Terhenti langkah Maria dan Chia di hadapan pintu office yang baru terbuka. Hilang suara ketawa dan bual mereka apabila terpandang Suzanne yang sedang duduk dihadapan meja Lilian sambil meneliti sebuah fail.
"Zen? You ada sini?" Chia bertanya hairan. Jam di tangannya diteliti dan diketuk sedikit. Itu tandanya dia memang dalam keadaan kehairanan yang amat sangat.
"No lah, sini sekarang Zen punya hantu." Suzzane tersengih dan Lilian ketawa.
"You berdua pagi-pagi lagi sudah pergi dating?" Suzanne memandang Chia dan Maria sambil menjongketkan sedikit keningnya.
"Haiya, I hantar Yaya saja."
"You dari rumah Yaya, cousin? You kata you tidak pernah dapat." Suzanne membuat riak muka hairan.
Terkekeh Lilian ketawa.
Melopong mulut Chia terkejut mendengar kata-kata Suzzane. Spontan dia memandang Maria yang berkerut dahinya memandang Suzzane. Suzanne suka sangat bagi dia susah.
"Babee.."
"Zen cakap apa?" Maria memandang Chia. Tali beg diturunkan dari bahunya lalu handbag diletakkan atas meja.
"I pun tidak tahu apa Suzanne cakapkan." Chia mengangkat sedikit bahunya duduk sebelah Maria. Berpura-pura tidak mengerti. Sebelum itu selepuk kaki keding Suzanne dia sepak.
Semakin lebar sengih Suzanne menahan ketawa. Padan muka, bawa Maria lewat masuk office pula. Salah guna kuasa!
Terdengar suara lembut tidak jelas Chia berbual dengan Maria. Entah apa helah Chia memujuk Maria.
Rasakan cousin.
"Zen, you buat apa dekat sini." Chia memusingkan kerusinya menghadap Suzanne.
"Aboy mahu pinjam kereta."
"Type R? Suzzane mengangguk. "You bagi meh?"
Suzanne mengangguk lagi. Membesar mata sepet Chia. Boy bukan ada lesen kereta pun untuk memandu kereta semahal itu. Suzanne sudah gila bila dia terlampau baik sekarang.
"Aboy mahu pergi mana?"
Suzanne tekun menyemak perbelanjaan kedai hardware sebulan yang lepas. "Dia mahu pergi lunch dengan Ali." Selamba sahaja wajah Suzanne tanpa menoleh sedikit pun arah Chia yang sedang terkejut macam chimpanzee.
"YOU BAGI MEH??! Terkuat sudah suara Chia. Berpaling Maria memerhatikan Suzzane yang mengangguk pasti.
"You sudah gila!" Chia menyandarkan badannya di kerusi. Silih berganti memandang Suzanne dan Maria. Mengharap Maria menyokong kenyataannya Suzzane sekarang memang sudah tidak siuman.
"Ali mahu?" Suzzane mengangguk lagi.
"Dia keluar pergi lunch saja." Fail di depannya ditutup dan disorong depan Lilian.
"Bakar pun you belum boleh halang, ini lagi Aboy. Zen.. you tidak bimbang?"
Suzanne memandang arah meja Aliah. Hanya adiknya saja yang berada di situ. Kemana Aliah pergi. Dia melebarkan pandangannya serata kedai.
"Ali kat belakang." Maria bersuara. Suzanne beralih memandang Chia yang masih lagi mempamerkan wajah hairan.
"I hairan. Ali seperti tiada perasaan. Bakar bagi bunga dia terima saja. Aboy ajak lunch dia terima saja." Chia mengomel terus.
"Ntah dia tahu ke tak babe Zen jadi gila sebab dia." Maria ketawa kecil. Kertas-kertas di hadapannya diselak satu persatu.
Suzanne berdecak perlahan. Dipandangnya Aliah menyusun boot phua Chu kang di tepi dinding dan menyarung selipar flipper hitamnya sambil berkata sesuatu kepada adiknya. Mereka berbalas senyuman sambil berbual. Dia yakin, Aliah dan adiknya berbual sambil ketawa gembira.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...