18

2.1K 23 22
                                    

Suzanne mencampak papan tanda untuk jawatan kosong itu dalam longkang tepi bangunan kedai

Degil Yaya ni!

Dia memanjangkan langkahnya memasuki kedai. Maria yang sedang busy mengetik keyboard dekat meja Aliah dia hampiri dengan tergesa-gesa. Seperti biasa Suzanne sedang marah.

"Yaya, berapa kali I cakap I tak mahu itu jawatan kosong dekat depan!" Masam wajah Suzzane menahan nafas memburunya kerana marah.

Sudah hampir dua minggu dia mencabut dan menghumban papan iklan itu dalam longkang, Maria tetap pasang lagi. Degil.

Pagi ini kesabaran dia menuju titik akhir.

Maria menjeling tajam arah Suzzane mempamerkan wajah yang masam bak jeruk kecut.

"Nanti I tambah lagi, jawatan kosong untuk lelaki atau perempuan Chinese sahaja!"

"You jangan ini macam Yaya. I tak mahu orang lain ganti tempat budak kuno."

Maria memandang Suzanne dengan pandangan yang serious. Tiada kata yang mampu dia luahkan lagi untuk mengambarkan rasa marahnya. Kecil besar sahaja dia melihat Suzzane sekarang. "You tengok!" Maria hanya mampu mengarahkan tangannya ke monitor dan kertas yang banyak atas meja.

Dia sudah penat ke hulu ke hilir selesaikan kerja. Sekarang Suzanne hanya tahu marah-marah sahaja. Itu pun hanya kerana papan tanda untuk kerja kosong?!

Tidak masuk akal.

"Ok, ok. Sini biar I buat. Sementara Ali datang kerja lagi." Mengendur suara Suzzane memujuk Maria yang sudah kembang kempis hidungnya kerana marah.

"Dia takkan datang kerja lagi Zen. Puas la hati you" sudah lebih seminggu Aliah berhenti kerja. Mustahil dia akan datang lagi di kedai ini. Puas Chia call dan whatsapp namun tiada respon.

Maria meletakkan kertas-kertas di tangannya di atas meja. Meluncur keluar nafas beratnya dan menarik aura positif kedalam dirinya. Dia perlu bersabar menghadapi karenah Suzzane.

Dia melangkah kedalam office meninggalkan Suzzane yang memandangnya dengan pandangan, ntah susah dia hendak jelaskan. Yang dia tahu masa ini dia rasa hendak sekeh saja dahi Suzzane.

"Yayaa." Suzanne mengekori langkah Maria memasuki office. "Nanti you panggil budak kuno kerja sini lagi." Tidak pernah jemu dia memujuk Maria.

"No! I takmau."

"Nanti kerja you jadi kurang, you juga yang senang."

"Tunggu orang lain saja. Tunggu lelaki atau Chinese je. You buli pun I takkan kesah. Atau mungkin nanti you takkan buli."

"Ok I yang salah. You tolong pujuk Ali"

Masam muka Maria merenung Suzzane. Sampai mati pun dia tidak akan pujuk Aliah. Dia cuba call sebab ingin minta maaf pada Aliah. Dia gagal membela Aliah yang dibuli Suzzane.

"Tunggu Chinese kerja sini Zen. You bunuh dia pun I takkan peduli."

"You rasist haa Yaya." lemah suara Suzzane. Ngeri dia tengok jelingan Maria sebentar tadi. Terfikir juga dia, macamana lah Chia boleh bertahan dengan harimau ini.

Sejak Aliah tiada. Hilang semangat Suzzane hendak bekerja. Tiada lagi senyuman Aliah yang menyebarkan semangat pada hatinya. Wajah yang menjadi kekuatan untuk dia datang ke kedai yang berhabuk ini. Ahh.. rindunya dia pada Aliah. Dia seperti kucing kehilangan anak. Resah. Setiap hari memujuk Maria memanggil Aliah bekerja semula di kedai ini.

Dia berlalu keluar dari office menuju meja kerja orang yang dia rindu.

Sedihnya hati Suzzane memandang meja Aliah yang kosong. Diperhatikan bekas -bekas kerja yang pernah Aliah guna. Terbayang dia Aliah tersenyum, ketawa dan tekun menghadapi monitor. Dipegang ballpen dan tetikus yang hitam, terasa seperti dia sedang menggenggam jari jemari Aliah.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now