Suzanne menjeling Chia lekat sebelum mengekori ayahnya masuk office. Dia tahu mesti Chia yang call ayahnya. Seorang Khoo Kay Tee tidak semudah ini datang ke kedai kecil ini.
Chia menggelengkan kepalanya. Hanya unclenya sahaja yang boleh control Suzanne. Tiada masalah kalau dia disuruh jumpa Mr Richard, tapi ini adalah arahan unclenya sendiri untuk memaksa Suzanne sama-sama uruskan business. Dimulai dari kedai kesayangan Mr Khoo ini.
"Itu lah boss Aliah, papa Miss Khoo." Chia mengamit Aliah ke arah meja bakal tempat Aliah bekerja nanti.
Fail-fail yang sedikit bersepah dia susun dan letak bahagian bawah meja berkaca. Ketua mesti tunjuk akhlak dan kerja yang baik.
Aliah masih lagi diam dan sedikit tertunduk, fikiran masih lagi mencerna raut wajah papa Suzanne dan Suzanne yang hampir sama. Sama-sama berwajah tegang. Tiada senyum. Berbeza dengan Chia.
"Ok, awak sudah boleh balik Aliah. Esok jangan lupa datang k"
Suatu yang Aliah suka mengenai Chia selain peramah. Chia sering menyebut namanya dalam setiap perbualan. Terasa rapat dan mesra.
"Terimakasih Miss Chia. InshaAllah esok saya datang kerja" Aliah meninggalkan ruang kerjanya. Dia bertekad esok akan bekerja dengan baik.
Sempat juga dia menoleh office bercermin gelap semasa di laluan ke luar. Bilik tempat perempuan cina berpuaka menyiksa perasaannya.
Suzanne mengikuti tiap langkah Aliah. Matanya tidak terlepas walaupun sesaat memandang Aliah. Setiap kerdipan mata dan gerakan tudung yang mengikuti pergerakan lenggok tubuh Aliah pun dia boleh lihat jelas. Mengecil matanya focus mengiringi langkah Aliah.
Hari ini, perempuan melayu kuno ini mengajar dia apa itu pengalaman dan makna belajar dari bawah dalam perniagaan.
Sedikit pun dia tidak hiraukan apa yang papanya perkatakan.
PAP!!
Suzanne tersentak. Bergegar badannya terkejut. Chia yang berdiri sebelahnya tergelak kecil. Menggelengkan kepala lagi. Dari mula dia masuk office tadi, dia perasan unclenye hanya bercakap sendirian. Sedangkan perhatian Suzanne masih lagi berada di luar bersama Aliah.
"Apa ni papa" Suzanne mendengus perlahan. Dia terkejut bila fail papanya hempas di atas meja.
"You tak pernah focus zen" Mr Khoo kecewa. "You jangan melampau. Jangan buat papa marah"
Chia diam menyusun fail yang sedikit berselerak.
"Chia you pergi main office. Tinggal ini fail sama dia"
Chia mengangguk langsung pergi. Kerja dia di K & C hardware Trading & Supplies sudah berakhir hari ini.
"Papa, Anthony kan ada kat HQ. Biar Chia di sini"
"Sini nanti you jaga. Papa mahu you belajar dari bawah" Suzanne terkedu. Dia teringat kata-kata Aliah. Bagi saya peluang bekerja di sini Miss. Saya mahu mula dari bawah.
Arghh.. itu pun budak melayu itu betul juga. Semak fikiran Suzanne. Terbayang dia wajah Aliah yang selalu tersenyum. Senyuman yang menampakkan sebaris gigi putihnya yang tersusun rapi.
Senyum itu sangat menyakitkan hatinya.
"Zenn!! You tak focus lagi." Merah muka Mr Khoo merenung anaknya yang mamai seperti orang bangun tidur.
"I tak mahu la papa kerja tempat berhabuk ni." Memasamkan muka.
"You tahu kan, di sinilah permulaan business family kita. Lagi you mahu hina?."
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...