1.8K 20 17
                                    

Dari tepi tingkap yang ditutupi kaca bercahaya hijau, Bakar memerhatikan Anthony terbongkok-bongkok hormat menyambut kedatangan Mr Khoo.

Malam ini, pertama kalinya Mr Khoo setuju datang ke banglo mewah kebanggaan Anthony. Anthony mahu Mr Khoo tahu tentang kehidupan mewahnya.

Itu pun kerana satu sebab. Kerana satu bukti yang Anthony ingin tunjukkan.

"Welcome Mr Khoo. Thanks for coming.I really appreciate it" Bakar mengeluh panjang melihat senyuman palsu yang bersarang di wajah Anthony.

Anthony mengamit Kwan dan beberapa orangnya melayan Mr Khoo sementara dia menghampiri Bakar.

"Lu pergi cari Zen. Pastikan Zen tidak tahu dan tidak kacau orang tua ni"

"Semua tu family lu Tony, lu pasti mahu teruskan semua ni?"

"Hanya wa sendiri family wa. Diorang semua wa punya anjing. Hari ini wa mesti dapat apa yang wa mahu"

"Sudah! Lu pergi" Anthony tersenyum teruja menuju arah Mr Khoo sambil melambai Kwan supaya membawa satu fail dan diletakan depan Mr Khoo yang hanya diam duduk memerhatikan teh di hadapannya.

Bakar perhatikan Anthony bersandar megah sambil memerhatikan Mr Khoo menyelak satu persatu helaian dalam fail. Dan membelek beberapa keping gambar.

Tiada sedikit senyum malah begitu mendatar wajah Mr Khoo merenung lama wajah Anthony yang begitu angkuh duduk bersilang kaki sambil mendabik ego mengukir senyum sinis membalas tatapan Mr Khoo.

Satu keluhan terlepas lagi dari nafas Bakar. Sejahat dia, dia tidak akan mengkhianati familynya sendiri. Mr Khoo bangun sambil mengelengkan kepalanya perlahan, membimbit fail di tangannya. Tidak mahu dia berlama di banglo mewah seperti rumah puaka itu.

Satu perkataan pun tidak keluar dari mulutnya. Hanya suara ketawa puas hati Anthony saja yang jelas kedengaran.

Bakar berlalu dari risih riuh suara gembira Anthony dan anak buahnya. Dia menyampah dengan sikap tamak Anthony. Bagi dia bosnya itu ada lah jenis orang yang tidak boleh ditolong langsung. Seperti menolong anjing yang tersepit. Sepatutnya dari kecil Mr Khoo dah tanam Anthony di Sabah.

Sekarang Mr Khoo menanggung kesakitan digigit Anthony. Hendak dipukul tidak sampai hati kalau dibiarkan semua akan mati.

Bukan hal aku lah! Jadi apa aku nak kesah?!!

Kini Bakar berada di satu simpang jalan yang agak tinggi memerhatikan tingkah laku seorang lelaki kurus yang sedang menyorok tepi pagar sebuah rumah banglo apabila melihat sebuah kereta bergerak perlahan menghampiri pintu pagar.

Bakar tersenyum mengejek dan cklik! . Beberapa keping gambar tersimpan dalam kamera telefonnya.

Sebelum pintu pagar banglo itu tetutup rapat Bakar bergegas berlari menyelinap meloloskan dirinya. Sempat dia menjeling arah lelaki kurus yang bersembunyi di celah-celah pokok bunga tepi tembok.

"Hehe. Bodohnya Kwan"

Lu bukan wa punya saingan Kwan!

Selamba Bakar berjalan melewati Suzzane yang baru keluar dari keretanya.

"Bakar? Apa you buat dekat sini?"

"Wa mau jumpa wa punya bidadari" Bakar berlalu meninggalkan Suzzane yang terpaku kehairanan.

Loceng pintu di tekan dua kali. Membetulkan tshirtnya menunggu Aliah buka pintu.

"Assalamualaikum Ali" Bakar tersenyum lebar menyambut senyuman terkejut di bibir Aliah.

"Bakar? Saya ingatkan Zen.."

"Tu.. " muncung bibir Bakar terarah kepada Suzzane di belakangnya.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now