25

2.1K 20 20
                                    

Suzzane.

Suzanne tergelak kecil apabila Aliah mula menolak tubuhnya menjauh sedikit daripadanya. Terlerai pelukkan Suzzane walaupun hati dia sangat tidak rela mahu  melepaskan Aliah. Ikutkan hati mahu rasanya Aliah dia simpan dalam kocek baju biar sentiasa dekat di hatinya. Dan mudah untuk dia peluk selalu.

Tangan Aliah dia pegang lagi. "Teman saya masuk bilik air".

"Miss Khoo boleh tak jangan gedik sangat"

"Apa gedik?" Merenung wajah Aliah lagi. Aliah mempamerkan wajah yang masam. Takpa lah, masam pun tetap cantik dan sayang.

"Gedik tau, mengada-ngada"

"Hehe saya apa? Gedik haa? I gedik dengan you sorang saja maa."

"Takda, masuk bilik air sendiri. Jangan lupa tutup pintu." Aliah menolak perlahan badan Suzanne yang sudah pun Suzzane beratkan dengan sengaja.

"Hehe, awak tunggu sini. I takut." Wajah Aliah yang menyandar di dinding sebelah pintu bilik air itu dia pandang lagi. Agak lama. Mahu saja rasanya dia kunci Aliah dengan tubuhnya dekat dinding tu.

"Jangan lari haa, nanti saya pengsan takut" dia melangkah masuk ke dalam bilik air yang luas berwarna putih permata itu. Di perhatikan setiap sudut ruang bilik air yang selalu budak kunonya guna. Dia tersenyum nakal.

"Ali, ada toothbrush lain?" Menjengah di pintu. Pintu bukan dia tutup pun.

"Dalam kabinet cermin tu. Bukan semua free ok. Satu lima ringgit" sekilas dia lihat wajah Aliah yang selamba saja jual berus gigi kepadanya.

"Saya bayar lima ribu ringgit haa, saya beli semua dalam bilik ni." Suzanne menyandar di belebas pintu bilik air, tersengih lebar memandang Aliah.

Aliah yang terkejut mengurut dadanya perlahan. Menjeling Suzanne yang sudah pun tergelak kecil itu.

"You tutup sikit you punya mulut"

"Nape? Awak ingat besar sangat dengan lima ribu awak tu nak angkat semua?"

"Aiya, awak mulut terbuka macamtu. erm.. marah-marah lagi, seksi ah" Suzanne mengecilkan matanya merenung mata Aliah. You buat I gila lah Ali.

Aliah memasamkan mukanya berpaling arah lain. Gila agakanya Miss Khoo ni.

"Kalau I mau angkat awak sekali mesti lah I offer dengan hati I. haiss" Suzanne menahan senyum dan rasa hangat di hatinya, melangkah masuk ke dalam bilik air. Tidak tahan hatinya melihat Aliah yang semakin membulat mata dan mulutnya kerana terkejut mendengar kata-katanya.

Hehe budak kuno wa memang cantik ahh.

Malam ini Suzanne rasakan dia memberus giginya dengan rasa penuh bahagia. Tidak pernah dia rasakan seindah ini memberus gigi. Seperti terbang di awangan.

Keluar dari bilik air Suzanne perhatikan Aliah sudah pun terpacak berdiri tepi katil. Hehe seperti kekasih hati menunggu kesayangannya untuk sama-sama tidur.

"Awak pakai towel saya?" Towel kecil pink Aliah, Suzanne lempar atas sofa.

"You tak bagi I towel baru Ali. You tidak hormat sama bos you."

"Bukan takda towel baru. Bersusun dalam kabinet kaca tu. Towel kecil dan besar" Aliah memutarkan matanya. Malas hendak melayan Suzanne.

Suzanne hanya tersengeh melihat kecomelan Aliah di hadapannya. Dia sengaja menggunakan towel yang sudah di gunakan Aliah. Sama-sama bahagi bau wangi.

"Aha.. tolong ye towel dah guna jangan sepahkan camtu" jari kurus Aliah tegak menunjuk arah sofa. "Tolong masukkan dalam bakul kat bilik air."

"I tetamu you tau?" Suzanne mengeleng kepala. "I mau tidur, sudah mengantuk" selalu mama dia yang mengemas semua barang yang dia sudah guna.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now