41

1.8K 16 24
                                    

"kak cuti saya dah approved ke" Aliah duduk sebelah Maria yang juga baru duduk di meja kerjanya.

"Haii macam bunyi orang tak sabar nak pergi bercuti je Ali hehe" pagi-pagi lagi Aliah sudah terjah dia dengan cuti.

"Saya tanya je" Aliah tersenyum sambil menyimpan sedikit rasa malunya. Ketara sangat ke dia tidak sabar hendak pergi bercuti.

"Saya baru je tiba ni Ali hehe" lagi Maria ketawa mengusik Aliah. Tidak sabar benar hendak bercuti.

"Alaa, akak ni saya cuma nak tahu saya dapat cuti atau tak"

"Berseri-seri muka tanya pasal cuti. Macam orang nak g honeymoon hehe"

"Akak ada pengalaman la ni" usik Aliah sambil ketawa. Kot lah Maria pun rasa malu macam dia.

"Dulu Lili yang macam tu. Muka exited plus miang nak g honeymoon" selamba badak Maria kenakan Lilian yang asyik ketawa dari tadi. Dia mengelak pertanyaan Aliah tempiasnya disebarkan kepada Lilian.

"Haiya. I pulak" Lilian malas layan. Nanti semakin teruk Maria bercerita.

"Zen nak ajak pergi mana nanti" Maria bertanya lagi sambil menghulur beberapa helai kertas dan fail kepada Lilian.

Terhenti senyuman di wajah Aliah. Maria tahu pulak dia hendak bercuti dengan Suzzane.

"Zen ajak akak dengan miss Chia jugak ke. Best la nanti" hilang rasa terkejut terbit pula rasa teruja di hati Aliah. Seronok juga kalau dapat sekali bercuti dengan Maria.

Tetapi sekali lagi hilang wajah teruja di wajah Aliah apabila dia melihat Maria dan Lilian sekali lagi ketawa serentak.

"Kenapa pulak ni" muram sudah wajah Aliah. Serba serbi tidak kena. Macam ada yang tidak kena sahaja sejak dia mula bertanya pasal cuti tadi.

"Semua orang tahu 7 november tu birthday Suzzane tau hehe" Maria mencubit sedikit pipi Aliah. Lucu saja budak kecil seorang ni. "Saya dah setkan awak mula cuti dari 6 november sampai la hari Zen pulangkan awak semula kat kedai ni nanti hehe."

Sekali lagi Maria dan Lilian tergelak bersama. Entah bila cuti Aliah akan berakhir, mereka kenal sangat bos kepala besi diorang itu.

"Tapi saya mohon cuti 7 november kak" bila sudah termalu. Otak memang jarang hendak berfikir panjang. Mencuba untuk menang.

"A'ah.. awak ingat saya nak tadah bebel Zen? Dia sembur dulu baru berfikir tau." Maria sudah kenal Suzzane cukup lama. Dari kena bebel macam-macam lebih baik dia mudahkan kemahuan bos anak orang kayanya itu.

Tetapi sebenarnya Suzzane okay saja kalau tiada yang menganggu hidupnya.

Aliah terdiam. Malu la pulak rasanya. Tetapi memandangkan semua sudah bersikap terbuka biarlah dia tanya semua mengenai Suzzane yang dia tidak pernah tahu.

"Zen memang selalu g bercuti ke kak bila birthday dia"

"Dulu selalu jugak kami pergi celebrate birthday kitorang ramai-ramai. Pergi tempat-tempat menarik. Tapi Zen berubah bila Lisa muncul tetiba"

"Lisa?" Menarik juga ni. Ada rasa sakit di hatinya dengar Suzzane berubah kerana Lisa. Siapa Lisa ni.

"Ali taktau pasal Lisa?"

Aliah mengeleng.

Maria dan Lilian berbalas renungan. Maria menarik nafas yang agak panjang sebelum melepaskannya perlahan.

"Sejak ada Lisa, Zen berubah sangat. Dua puluh empat jam Lisa ni berkepit dengan Zen. Malam mereka pergi kelab malam. Hm bila dah mabuk.. kerja pun Zen tinggalkan." Sekali lagi Maria memandang Lilian. Malas sebenarnya walaupun hanya mahu mengenangkan kisah Suzzane dengan Lisa. Masa itu mereka semua seperti orang asing bagi Suzzane. Hidupnya di siang hari hanya tidur dengan Lisa. Malam hari berclubbing dengan Lisa.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now