K&C BinaJaya development sdn Berhad.
Suzzane melabuhkan punggungnya di kerusi kayu yang panjang di tepi kolam renang yang tenang membiru. Merehatkan badan sepenuhnya selepas bosan dalam bilik meeting.
"Zen, you tidak balik kedai lagi?" Jus orange Chia hulurkan.
"I rasa akan balik sekejap saja. Mahu tengok budak kuno lagi curi tulang." Jus orange diletakkan atas meja di sisinya.
Suzanne mula merasa seronok membuli Aliah. Bagi Suzanne, Aliah menjadi tempat pelariannya melampiaskan masalah dalam hidup. Tanpa Suzanne sedar Aliah sudah menjadi penyebab dia selalu datang ke kedai. Malahan awal pagi lagi dia sudah tercegat macam patung depan pintu dalam kedai papanya. Itu pun tidak disedari Suzanne.
"Hehe." Chia cuma tergelak sedikit. "Budak kuno meh? Bukan budak yang cantik?" Chia memang suka memancing Suzanne melepaskan perasaan yang terdiam dalam hati dan fikirannya. Suzanne terlalu penyendiri.
"Gila! itu cantik meh?" Suzanne malah bertanya semula. Dia hendak pastikan Chia tidak salah melontar kata-kata. Melihat Chia mengangguk pasti, Suzanne buat muka menyampah.
"Dia paling cantik pernah I jumpa babe. You tidur saja mana ada nampak dia hehe." Chia memejam rapat matanya mengejek suzanne yang buta pada anggapannya.
Suzanne tersenyum gelihati melihat gelagat lucu Chia. Sepupu yang gila.
Chia menyandar dengan selesa badannya di kerusi kayu, meluruskan kakinya. Menikmati masa dia berehat. Dia sangat penat sebenarnya. Sangat beruntung bagi dirinya apabila Aliah datang bekerja di kedai kesayangan Mr Khoo. Dia tidak tergesa-gesa berulang alik dua tempat kerja, sehingga kan Maria dengan Julia terpaksa dihantar kerja di kedai itu untuk menggantikannya.
"hmm, I sekarang dapat bernafas lega. Julia sudah boleh balik sini lagi." Chia memejamkan matanya. Menyedut udara waktu lapangnya. Berurusan dengan staff yang lama mengurangkan tekanan kerja baginya.
"Maria?"
"Yaya kekal sana saja. I tidak lagi risau baby uncle huru hara." Masih lagi pejamkan matanya.
"Kasihan haa Yaya kerja sama budak yang kuno." Zen adjust kerusi kayu tinggi sedikit. Menyandar menikmati keindahan dekorasi taman pejabat ayahnya yang gah dengan bangunan tinggi dan berkilat dengan pantulan dinding berkaca.
"Yaya ok saja Zen. Bukan dia punya gaji jadi sedikit. Kerja dia lagi kurang. I perlu pengalaman dia untuk uruskan baby papa you." Chia tersenyum sedikit melihat wajah Suzanne yang seperti orang pekak yang mendengar penjelasannya. Mata tegak merenung langit.
Tetapi dia tahu Suzanne bukan tidak mendengar. "Lagipun kedai tu dekat dengan rumah dia."
"Zen, sampai bila you nak buli Ali." Chia merenung sepupunya degilnya itu. Perempuan yang lahir penuh dengan kesenangan. Tetapi tetap kurus melidi, seperti orang yang kekurangan zat. Berwajah cantik tetapi sangat jarang tersenyum. Suzanne seperti berada di dalam dunianya sendiri. Kawan-kawannya hanya untuk enjoy dan ke kelab. Dia seperti tiada tujuan untuk hidup. Itu sangat merisaukan papa dan mamanya.
Tetapi bagi Suzanne, adakah bekerja di syarikat papanya bererti dia sudah mempunyai tujuan dalam hidup? No way! Dia belum temui lagi tujuan dia hidup di dunia ini.
"Siapa yang buli dia. I cuma bagi dia pengalaman yang dia mahu." Matanya relaks memerhatikan pucuk-pucuk pokok palma dan pokok doa yang ditanam sekitar kolam renang.
"You tahu Zen. Kalau masa kita mula kerja dulu kat kedai tu, Ali juga ada sama. Dia lah yang paling uncle percaya antara kita."
Zen memandang Chia hairan. "You tahu meh?"
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...