"you happy tak?"
"Mesti la happy" wajah teruja Aliah mempamirkan isihatinya yang sedang gembira dan bahagia.
"You mahu buat apa ha Lee. Kalau mahu berniaga macam K&C you tak perlu belajar bagaimana mesin-mesin itu berfungsi."
Aliah membuat muka berfikir sambil melepaskan seatbelt yang melilit badannya.
"Saya belum pasti lagi la Zen, hmm"
Suzzane ketawa kecil melihat wajah berfikir Aliah. Dengan dahi dan kening yang berkerut dan mulut yang senget sedikit.
"You mesti sudah berangan-angan kan nak buat apa nanti" Suzanne masih lagi tergelak membayangkan Aliah berangan. Handbrek kereta ditarik ke atas. Aliah ni sedang berfikir pun sudah ketara comel inikan pula sedang berangan.
"Hehe berangan eh. Mesti la ada. Awak tak berangan meh?" Aliah keluar dari kereta memerhatikan keadaan keliling yang indah dengan kehijauan bukit-bukit. Sama-sama berdiri menikmati suasana sejuk dan nyaman.
"Ada, I selalu berangankan you. Setiap malam, setiap pagi. Setiap masa."
"Berangankan saya??! Hehe berangankan macamana tu?" Aliah terkekeh gelihati. Suzzane berangankan dirinya?
"I selalu berangan macamana rasanya kalau I hug you" Suzzanne memeluk Aliah kemas. Lama menghirup bau kesukaannya.
Dia tersenyum nyaman.
"awak suka ambek kesempatan eh" Aliah menolak perlahan lengan Suzzane menjauh sedikit darinya. Namun dia tersenyum jugak semasa menjeling Suzzane.
Suzzane tersengih gembira. Siapa tidak happy dapat peluk buah hati.
"Dah peluk ni, rasa apa Zen?" Aliah bertanya polos.
"Hehe" Suzzane bergerak merapatkan jarak antara dia dan Aliah.
Aliah membuat muka ingin tahu. Sedangkan Suzzane semakin rapat dengannya.
"Rasa sayang" bisik Suzzane depan wajah Aliah. Dia tersenyum bahagia melihat wajah Aliah sedikit memerah.
"You sayang..."
"Eh kita buat apa kat sini Zen" Aliah berpaling berpura-pura melihat pemandangan keliling. Mengelak dari menjawab pertanyaan berani mati Suzzane.
"Kita mau mandi la. You tengok air tu. Mesti sejuk Lee. Jom²" tangan Aliah, Suzzane pimpin. Tapi terhenti langkah mereka atas sebongkah batu tepi air mengalir.
"Awak gila ke Zen. Mandi? Sekarang?"
"I memang sudah lama gila lah. Gilakan you hehe"
"Awak dulu pelik je Zen. Sekarang dah upgrade. Gila pulak." Aliah duduk atas batu besar sambil mencecahkan kakinya di gigi air. Sejuk mengalir dalam tubuhnya. Mengelonjak hatinya hendak mandi.
"Kalau I mati kerana you pun I sanggup tau" Suzzane duduk sebelah Aliah. Menghulurkan kakinya kurusnya menikmati kesejukan air yang mengalir.
"apa pulak cakap macamtu Zen. Tak baik tau. Lagi pun saya mana ada bawak pakaian lain. Basah semua nanti."
Suzzane ketawa memandang Aliah. Aliah basah? Bagus lah. Pemikiran Suzzane terbang jauh menerawang tubuh Aliah.
"Hehe you jangan bimbang semua I sudah sediakan"
"Semua? Maksud awak?" Aliah memandang perempuan putih pucat yang akhir-akhir ini sering membuatnya ketawa. Ketawa bahagia.
"I ada belikan you baju, jeans dan.. "
"Dan apa!" Cuak sudah Aliah meneka dalam pertanyaan. Melampau sudah nyonya sorang ni.
"Hehe I belikan you underwear juga"
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...