaha aku dan Borysko selesaikan kerja ni terhalang. Kerana Anthony dan K"
"Mana Chia ni" skrin telefonnya di tekan. Terpampang nombor sembilan di skrin fonnya. "Lambat" keluhnya lagi.
"Kami tidak mampu tolong kau lebih dari maklumat-maklumat yang sudah kau ada sekarang ni, Helen. Kau kena hentikan semua ni. Ingat! aku tak mahu ada nyawa yang tidak bersalah akan melayang"
Madam Helen berlari membuka pintu bila terdengar bunyi deruman perlahan kereta memasuki halaman rumahnya.
"You lambat!" Sambutnya membalas teguran dan senyuman dari Chia.
"Apa kita mahu makan malam ini aunty" Chia berlenggang menuju ruang makan. Maria yang berwajah tidak happy mengekori Chia, tidak mempedulikan Madam Helen yang sedikit gelisah yang juga tergesa-gesa mengekori Chia.
"I tidak sempat mahu masak Candy. Hati I tidak senang" Madam Helen menarik kerusi lalu duduk menghadap meje yang kosong.
"Hah! Takda makanan ahh" Chia terkejut memandang Maria yang sudah pun berpeluk tubuh memandangnya. Mana tak ngeri. Alasan dia mengajak Maria pergi rumah Madam Helen kerana ada jemputan makan malam.
"You tipu I, I nak balik" Maria memalingkan badannya. Dia memang dapat rasa ada yang tidak kena apabila Chia beriya memujuknya datang rumah Madam Helen. Setakat makan malam, gerai depan taman perumahan mereka pun sedap juga. Sedangkan dia tahu Suzzane makan malam dan tidur di rumah Aliah.
"Eh! Sabar dulu Yaya. You jangan marah Candy haa. Sebenarnya memang I janji mahu masak sedap-sedap kalau dia mahu bawa you datang sini. Tapi hati I susah sekarang" Madam Helen bangun menarik tangan Maria supaya duduk sebelahnya.
Perlahan Chia duduk sebelah lain Madam Helen. "Ada apa aunty. You boleh minta tolong dengan I saja. Tak perlu libatkan Yaya"
Madam Helen meleretkan sekeping gambar depan Chia. Terbuntang mata Chia melihat gambar di hadapannya. Perlahan dia terbalikkan gambar tersebut dan menjauhkan dari pandangan mata Maria yang sedari tadi memandang arahnya dan gambar.
"I terpaksa minta tolong you Candy. Sebenarnya I lebih mahu minta tolong sama Maria bukan you"
"I?" Mata Maria merenung Chia yang juga sedang memandangnya. Renungan yang menyeramkan bagi Chia.
"Yah, I mahu you tolong jaga Khaira"
"Khaira?" Chia melopong.
"Who is Khaira?" Maria sudah menegakkan badannya menyandar. Tidak lagi memandang Madam Helen atau pun Chia. Jaga orang? Dia jaga orang? Tidak logik sama sekali.
Matanya membesar melihat gambar di tangannya. Entah bila gambar itu sudah di tangannya. Nafas Chia terhenti.
Mati!
"Esok dia sampai. I terus hantar dia dekat rumah you" Madam Helen memandang Maria.
"Please Yaya" tangan Maria, Madam Helen genggam. Memohon simpati mengharapkan persetujuan.
"Perempuan? I tak setuju." Maria melepaskan tangan Madam Helen. Dia cuma digaji untuk bekerja di kedai hardware bukannya menjadi bibik.
Maria bangun menoleh arah Chia yang tertunduk memandang meja. "Candy. I mau balik. Kalau you setuju, you boleh duduk rumah you dengan Khaira"
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...