Suzzane memanjangkan langkahnya mengejar lelaki beruban yang tenang mengatur langkah menuju pintu keluar cafe.
Sampai di kereta dia segera membuka pintu kereta lelaki itu lalu pantas duduk menanti lelaki beruban yang masih lagi terhegeh-hegeh mencari kotak rokok dalam kocek kemejanya.
"Silakan keluar Miss lembab. Ini bukan grab" lelaki itu menyandar memandang lurus kehadapan. Dia sudah agak Suzzane mesti akan bertindak seperti sekarang. Suzzane kan? Dia sudah masak dengan perangai anak orang kaya ini. Mungkin penyamarannya pagi ini akan gagal gara-gara sifat gelojoh Suzzane.
Tetapi apa dia kesah? Bila sudah terdesak lagi mudah dia bertindak.
"Mana kau dapat tahu berita ini?" Suzzane merenung lelaki beruban dengan mata yang sedikit merah dan berkaca.
*Sebab itu aku nak jumpa kau pagi ni. Aku rasa kali ini kau akan kalah total Zen" kasihan dia melihat mata berkaca Suzzane itu.
"Haiss, aku terlambat lagi. Aku terlalu focus pada Binajaya."
"Sebab tu Tony biarkan Binajaya menang tipis di Ipoh. Kalau dia mahu projek Ipoh pun kau berputih mata tau"
"Yah, aku faham dia mahu aku tumpu perhatian dekat Ipoh dan abaikan orang-orang yang aku sayang" Suzzane mengeluh. Meraup wajahnya sambil mengesat sisa airmata di pipinya.
Anthony terlalu licik.
"Kalau kau nak. Aku boleh bunuh Bakar. Dia jadi alat Tony untuk serang kau"
Terangkat wajah Suzzane merenung lelaki yang kelihatan serious di sebelahnya.
Hatinya pun sakit sangat teringatkan Bakar tetapi membunuh bukan tindakan yang bijak.
"Kau gila? Bakar sudah lama dengan Tony. Kalau dia hilang, lagi susah aku nak handle semua ni. Tony mesti cari Bakar. Dia akan jadi bertambah kejam."
"Dah tu. Kau lembab sangat! Kau dah lain. Kau dah memasuki titik lemah kau Zen" lelaki uban merenggus geram. Stering kereta dicengkam kuat.
"Kau nak aku bunuh Bakar?"
"Bakar dan Tony!"
"Habis tu, papa aku macamana?? Aku tak sanggup melihat papa aku sedih."
"Biar aku yang lakukan semua ni Zen. Kau cuci tangan." Berusaha dia supaya arahan bunuh keluar dari mulut Suzzane. Dengan senang hati dia akan melakukannya.
"Kau bertindak terlalu baik Zen. Kau ajar aku jadi baik dengan arahan-arahan bodoh kau tu. Bukan diri aku tau bertindak selemah ini" berkeriut bunyi gigi yang dia ketap rapat. Menahan marah.
"Kau berkata semudah ini sebab kau bukan aku. Kau bukan anak papa" Suzzane membuka pintu kereta. "Rentak kau tentu lain kalau kau di tempat aku"
"Aku sedang siasat satu lagi hal Zen" lelaki itu memandang Suzzane sayu. "Aku harap apa yang aku dapat nanti bukan seperti apa yang aku duga"
"Apa lagi" Zuzzane seperti berbisik. Hatinya pedih. "Kalau setakat Binajaya yang Tony dapat aku tak kesah sangat asalkan aku bersama dengan Ali" dia tidak sanggup kehilangan Aliah.
"Aku taktau nape kau boleh bertindak sebodoh ini" Suzanne merenung hairan waiter beruban yang tetap handsome walaupun menyamar jadi apa pun itu. Dia dapat menghidu waiternya itu tahu apa yang dia lakukan. Tetapi macamana waiternya itu boleh tahu. "Kau jangan ingat aku taktau. Silap langkah kau akan.." lelaki itu melalukan jarinya di leher. "Habis!!"
Akhirnya Suzzane teresak. Menunduk menutup mulutnya dengan tangan menahan sendu sambil mengesat airmatanya. Sekarang dia seperti timun dan Tony seperti durian. Bertindak apa pun pastinya dia yang akan terluka.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...