26

2.1K 19 15
                                    


        ::Aku tak sanggup kasih, kehilangan
         dirimu. Walau sedetik rindu
          mencengkam, terasa pedih::

Pagi-pagi lagi  Suzanne sudah berada di office K & C hardware. Dia lakukan ini hanya mahu melihat dan berjumpa dengan Aliah sebelum dia pergi ke Binajaya.

Ini sudah jadi satu kewajiban bagi dirinya. Walaupun hanya beberapa minit atau jam dapat melihat Aliah, itu sudah cukup menjadi ubat rasa rindunya nanti.

"Good morning Lee" dengan wajah ceria Suzzane duduk depan Aliah. Berseri-seri wajahnya menatap wajah tak acuh Aliah.

"Hye Miss K.."

"aha., Zen."

"Hehe hye Zen." Aliah tergelak menatap wajah teruja Suzanne. Kemudian dia terus on kan computer.

Suzanne tersenyum lebar sambil melepaskan nafas yang lega apabila mendengar suara Aliah menyapanya.

Pagi yang sangat indah. Hatinya penuh dengan bunga-bunga yang sedang berkembang.

Suzzane bertongkat dagu memerhatikan Aliah yang meneruskan kerjanya. Meneliti wajah yang selalu membawa dia terbang melayang.

"Lee, you boleh tak focus kat I sekejap" tangan Aliah yang busy dengan kertas kerja itu dicuit-cuitnya dengan ballpen. Memonyokkan wajahnya.

"Ada order lewat petang semalam ni Zen. Kak Maria suruh saya buat cepat." Aliah masih lagi focus pada kerja. Dia baru mula kerja setelah bercuti. "Sekejap ye my princess"

Suzanne tersenyum gembira mendengar Aliah memanggilnya princess. Itu tak cukup, dia mahukan perhatian budak kunonya.

"Hmm. I tidak dipedulikan."

"Hehe saya dengar tu Zen." Sambil jari berhati-hati menekan keyboard.

"Lee, kenapa hari ini bukan hari Jumaat." Suzanne memusing-musingkan ballpen biru Aliah. Masih lagi bertongkat dagu dan berwajah yang monyok. Matanya lurus menatap wajah Aliah yang tekun menguruskan order.

"Untuk apa awak tunggu Jumaat Zen, sedangkan awak ada setiap pagi." Aliah masih meneruskan kerjanya. "Setiap pagi awak akan datang ke sini."

"Hehe" Zen tergelak sedikt. Comel saja buah hatinya ini kerana tahu saja tujuan dia datang kedai hardware pagi ini.

Dia melihat bibir Aliah tertarik melengkung mendengar dia ketawa. Menampakkan gigi tepinya yang putih tersusun.  Alahai, cantiknya. Tidak puas rasa di hatinya kalau hanya sekejap bersama dengan Aliah. Dia tidak sabar menunggu hari Jumaat.

"I ada kerja sini, I datang la." Memberi alasan walaupun rasanya tidak perlu pun.

"Kerja apa tu Zen" menarik salinan kertas order. Cuma perlu beri salinan ini kepada Yusuf.

"I cuma mahu pastikan department miss Khoo only sentiasa bersih dan wangi."

"Hehe dah g tengok ke tu. Bersih ke idok" Aliah terkekeh gelihati. Dia bukan budak kecil lagi tidak faham tindak tanduk Suzzane. Setakat bilik air. Itu tidak mungkin.

"Sekejap ye Zen, saya nak bagi order ni kat belakang" Aliah berdiri membetulkan t-shirt biru mudanya yang agak terangkat sedikit. Membetulkan juga jeans hitam kurusnya yang melekat di kulitnya.

"No," tangan Aliah digenggam kuat. "You duduk sini" sambil sebelah tangan lagi mendail nombor Yusuf. Mana boleh Aliah pergi jauh darinya.

"You boleh telefon saja Lee." Tetap mengenggam tangan Aliah.

Perlahan Aliah duduk mengigit bibirnya memerhatikan tangannya yang digenggam Suzzane. Keadaan yang pelik apabila mereka berada di kedai.

"Zen, tangan saya"

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now