36

1.9K 17 23
                                    

Bakar menghamburkan keluar duit dari beg galasnya berterabur atas katil. Dia menyeringai gembira. Ada suara ketawa yang tersimpan dalam kerongkongnya.

"Banyaknya duit Tony. Tapi sayang sekarang semua jadi milik aku"

Wuuu!!! Bakar membanting dirinya atas note seratus yang beterabur atas katil. Sayang duit yang banyak begini kalau dia habiskan hanya untuk perempuan.

Ada ketika, kerja-kerja Anthony dia sendiri yang atur berjaya atau tidak. Bakar ketawa sendiri. Betapa bodohnya orang-orang kaya yang sombong, tamak dan kejam itu.

Dia bangun menuju ke tingkap. Kerusi ditarik sekali. Duduk bertenggek tempat menyandar memerhatikan bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat dua puluh hotel lima bintang ini.

Cantik dan indah dengan kerlipan lampu berwarna warni. Owh dunia, kalau boleh mahu cantik mengalahkan keindahan bintang-bintang ciptaan Tuhan.

Bakar mengeluh entah untuk apa. Penutup tin carlsberg ditarik. Rokok di bibir disedut dalam. Mengemam asap dan melepaskan asap yang panjang dari hidungnya.

Di tangannya beratus nilai nyawa orang Anthony serahkan.

Setiap kali dia terima tugas berat dan Anthony beri dia duit untuk enjoy, dia akan check in hotel mewah walaupun hanya untuk tidur atau mengatur plan kerjanya.

Semua itu hanya untuk mengaburi mata Anthony, Bakar tidak pernah percaya pada bosnya itu. Tidak sesekali!

Tin carlsberg di tangannya diperhatikan lama. Aliah begitu baik dan taat pada agama. Adakah sesuai dengannya?

Lama dia termenung. Merenung kisah dirinya dari mula kenal Anthony hingga lah dia jumpa Aliah.

Sejak dia jumpa Aliah, diri dan hatinya seperti telah dimiliki. Dia mula berfikir tentang masa depan. Tentang Aliah dan keluarga. Tentang anak-anak dia bersama Aliah.

Cuma Suzzane.. perempuan yang mesti sentiasa di matanya, sehinggakan kalau Suzzane tukar underwear pun dia akan tahu. Itu tugas rasmi dia dari dulu. Anthony mesti mahu tahu detail pasal Suzzane. Setiap masa.

Uhh, Miss Ceo!!

Bakar tersenyum sendiri. Rokok dan tin carlsberg dicampakkan saja atas karpet bilik. Membuak air kuning berbuih tu mengalir keluar. Rokok yang masih menyala ditenyeh dengan kaki meninggalkan bekas terbakar. Dia baring semula atas katil melayan mata ngantuk, tersenyum teringatkan Aliah dan Suzzane.

Manakala Suzzane masih lagi terlekat di balkoni di tingkat tiga biliknya. Dia bosan tanpa Aliah. Macamana dia boleh melelapkan mata kalau tiada Aliah untuk dia peluk. Sudah berpuluh kali dia baring, mencuba untuk tidur tapi kemudiannya dia bangun lagi termenung di birai katil. Kini dia masih mengeluh lagi di balkoni memerhatikan nun jauh arah rumah Aliah.

Rindunya..

"You buat apa haa Lee. You rindu tak dekat I"

Bila rindu ni. Tidak dapat pandang Aliah. Pandang arah rumah pun jadi lah. Di situ dia terbayang semuanya pasal budak kunonya.

Dia sudah kehabisan idea untuk bersama Aliah selalu. Dia tidak mahu emak Aliah perasan rasa hatinya pada Aliah. Lagipun dia malu selalu sangat mahu mengadap Puan Rohani. Bukan ke pelik kalau setiap malam ada sahaja kerja dia bagi untuk Aliah. Sedangkan Aliah cuma kerani di kedai hardware papanya.

Suzzane melangkah lemah menuju katil king saiznya yang indah. Tapi sayang semuanya terasa kosong dan dingin tanpa Aliah.

Bila agaknya dia dapat bawa Aliah tidur di katilnya ini. Mamanya pun sudah merestui Aliah. Tilam yang empuk menganjal itu diraba-raba perlahan.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now