5⁴

1.1K 14 31
                                    

Cindy merebahkan tubuhnya sebelah Suzanne yang ralit dengan telefon di tangan.

"Zen, you buat apa" Cindy mencuba meraih perhatian Suzanne. Suasana dalam bilik hotel yang lengang itu membosankan bagi Cindy tanpa perhatian dari Suzanne.

"Nothing" jawab Suzzane perlahan. Masih lagi baring membelakangkan Cindy sambil jarinya laju skroll skrin telefon.

Bagi Suzanne sekarang telefonnya lebih penting dari isi dunia ini. Dia sentiasa keep in touch dengan private investigatornya. Selain dari hal itu, dia tidak lagi peduli.

"Zenn" Cindy memaut lengan Suzanne supaya Suzanne memandangnya. Terdengar nafas keluhan Suzanne saat berpaling memandang Cindy.

Biarlah Suzanne mengeluh atau marah sekali pun. Cindy tidak peduli. Asalkan Suzanne mula memberi perhatian kepadanya.

Cindy tersenyum memandang wajah Suzanne yang mendatar memandang matanya. Begini sahaja Suzannenya sudah begitu cantik dan menawan. Hati Cindy berbunga bahagia.

Kini tanpa Lisa dan tanpa Aliah, hanya dia. Dia rasa peluang dia kembali rapat dengan Suzanne amat cerah.

Dia selalu sayangkan Suzanne dalam keadaan apa pun.

"Why you selalu ada bila I bangun dari tidur Sin" Suzanne kembali baring terlentang memandang lelangit bilik hotel. "You takda urusan lain? Mike?"

"Hehe I kan always jaga you Zen. You saja yang tidak pernah nampak I" tangan Cindy menyelinap melingkari perut Suzanne yang rata itu. Memeluk erat. Mengumpul rasa bahagia dalam hatinya.

"Sorry, hmm" Tangan Suzanne kembali mencapai telefonnya. Jarinya kembali bermain-main di skrin telefon yang memaparkan wajah Aliah sedang ketawa.

Rindunya..

Cindy memejam matanya mengelak daripada terpandang gambar Aliah di skrin telefon Suzanne. Ada rasa sesak di dalam hatinya.

" As usual, I brought clean clothes for you babe" Cindy merapatkan hidungnya di bahu Suzanne. Bau kebahagiaannya. Setiap pagi dia menyediakan pakaian bersih untuk Suzanne walau di hotel mana pun Suzanne check in. Dia tidak mahu Suzanne kelihatan tidak terurus.

Tidakkah itu pun Suzzanne tidak perasan dia seorang sahabat yang penyayang.

"Thanks Sin, You sepatutnya tidak payah susah-susahkan diri kerana I" Tangan Suzanne mengusap kepala Cindy sebentar sebelum jarinya mula mengetik nama Aliah di skrin telefonnya, kemudian menekan butang dail.

Terdengar suara deringan di hujung talian. "Come on Lee" bisik Suzanne sendirian tanpa pedulikan Cindy dan seorang lagi perempuan yang dia tidak kenali dalam bilik hotel ini.

Suara deringan yang sayup-sayup itu membuatkan kuping telinga Cindy terasa bisa seperti diketip semut. "who are you calling?"

Suzanne diam membisu. Masih lagi mencuba dail nombor Aliah berulang kali.

"Sudah lebih dua minggu Zen, you masih call dia?"

"Telefon dia masih lagi berdering Sin. I mesti mahu tahu siapa yang pegang telefon dia. Or maybe the phone is still with her"

Cindy bingkas berdiri. "Sampai bila you nak macam ni Zen" Dengan tergesa-gesa dia mencapai handbagnya berlalu menuju ke pintu. " I'm sick of seeing you like this!". Sempat lagi dia menjeling perempuan seorang lagi yang duduk santai atas kerusi tepi tingkap sebelum berlalu.

Benci dia melihat perempuan itu membalas jelingannya dengan senyuman.

Berdentum bunyi pintu hotel. Terdengar perempuan seorang lagi ketawa perlahan. Matanya memandang Suzanne yang masih setia mendengar sayup deringan dari telefon Aliah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 13, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now