39

1.9K 18 13
                                    

"cepat sayang"

"Kejap Zen" Aliah membetulkan tudungnya depan cermin. Kenapa lah Suzzane berjanji untuk berjumpa dengan Michael waktu rembang petang macamni.

"I yang hendak jumpa Mike. Why you yang cantik-cantik ni"

Tegak badan Aliahyang sedikit membongkok itu, spontan! Terkebil-kebil memandang Suzzane. Tangannya masih lagi memegang tudung tepi pipinya.

"Camtu saya takyah pergi lah" Aliah duduk di birai katil. Dah dia memang macamni. Hendak buat macamana lagi.

Suzzane ketawa duduk sebelah Aliah. Dia tahu Aliah sudah mula hendak merajuk. Kalau tidak kesuntukkan masa, mahu rasanya dia menyakat Aliah lagi.

"Haishh, you ni energi I. Kekuatan I. Kalau you takda nanti kaki I sudah lembek" pipi Aliah yang mula berwarna merah tu diciumnya. Geram, cantik sangat.

"Hehe ngada la Zen. Apa lembek-lembek? Tak bermaya lah!" Malas dah hendak pertahankan pipinya. Beribu kali sudah dijandakan Suzzane.

"Hehe That's what I mean"

"Dia ingat dia ni jelly gaknya nak lembek-lembek hehe" Aliah berdiri menghulurkan tangannya arah Suzzane. Tangan bersambut. Terbantut sudah usahanya hendak melawa tadi.

"You pernah tengok I jadi jelly?

Aliah buat muka. Suzzane jadi jelly? Mana pernah.

"Hehe kalau you mahu, malam nanti you boleh tengok. Hehe" Suzzanne tergelak bila Aliah mula buat muka marah. Nasib baik tiada cubitan kali ini.

"Cepat lah, nanti terlambat pulak" malas hendak layan miang Suzzane.

Suzzane berdecak perlahan mengiringi Aliah. "You sangat suka haa mahu jumpa Mike"

Masam wajah Suzzane, cemburu. Aliah ketawa kecil menggelengkan kepalanya. Entah apa-apa saja lah anak cina sorang ni.

Sekarang ni selalu sangat nak bersweet-sweet dengan dia. Sudah mula hendak cemburu pulak. Pening kepala fikirkannya.

Sebelum keluar dari kereta tangan Aliah, Suzzane pegang. "Lee, nanti depan diorang semua you jangan mahu senyum-senyum"

"Hehe melampau tau Zen. Senyum pun tak boleh sekarang. Dah tu saya nak buat apa?"

"Jangan senyum saja"

Kalau saya senyum gak?

Senyum dengan I saja!"

"Nanti diorang kata clerk awak sombong pulak."

Takpa I lagi suka." Slumber saja Suzzane keluar dari kereta. Tidak rela dia senyuman cantik Aliah dikongsi dengan orang lain.

"Awak serious ke ni. Zennn.." Aliah pun keluar dari kereta. Dah kenapa pulak dia tak boleh senyum nanti. Lebih baik dia berehat saja dekat hotel tadi.

Sudah lah tempat mereka pergi ni cuma tepi jalan. Kawasan lapang dan belukar.

Suzzane menghampiri Aliah. Menarik tangan tangan Aliah supaya dekat dengannya. Kalau boleh setiap saat Aliah melekat saja dengannya.

Belum nampak lagi kereta Micheal. Apa lagi bayang Micheal. Cuma yang Suzzane tidak tahu Anthony pun ada sama nanti.

"Sini sayang, dekat dengan I"

"Zenn, nampak orang nanti. Tak elok tau orang tengok awak peluk saya camni"

"Erm, diorang mana tau rasa orang bercinta sayang" melekap hidung Suzzane dekat bahu Aliah. Mengeratkan pelukkannya.

"Orang akan judge macam-macam nanti Zen. Kalau ada yang snap gambar. Camana. Dah viral pulak?"

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now