Di dalam sebuah cafe yang tenang bercahayakan lampu malap kelihatan Suzzane santai duduk di sebuah meja yang agak tersorok menghadap ke arah pantai dan laut.
Awal pagi begini sudah kelihatan beberapa kelompok orang yang beriadah dan bersiar-siar menikmati keindahan alam semulajadi.
Namun begitu pandangan Suzzane cuma tertumpu pada seorang gadis berseluar jeans dan t-shirt lengan panjang yang longgar berjalan perlahan sambil menyepak-nyepak pasir. Simple tapi cantik serta kelihatan sopan dan, comel.
Suzzane tersenyum sendiri.
Gadis itu mengingatkan dia kepada Aliah. Lekat matanya menyoroti pergerakan dan langkah gadis itu.
Terbit rasa rindunya kepada Aliah. Tidak sabar rasa di hati untuk selesaikan urusan di cafe ini. Tetapi orang yang dia tunggu tak kunjung tiba.
Jam di tangannya kirinya dipandang resah. Resah kerana menunggu. Dia benci menunggu.
"excuse me, miss. This is your hot chocolate" seorang pelayan cafe yang tinggi dan handsome tersenyum manis menghidangkan air cokelat panas yang masih lagi berasap depan Suzzane.
"And.. your raisin apple muffins" sebuah majalah perniagaan dia hulurkan sekali depan Suzzane.
Seperti biasa Suzzane mengangguk sedikit, dia cuma menjeling sekejap arah kaki pelayan itu. Kemudian matanya sibuk mencari kelibat gadis tadi.
Tapi hampa. Tiada lagi bayangan gadis itu di pantai.
Suzzane melepaskan nafas hampa. Kesal kerana diganggu di saat dia menikmati keindahan di pagi hari. Dia menghirup sedikit cokelat panas dan mencicipnya perlahan. Orang yang dia tunggu masih lagi tidak nampak bayang.
Majalah depan matanya diselak-selak perlahan. Terpaku matanya di satu muka surat. Perlahan dia menutup semula majalah itu, menyandar tegak badannya sambil melepaskan nafas lega.
Dia tersenyum puas hati.
"Miss Khoo, sorry haa. Wa lambat sikit"
"Apa berita Kwan"
"Payment dulu lor" lelaki kurus kering bermata sepet depannya menyeringai sambil mengerakkan jari tanda mahukan duit.
"Ada barang ada wang" Suzzane menyuap sesudu muffin ke dalam mulutnya sambil sebelah lagi tangannya memegang satu envelope merah atas meja.
Kwan merenggus sambil meronggoh beg sandangnya apabila sengihan dia tidak mendapat layanan dari Suzzane. Memandangnya pun tidak.
Dasar bos yang sombong!
"Ini, semua yang you mahu, wa sudah dapatkan"
Helaian kertas-kertas keras Suzzane baca dengan teliti. Dia menarik nafas panjang menghabiskan air cokelatnya yang kini suam dalam kesamaran.
"Ini 2k. Payment untuk you punya kerja yang tidak seberapa" sebahagian note kertas dikekuarkan dari envalope merah.
"Dapat semua yang I mahu. Baru you dapat full payment" Suzzane bangun mencapai kertas-kertas di atas meja.
"Semua sudah ada sini. Mana boleh macamni maa" merah hitam muka Kwan menahan marah. Dia tidak puas hati. Dia bingkas berdiri, mencapai kasar duit atas meja dan terus berlalu pergi.
Suzzane tersenyum sinis sambil mengambil satu lagi envalope dari dalam majalah perniagaan tadi. Kerja tidak memuaskan ada hati mahu duit yang banyak.
Dia terus keluar cafe. Sekali lagi jam di tangannya ditatap. Waktu untuk dia berjumpa Aliah di kedai hardware.
Hari ini mereka merancang melawat kilang perabut Mr Richard. Seprti biasa mengajar dan memberi peluang Aliah melihat mesin-mesin yang ada di kedainya ini berfungsi. Sebenarnya bagi Suzzane ini la peluangnya keluar berdua sahaja dengan Aliah.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...