Aliah.
Aliah duduk di birai katilnya sambil mengelap rambut yang masih basah. Beg kertas merah di atas katilnya di pandang. Teringat dia pada Suzanne. Perempuan cina puaka yang keding tapi sombong.
Haaa. Penatnyaaa. Tapi cina puaka ni kalau baik, cantik juga.
Nafas yang panjang Aliah lepaskan menahan lelah melayan kerenah Suzzane.
Namun dia tersenyum bila teringatkan Suzanne yang ada juga perasaan malu. Suzanne yang cantik bila dia tersenyum dan ketawa. Bertambah cute bila dia malu tadi. Kan bagus kalau dia selalu baik, tersenyum dan ketawa.
Sekurang-kurangnya selalu cantik kepadanya.
Tuala mandi yang sudah lembab disangkutkan di leher. Beg kertas merah diraihnya. Apa agaknya yang Suzanne bagi ni sampai sanggup call dia. Perlahan Aliah mengeluarkan kotak biru nila yang rapi terikat reben merah cili api. Bergerak sedikit keningnya melihat dua warna kegemaran Suzanne itu. Tidak akan dapat dipisahkan.
"Kita tengok dulu, nyonya keding bagi apa." Aliah tersengih dan bermonolog sendirian. Dia teringat Suzanne yang sememangnya kurus itu.
Aliah membuka penutup kotak sambil menekup mulutnya. Membesar mata redupnya terkejut.
"Biar betul Miss Khoo ni!"
Mengigil tangannya perlahan mengeluarkan sehelai tudung bawal chiffon soft dark pink dari dalam kotak. Eh tak sangka!
"Penuh kejutan lah Miss Khoo ni." Aliah bingkas bangun menuju ke cermin muka yang terpampang di dinding biliknya. Tudung bawal chiffon dililit ke kepalanya. Berpusing sedikit ke kiri dan kanan, mengayakan tudung pemberian Suzanne.
"Pandai dia pilih" itu warna kesukaannya.
Ting!
Whatsapp dari Maria tertera di skrin telefonnya. Tudung bawal dilekapkan ke hidungnya. Mencium haruman yang ada.Skrin telefon ditenyeh dengan ibu jarinya.
Maria:
"Nak tengok sesuatu tak?"Aliah tersenyum mengetik telefonnya. Mesti lah mahu kan.
Maria:
Terpampang gambar Suzzane tersengih lebar memeluk sehelai tudung bawal chiffon berwarna soft dark pink sambil sebelah tangannya cuba menghalang sesuatu.Hehe Aliah tergelak. Diperhatikan lama gambar Suzzane. Senyuman mengembang di wajahnya mengikuti sengihan Suzanne.
Comel..
Dilalukan jarinya di skrin telefon. Membesarkan lagi gambar Suzanne. Biar puas dia melihatnya.
Cantik..
Maria:
"Jangan tenung lama sangat Ali. Nanti jatuh suka. Hehe"Aliah beristighfar mengurut dadanya. Terkurang sedikit tarikan tepi bibir. Namun senyuman masih lagi meniti di bibirnya.
Ada rasa bahagia di hatinya. Dapat hadiah kan. Siapa pun akan rasa bahagia.
Aliah;
"Kenapa tu kak?"Maria:
"Dia berebut dengan Chia. Sepatutnya tudung tu akak punya tau. Tapi tu lah. Zen takkan benarkan Chia beli warna kesukaan awak Ali. Masih lagi berebut dengan Chia, sama seperti di JB dulu."Tidak berhenti Aliah tergelak dan tersenyum membaca whatsapp dari Maria. Tidak pula dia sangka perempuan cina puaka itu berebut baju dan tudung dengan Chia. Hanya kerana dia.
Sesekali dia mengeleng kepala, sukar hendak percaya. Bukan ke Suzanne sangat benci kepadanya.
Tudung pemberian Suzanne disangkut bersama tshirt lengan panjang dan jeans pemberian Suzzane. Dibelek-belek lama.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...