14

2.1K 21 15
                                    

Di restoran Todak, hanya Chia yang riuh berkicau berbual dan bersungguh menyamah semua makanan yang dia pesan.

Krak kruk bunyi Chia memecahkan cengkerang ketam. Teruja wajahnya makan ketam goreng berlada dengan penuh selera.

"Zen, you mahu? Sedap ni babe." Menyuap isi ketam ke mulutnya yang masih lagi ada isinya.

Suzanne hanya duduk diam menghadap arah laut. Fikirannya tidak pernah lekang dari Aliah. Singapura di seberang laut  menjadi tumpuannya.  Namun alunan air laut yang berkilau disinari cahaya matahari begitu mengasyikkan dan sangat menyenangkan itu pun tidak pernah dapat menenangkan dan menyamankan perasaan dan hati Suzanne. Sedikit pun pemandangan yang indah ini dapat menarik perhatiannya. Yang menarik perhatiannya masa ini, bila lah makanan yang banyak di hadapan Chia ini akan segera lesap.

Sebuku roti montou dicapai lalu disuap perlahan dalam mulutnya. Roti montou yang selalunya sedap dimakan bersama kuah mee kari udang ini pun tidak mampu membuka seleranya.

Di hatinya hanya mahu Aliah.

Setelah habis separuh roti montou Suzanne beralih arah melihat Chia yang sudah pun mula mengupas kulit udang. Sepupunya yang berambut poni shaggy dengan bahagian belakang tengkuknya hanya ditutupi nipis rambut itu sangat tekun dengan makanan.

Bila you mahu habis makan. Setiap detik terlalu menyiksakan bagi Suzzane. Dia cuma mampu menelan sisa-sisa sabar.

Ditatapnya lagi wajah Chia yang sudah agak lama tidak dia pedulikan itu. Masih seperti dulu. Cantik dengan rambutnya yang hitam berkilat yang sangat berpadanan dengan muka putih kurusnya.

Tekadnya, dia akan tebus masa yang telah dia persiakan.

Suzzane lepaskan nafas yang memberat. Dikerlingnya Chia yang tidak berhenti menjamah semua makanan di  hadapannya, timbul rasa kasihan pada sepupunya itu. Suzanne mengeluh dalam diam.

"Zen, ini makan.aaa..." seekor isi udang selamat diam dalam mulut Suzzane. Suzanne mengunyah lambat.

"You boleh makan cepat sikit tak Chia." Menyuap sesudu isi ketam yang Chia sudah sediakan untuknya.

"Bagi I makan kenyang dulu haa. I bekerja dari pagi sampai malam hampir setiap hari. Bagi I rasa nikmat makan hasil penat I berkerja Zen." Dengan berselera menyuap sesudu mee kari. "Sedap ni cousin. You mahu?"

Zen menggeleng kepalanya. Secubit roti montou disuap ke mulutnya lagi.

"You punya montou banyak sedap haa." Chia berusaha mencapai sebuku roti montou Suzanne.

"Takda, takda.. habiskan itu semua. Ini I punya" Satu jelingan untuk Chia. Dia mahu Chia cepat selesai makan. Dia mahu balik jumpa Aliah.

"Tak mahu bagi, I tak mahu cerita pasal kedai." Chia buat muka bersahaja mengupas seekor lagi udang.

Suzanne mengeluh. Piring roti montou disorongkan depan Chia. Chia tergelak kecil.

"You cakap sekarang." Masam muka Suzzane. Chia mempermainkan dirinya dari semalam.

"Makan ini dulu" seekor lagi isi udang disuap ke dalam mulut Suzanne. Chia tidak mahu Suzanne mati kelaparan. Rindu tu memang kena hadapi walau apa keadaan pun. Aliah depan mata pun rasa rindu sepupunya itu tidak akan berkurangan. Malahan semakin bertambah. Sedangkan perut Suzzane perlu di isi. Nanti pengsan kelaparan rindu pun entah kemana.

"Chia, ini last I percaya sama you." Suzanne mula marah tapi isi udang ditelan juga.

Chia makan dengan bersahaja. Suzanne semakin hilang sabar.

"Hehe, nanti temankan I pergi city square haa." Belum habis lagi Chia bercerita sudah kedengaran Suzanne berdecak frust.

"I balik naik bas" Suzanne sudah habis sabar.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now