1.4K 18 21
                                    

"Zen, kita dah pusing serata kelab ni banyak kali" Maria terduduk tepi keretanya. Dia sudah tersangat letih. Dia tidak suka suasana di dalam dan luar kelab ini.

"You balik dulu Yaya. Biar Candy temankan I"

"I call Ali pun dia tak jawab ni. what else have you done, zen" Maria boleh agak ada yang tidak kena apabila Suzanne bersungguh mencari Aliah.

"Nothing.."  jawab Suzanne perlahan. Matanya melilau mencari Aliah serata parking kereta. Mana tahu Aliah masih menunggu Maria dan Chia di situ.

"Dia mesti sudah balik cousin" Chia mengusap bahu sepupunya yang sudah sedikit berantakkan itu. "Baby, dah dapat call Ali?" Dia berharap sangat Aliah mengangkat call dari Maria. Dan mereka boleh tinggalkan kelab ini.

Maria mengeleng.

Jarinya sudah lenguh mendail. Tiada jawaban. "You ada call dia tak Zen?"

"I tahu dia marahkan I, tak mungkin dia akan jawab call I" Suzanne mengangguk sedikit. Dia lagi lah banyak kali call Aliah. Dia hendak minta maaf. Dia hendak jelaskan segalanya kepada Aliah.

"Why is she mad at you?" Maria berpeluk tubuh menanti jawaban Suzanne. Kecil besar sahaja Suzanne depannya sekarang. Apa lagi yang Suzanne lakukan? Tetiba Aliah nak marah.

Soalan Maria berlalu sepi di telinga Suzanne. Dia berpura-pura tidak mendengarnya. Matanya tetap mencari Aliah serata arah.

"I nak pergi rumah Lee" Suzanne melangkah menuju ke keretanya. Tetapi terhenti langkahnya apabila tangannya dipegang Maria dengan kuat.

"You sudah gila ke? Dah malam-malam ni nak redah rumah orang" Maria menekan nombor Puan Rohani. Suzanne bukan boleh dibawa bincang. Ikut kepala dia saja.

"Biar I call mak dia je k.  Ali taknak mak ayah dia tahu dia datang kelab ni" tetapi kemudian sekali lagi dia mendail  nombor Puan Rohani. Ini sudah kali kedua dan ketiga lalu Maria ambil keputusan tidak mahu menganggu Puan Rohani lagi.

Maria mengeleng kepala, tanda tiada jawaban.

"I nak balik rumah I dulu. Lee mesti ada dekat rumah I" Suzanne tergesa-gesa masuk ke dalam kereta dan terus melajukan kereta menuju ke rumahnya. Kenapa dia boleh terlupa tentang janji itu. Jam di tangannya dikerling. Pukul sebelas malam sudah berlalu lebih tiga puluh minit.

"Chia, I ikut. Hati I rasa tak sedap tengok si Zen ni" Maria mengekori Chia masuk ke dalam kereta. Sepanjang Chia memandu tangannya sentiasa mendail Aliah. Dia sangat bimbang.

Setiba di rumah Suzanne mereka lihat Suzanne berlari-lari serata pelusuk rumahnya sambil memanggil nama Aliah.

Suzanne ni sudah kenapa?

Rumah pun hanya ada beberapa lampu sahaja yang menyala. Sudah tentu Aliah tiada di sini. Maria dan Chia berpandangan semakin cemas

"Zenn!!" Chia menyentap tangan kurus Suzanne. "Stop it okey!" Menahan Suzanne daripada terus berlari mencari Aliah.

"Bagitau kami apa yang berlaku Zen" sedikit bergetar suara Maria. Kini kebimbangan dia semakin berasas. Dari tadi lain benar kerisauan Suzanne mencari Aliah.

Aliah menghilang di kelab malam. Tempat yang sangat asing bagi dirinya dan Aliah.

"I suruh Lee tunggu I di sini pukul 11" Suzanne bercerita sambil mengelap airmata dengan jarinya.

"I mahu bawa Lee lari jauh dari sini. Jauh dari semua orang. I taknak kehilangan dia!! maafkan I. Yaya, I just..." Suzanne menangis seperti budak kecil yang kehilangan sesuatu yang disayangi. "I don't want to lose her, yaya. I love her so much but everyone wants to stop me..." Suzanne terdiam merasa hampa. "semua mahu halang cinta kami"

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now