Suzanne membeku sendirian. Terduduk atas bonet depan kereta sport merah hitamnya yang terparking di tengah panas terik matahari di halaman rumah Madam Helen. Dia masih lagi tidak berhenti menangis. Hidupnya terasa lumpuh dan hancur sehingga tidak meninggalkan sedikit pun serpihan semangat.
Tanpa Aliah, hati dan jiwanya sepi. Hidupnya hilang warna, sesepi warna putih yang melata.
Dunianya tiba-tiba kosong.
Semuanya berlaku seperti mimpi. Seperti baru lagi dia rasakan Aliah marah-marah sayang kepadanya, merajuk dalam diam dan tersenyum kepadanya apabila dipujuk.
"Lee.." Hati Suzanne menjerit menahan kesedihan.
Tiada lagi semuanya itu. Aliah kekal segar dalam ingatannya tetapi dia tidak dapat hendak menyentuhnya lagi apalagi memeluknya seperti selalu.
Sekelip mata hilang semuanya.
Oh tuhan, dia amat rindukan budak kunonya itu.
"Lee.. please come back to me sayang. I miss you" isk, isk.. Suzanne menangis sebak sendiri sambil memerhatikan pelukkan tangannya yang kosong. Dia berharap Aliah datang lagi kepadanya seperti selalu. Tersenyum, ketawa dan bercerita depannya yang selalu membuatnya rasa bahagia.
Harapan yang tidak mungkin ada lagi. Punah semuanya.
"Kalau I tahu terjadi macamni, I swear I wouldn't make you sad and cry sayang. I sayangkan you Lee." Teresak Suzanne menahan desakkan airmata yang laju menujah matanya.
Apa yang mampu Suzanne lakukan kini hanya menangis dan menyesal. Dia menyesal buat Aliah selalu menangis kerana keegoannya dan kerana Lisa. Tidak berbaloi semua tindakkannya kerana Aliah dan Encik Malik menjadi galang ganti. Dia menanggung kesal kerana menyebabkan Puan Rohani sedih dan rindu yang tiada kesudahan pada Aliah dan suaminya. Dia tidak tahu mahu luahkan kepada siapa lagi rasa kesal, sedih dan rindunya ini.
Dirinya dirasakan mati bersama perginya Aliah.
Kini hanya kenangan Aliah dan kesedihan Puan Rohani sahaja yang berjaya mengerakkan fikirannya yang seperti mati ini mula bertindak. Fikiran yang lebih mengalirkan airmatanya tanpa henti.
Dia tidak akan biarkan emak Aliah berseorangan begitu sahaja.
Masih segar terpamir di fikirannya wajah lesu penuh kesedihan Puan Rohani mengiringi jenazah yang diusung keluar dari rumah tadi.
Roboh hati degil dan keegoannya bila teringat Puan Rohani yang hampir rebah bila van jenazah hilang dari pandangan.
I am sorry.. Suzanne menangis lagi. Dia tidak percaya semua ini terjadi kepada Aliah dan keluarganya. Sukar dia hendak terima kenyataan Aliah tiada lagi hadapan matanya.
Begitu pedih rasa sedih kehilangan orang yang disayang. Kesedihan yang dialami puan Rohani kini dia sendiri sama merasainya. Kalau dia sesakit ini merasa kesedihan , apa tah lagi Puan Rohani yang kehilangan dua orang kesayangannya.
Kesedihan yang tidak terucap. Suzanne menekup mulutnya menahan suara tangisan yang semakin kuat menerjah keluar. Ikutkan hati mahu dia lepaskan suara tangisannya sekuat hati.
Ikutkan rasa sedih ini mahu rasanya dia amuk semua yang menyebabkan dia kehilangan Aliah. Tetapi.. ini semua kerana Anthony, kesayangan papanya.
Arghhh...dua tangan Suzanne mengenggam kuat rambutnya sendiri. Menahan amarah dalam dirinya.
Sakitt!!
Rasa lebih terhiris dan menyakitkan hati serta membunuh egonya apabila dia dihalang daripada melihat jenazah. Usahkan melihat untuk terakhir kali, mahu menghampiri saja sudah ditampar mukanya.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...