i love you

1.9K 20 38
                                    

Aliah.

Walaupun mata aku masih lagi terpejam, mengantuk tapi bibir aku dengan sendirinya tertarik mengukir senyuman apabila mendengar suara anak cina puaka di hujung talian.

Entah mengapa aku rasa suka bila mendapat whatssApp dan call darinya. Hari aku terasa cerah dan indah walaupun ketika itu bilik aku dah hitam legam tanpa cahaya.

Dia mengajar aku erti bahagia yang belum pernah aku rasa sebelum ini.

Rasa apakah ini?

Aku tidak pernah rasa begini. Rasa ini seperti bernyawa dalam diriku. Membesar rasa suka dan sayang ini dari hari ke bulan. Suzzane berbeza. Semua yang aku lalui jadi bererti. Jujur hanya dirinya yang selalu aku tunggu. Hanya Suzzane yqng aku mahu selalu ada depan mata aku.

Aku dah gila agaknya.

"Sayangg.." meleret suaranya memanggil aku sayang. Aku suka dengan panggilan baru ini. Terasa aku disayangi. Dari orang yang aku mula rasa sayang.

"Sayang, you tidur lagi meh?"

Aku cuma tergelak kecil. Lagi banyak kali dia mamanggil aku sayang lagi aku rasa tambah bahagia.

"Hehe mana boleh tidur kalau awak berkicau macam murai tercabut ekor kat telinga saya." Aku berpura-pura merungut.

"Muah! Bangun, bangun" aku ketawa teringat kalau lah dia sebelah aku masa ini, mesti wajah aku sudah dipenuhi cap mohor bibir dan hidungnya.

"Ada apa call ni Zen" aku sedaya upaya mendatarkan suara. Sudah berminggu cuma call dan video call sahaja antara dia dan aku. Suzzane terlalu sibuk dengan projek dan meeting. Aku sebenarnya tertunggu-tunggu juga kemunculan Suzzane.

"I miss you sayang"

Nah! Kan. Dada aku sudah berjogging lagi walaupun sebenarnya aku kini sedang tersengeh peluk anak gajah perut buncit aku dengan mata terpejam. Bahagia yang berganda-ganda.

Aku terdiam. Bab macamni aku fail. Aku nak jawab apa. Jadi aku hanya diam membisu.

"Sayangg?"

"Ye"

"I miss you so much. Nanti tunggu I dekat kedai"

"Awak tak busy hari ni?" Aku sudah mahu melonjak kegembiraan. Suzzane hendak jumpa aku? Tapi aku tahan rasa ini bimbang Suzzane tahu apa yang aku rasa.

Control Aliah, control!

Malu nanti.

"I sentiasa busy sayang. Busy rindu dekat you. Do you miss me sayang?

Aku menekap mulut terkedu. Aku hendak jawab yess aku sangat rindu tetapi aku malu. Aku rindu hendak berada dalam pelukkan hangat Suzzane lagi.

Aku rindu semuanya dari diri anak cina yang kurus keding ni. Meriah macam bunga api malam merdeka bunyi jantung aku menari bahagia. Pagi ini Suzzane terlampau mengada-ngada!

Ahh!!! Sebenarnya aku yang bahagia.

Call end sahaja aku meluncur turun dari katil. Hilang rasa mengantuk aku. Pilih baju sekejap sebelum bersiap pergi kerja.

Baju kurung modern warna coklat cair aku capai. Dipadankan dengan tudung warna cream. Aku tahu Suzzane paling suka bila aku pakai baju kurung modern. Dia kata aku kelihatan cantik sopan dan seksi.

Kalau sopan tu aku masih lagi rasa okey tetapi seksi itu.. haa hanya Suzzane saja yang tahu. Aku tersenyum lagi teringatkan wajah Suzzane yang tidak berkelip memandang aku apabila aku berbaju kurung modern.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now