Suzanne mengetuk-ngetuk perlahan stering kereta dengan dua jari telunjuknya. Bibirnya bergerak-gerak mengikuti lirik lagu yang telah dia setkan. Itu lah satu-satunya lagu dia ulang dari hari pertama bertolak ke Penang.
Lagu itu mengingatkan dia kepada Aliah. Setiap baris dan irama lagu itu, dia terbayangkan Aliah. Hidupnya penuh dengan rasa bahagia yang dia sendiri pun tidak tahu hendak bayangkan. Hatinya dipenuhi dengan bunga-bunga cinta.
Cintakan budak kuno.
Hingga lah..
"Cousin, I tengok you memang sudah serupa monkey dapat radio" Suzanne yang sedang tersengih-sengih sambil menggoyangkan bahunya itu Chia pandang bosan. Dia bosan tiga hari ini kalau mereka dalam kereta, nonstop lagu yang sama Suzanne ulang tanpa jemu.
"Takpa, I rela jadi king kong sekali pun kalau dengan jadi king kong Ali sentiasa ada depan mata I." Suzzane tersengih serupa kuda. Dia teringat cerita king kong yang mesti ada heroin cantik.
"You apa tahu haa cousin." Chia, Suzzanne pandang sambil menjongket-jongketkan keningnya. Kemudian dia terkekeh gelihati bila melihat Chia mengeluh panjang sambil menghenyakkan belakangnya rapat ke tempat duduk.
"Haiya! Hantar I balik. I penat."
"Don't worry baby, I memang mahu hantar you balik. Tidak boleh ganggu I mahu pergi dating"
"Wuuho!! Jangan kata you mahu pergi rumah Ali haa Zen!" Membesar mata Chia memandang Suzanne yang masih lagi rajin mengikuti baris lagu sama yang terpasang.
Suzanne cuma mengangkat bahunya sedikit.
"Gila.."
"Hahaha.." Suzanne ketawa lepas. "You jealous meh?"
"Pergi mati la I mahu jealous." Chia memejamkan matanya. Hairannya sepupu gila seorang ini. Dia rasa sangat letih sedangkan Suzanne bersemangat penuh dengan keceriaan. Wajahnya cerah bercahayakan senyuman dan sengihan walaupun sebenarnya sekarang ni cuaca tidak secerah mana.
"Bye cousin, tak rindu Yaya meh? Hehe."
"I letih, kalau Zhao Wei depan mata pun I tidak mampu buat apa-apa." Menolak pintu kereta lemah.
"Hehe I bagitahu Yaya haa, you scandal sama zhao Wei."
"GILA."
Terkekeh Suzanne melajukan keretanya menuju arah kedai. Meninggalkan Chia yang berjalan longlai memasuki kawasan rumahnya.
Di K&C hardware.
Fail di atas meja Suzzane selak sehelai demi sehelai dengan perlahan. Semua staff kedai sudah balik ke rumah. Tinggal beberapa orang driver lori sahaja yang masih keluar masuk selesaikan kerja last untuk hari ini.
"Yus, nanti pintu tengah saya kunci. Awak sudah boleh balik."
"Rajinnya Miss Khoo. Dari Penang terus kerja lagi. Sudah kaya lagi mahu kaya meh? Haha."
"Saya ada wawasan saya sendiri. Yus, itu Ali sudah balik?"
"Dia cuti la Miss Khoo." Yusuf berjalan menuju keluar office sambil menunjukkan tiga jarinya pada Suzanne.
"Budak kuno cuti tiga hari? Dia sakit meh?"
Nombor telefon Aliah dia tekan. Terdengar riuh lagu..
"jatuh cinta berjuta rasanya.
Selalu terbayang wajah senyumannya."Hehe Suzanne tergelak. Comelnya lagu dering telefon.
"Hello, Assalamualaikum." Terdengar perlahan suara Aliah didalam suasana yang riuh. Berkerut kening Suzzane. Budak kunonya sihat. Dekat mana ah dia?
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...