19

2.1K 24 16
                                    

            :semakin benci, semakin dirimu aku
            sayang. Semakin marah, semakin
            dirimu aku rindu:

Aliah menoleh arah pintu biliknya. Tidak senang dia hendak mendengar lagu apabila kedengaran bunyi yang agak riuh depan pintu biliknya yang tertutup rapat.

"Emak? Buat apa tu"

Hairan dia melihat bayang yang resah dari bawah pintu biliknya yang sedikit meruang.

Dicabutnya earphone yang terbenam dalam lubang telinganya. Bibirnya terukir senyuman mengenangkan emaknya yang sedang merusuh depan pintu biliknya. Emak buat apa agaknya. Nampak jelas begitu sibuk bayang emaknya bergerak-gerak.

Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan. Berkerut kening Aliah sambil tersenyum. Okey! Emak nak bergurau. Hehe. Asalkan emaknya bahagia. Dia layankan sahaja.

"Masuk!" Aliah memasang semula earphone sambil tetap meniarap menghadap laptopnya yang terpasang lagu dari seberang.

Ngada lah mak hari ini nak ketuk-ketuk pintu pulak.

Aliah menyanyi kecil mengikuti lagu yang dia dengar sambil sebelah kakinya terlipat sedikit ke atas bergerak-gerak rancak mengikuti rentak lagu. Kepala dah bergoyang dah macam pokok ditiup angin.

"Ehem." Maria duduk sebelah Aliah sambil  menepuk bahu Aliah perlahan.

Spontan terhenti pergerakan Aliah bila terasa bahunya ditepuk dan tilam sebelahnya terasa memberat dengan beban. Dia kenal dengan bau wangian yang sedang menusuk lubang hidungnya. Takkan lah dia kot.

"Akak?!" Aliah bingkas duduk. "Akak datang rumah saya?" Aliah seperti orang  mamai tidak percaya. Sukar dia hendak percaya Maria yang duduk sambil tersenyum sebelahnya.

"Hehe.. aah akak rindu kat Ali"

Merah muka Aliah cover malu. Ye lah tadi elok sahaja meniarap sambil menyanyi. Hadeh malunya dia bila melihat Chia tersengih memandangnya sambil menyandar di belebas pintu bilik.

"Malu saya kak." Bisik Aliah. Lebih malu bila Maria dan Chia ketawa melihat wajahnya yang dia pasti mesti semerah cili. Tertunduk dia menekan butang off di laptop. Malunya!!

"Kenapa akak tak bagitahu dulu nak datang." Aliah mencerahkan rasa malunya dengan mulakan perbualan. Tapi tetap memerah wajahnya. Tidak hilang lagi rasa malu.

"Kalau bagitahu, awak mahu belanja kami makan ke Ali." Chia masih lagi tersengih menghampiri Aliah.

"Belanja tu tunggu saya kaya dulu Miss Chia. Gaji lima ratus tak dapat la kan." Aliah tergelak sambil memandang arah Chia.

Tetapi serta merta termati ceria di wajah Aliah. Mengecut gelak ketawanya yang sedang mengembang tadi apabila terpandang Suzanne yang diam memandang tepat arahnya.

Muka kurus putih pucat itu tetap cantik walaupun tanpa senyum. Haih.

Perlahan Aliah menarik anak gajah perut bulatnya menutup leher dan bahunya yang agak luas terbuka. Dapat dia perhatikan bagaimana mulut dan mata Suzanne serentak membulat melihat arahnya.

Ish. Camana aku boleh tak perasan dia ni ada sama tadi.

Tertunduk Aliah malu. Kalau digerakkan perlahan jelas dia dapat melihat bibir dan mata Suzanne membentuk whoah!  Tidak berkelip mata Suzanne melihatnya.

Pervert!! Untung tak jatuh dagu ahli sihir dia tu.

Aliah menarik t-shirtnya yang mengelebeh di bahu rapat ke lehernya.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now