Sudah hampir satu jam Suzzane berdiri berpeluk tubuh memerhatikan Aliah ke sana ke sini sedang menyelesaikan bermacam-macam kerja.
Tidak dia nafikan Aliah cekap menjalankan semua kerja yang diberi. Maka dia tidak hairan apabila Aliah menjadi kesukaan Maria, Chia malahan papanya juga begitu suka dengan kerja Aliah.
Macamana dia boleh tahu? Sudah semestinya laporan dari mamanya.
Madam Helen yang begitu mengakumi dan menyayangi Aliah kerana Aliah menjadi kesayangan anaknya.
Pernah Maria cuti tiga hari balik ke Melaka. Semua tugas di office Aliah dan Lilian yang handle. Dan Aliah berjaya selesaikan dengan tertip dan teratur. Berhari-hari Aliah jadi topik perbualan mamanya.
Suzzane tersenyum sendiri. Kembang hatinya teringatkan penerimaan familynya terhadap Aliah, pujaan hatinya.
Kini Aliah menghilang menuju bahagian belakang kedai. Terputus sudah senyuman kebahagiaan di bibir Suzzane. Dia mengosok lengannya perlahan sambil melepaskan nafas kecewa. Hanya sekejap Aliah tidak depan matanya dia sudah sekecewa ini. Kecewa yang mengamit rasa rindu hendak menatap terus wajah Aliah.
Tanpa Aliah di hadapannya office bercermin gelap dirasakan semakin sejuk. Berdiri bulu romanya. Perlahan dia melangkah menuju meja Maria.
"Yaya, suruh Lee buatkan I teh"
Maria mencapai telefonnya. Nombor Aliah dia tekan. Selesai sampaikan pesanan dia berpaling menghadap Suzzane yang masih lagi memandang luar office.
"Napa you tak call Ali sendiri BOS" Saja Maria tekankan perkataan bos itu. Suzzane tidak nampak ke dia sedang banyak kerja sekarang. Cuma tinggal call saja masih lagi malas. Dasar bos!
"Fon I dekat meja" jawab Suzzane sambil melangkah keluar office. Dia bukan dalam mood bergurau dan happy. Sudah dua hari dia matikan telefonnya. Itu janji dia dengan Chia. Dia mengelak panggilan dari kawan-kawannya yang tidak putus mengajaknya enjoy di kelab Micheal. Dia mengelak dari panggilan yang tidak sepatutnya demi menjaga perasaan Aliah.
Suzzane mengeluh sendiri. Dia menyesal memarahi Aliah kelmarin tanpa Aliah melakukan sebarang kesalahan. Tetapi hatinya sakit apabila terpandang wajah Bakar.
Kini tumpuannya hanya Aliah dan kedai.
Pantri masih lagi kosong. Kelibat Aliah belum kelihatan lagi. Kebiasaannya selepas selesai urusan belakang kedai Aliah akan ke meja kerjanya semula. Kerja dahulu baru la Aliah akan buatkan teh untuknya.
Suzzane menunggu.
"Hai bos" Aliah melangkah masuk pantri sambil tersenyum ceria dan manis memandang Suzzane yang merenungnya dari tadi.
"Nak mengeteh kat sini ke.. atau nak saya hantar kat office?"
Suzzane masih lagi merenung Aliah. Senyum tidak, bercakap pun tidak. Dia semakin rasa bersalah apabila dilihatnya Aliah tidak pernah ambil hati terhadap sikap pemarahnya.
"Hehe awak dah kenapa Zen. Macam tak pernah nampak saya je" Aliah menghampiri Suzzane yang tetap merenungnya.
Renungan mata yang redup menenangkan tetapi seperti ada kesedihan jauh dalam renungan itu.
"Nak teh ke taknak ni" tangan Suzzane dia pegang. Hairan juga, hari ini nyonya kedingnya ini jadi patung pulak.
"I tidak mahu teh" Suzzane menyambut genggaman tangan Aliah. Satu ciuman hinggap di pipi Aliah. Ciuman melepaskan rindu dan rasa bahagia.
"Arahan saya terima tadi buatkan awak teh"
"I cuma mahu you la sayang. Duduk sini!" Suzzane menepuk pehanya supaya Aliah duduk atas ribanya.Tekadnya, dia tidak lagi mahu marah-marahkan Aliah.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...