"pagi miss khoo."
Namun wajah tidak bersahabat Suzanne membantutkan senyuman di bibir Chia. Sedikit pandang dan kerling mata pun tiada dari Suzanne, apa lagi senyuman. Tiada riak, seperti dia dan kawan-kawannya yang lain tidak wujud dalam office itu.
Chia terus ke mejanya. Sudah pukul 11.am wajah bossnya masih lagi seperti asam jeruk terlebih garam.
Mesti kena paksa datang ke office.
"Miss Khoo, ini ada dokumen dari key land and properties. And you ada appointment dengan Mr. Richard pukul 2.pm ni, dekat.."
"Chia. You letak jauh ini fail." Suzanne sibuk dengan warna-warna kuku di jarinya.
Dengan berat hati Chia angkat semula fail. Wajah selamba Suzanne dipandang dengan lesu. Suzanne tidak pernah berubah. Pasti boss akan bising lagi. Jemu dia menghadapi drama perang mulut dua beranak ini nanti.
"You tak kesian ke dekat uncle, Zen"
"I takmau la buat semua ni. You boleh buatkan. You kerja sini buat apa?"
Semua staff sudah tertumpu memandang Chia yang terdiam. Tangannya ketat mengenggam fail.
"You panggil Anthony handle meeting tu. I nak balik"
"You percaya ke kat cousin you, Zen. You kenal dia camana kan. Apa nak jadi dengan you. Malam you berjaga siang you tidur. Macam musang" masam muka Chia.
"You pun my cousin ha. Tak boleh percaya you juga?" Suzanne menjeling Chia sekilas dengan hujung matanya.
"I kerja ikhlas Zen. Tolong uncle tapi you."
"You mana tahu Anthony tak jujur?" Suzanne merenung tepat wajah kuning pucat sepupunya yang sudah sedikit berwarna pink. Dia tersenyum sinis. Mana Chia boleh menang kalau berbahas dengan dia.
Chia terdiam. Siapa pun dalam family besar mereka sudah masak dengan silat tari Anthony. Silat tariannya kejam dan tamak. Cuma Suzanne sahaja yang berkawan rapat dengan Anthony. Kawan clubbing dan berfoya-foya.
"Bukan you kerja sebab duit banyak meh?"
Chia melepaskan nafas berat. Memang lah dia kerja hendakkan duit gaji. Kalau kerja di syarikat lain pun dia akan dapat gaji juga. Malahan dia boleh dapat gaji lebih lumayan lagi. Sekarang ni memang dia mahu tolong papa Suzanne, uncle dia. Dia hargai kepercayaan yang papa Suzanne berikan kepadanya.
Tok!tok!!
Suzanne melepaskan nafas lega. Bunyi itu menandakan Chia akan berambus dari depannya.
"Miss Chia, orang yang Miss Chia tunggu dah sampai" Chia berundur mahu melangkah keluar dari bilik besar tapi suram bercermin gelap itu.
"Chia, siapa tu?" Suzanne memandang keluar. Kelihatan seorang perempuan melayu sedang bercakap-cakap dengan staf tadi.
kunonya..
"Clerk baru" menjawab malas. "I mahu temuduga dia dulu"
"You panggil dia mari. I sendiri mahu interview dia" Suzanne buat muka selamba sambil meniup kukunya. Matanya menjeling perempuan melayu yang masih berbual dengan salah seorang dari staffnya.
"Zennn, I memang perlu clerk baru. Takda orang yang ganti tempat Nadia lagi"
"Nadia pergi mana haa?" Masih berwajah tak acuh.
"You semua tak tahu Zen. Biar I yang interview. You jangan susahkan I" Chia melangkah menuju pintu. Dia bimbang budak perempuan itu akan balik.
"CHIA.!!"
Tersentak semua staff yang ada dalam bilik itu mendengar suara pondan Suzanne.
Terhenti langkah Chia. Nafas ditarik dalam.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...