50

1.5K 14 32
                                    

Aliah menarik nafas perlahan. Sudah hampir dua jam dia memerap dalam kereta Suzzane ini. Dipandangnya Suzzane yang tidak bergerak duduk atas kaki lima bangku batu. Entah apa yang cantik dipandang tasik yang agak semak banyak ditumbuhi rumput liar itu.

Aliah melepaskan nafas malas berkali-kali. Malas nak jadi kaki sibuk, malas nak menghalang. Dari tadi Suzzane tidak berhenti merokok. Ini sudah kotak rokok yang kedua Suzzane buka. Berkepul-kepul saja asap kerana kegilaan bibir dan jari Suzzane. Selama ini Aliah tidak tahu pun Suzzane seorang perokok. Tidak pernah sekali pun Suzzane merokok depannya.

Aku memang bodoh, banyak yang aku tidak tahu pasal dia.

Monolog Aliah sambil menekan sedikit perutnya yang sudah banyak kali berkeriuk . Perutnya lapar sudah mencapai tahap kebulur sedangkan tiada tanda Suzzane akan berganjak dari kaki lima bangku batu itu.

Akhirnya Aliah mengalah, dia membuka pintu kereta, berjalan perlahan menghampiri Suzzane, melabuhkan punggungnya atas bangku batu di sisi bahu Suzzane yang diam menunduk. Di jarinya terbiar rokok yang masih lagi menyala.

"Hey budak cina. Pinjam lighter" Aliah menyinggul bahu Suzzane dengan kakinya.

Suzzane sedikit terkejut. Terangkat kepalanya memandang Aliah. Suzzane berdecak malas menahan senyum.

Buruknya pemandangan depan matanya. Sebatang rokok tersepit longgar di bibir Aliah.

"You ingat cute la tu macam tu? ugly girl!!" Suzzane merampas rokok dari bibir Aliah. Sebenarnya pada pandangan Suzzane, seksi saja bibir Aliah apabila menyepit sebatang rokok.

Geram saja dia melihatnya. Kalau ikutkan rasa rindunya ini..

Aliah mencebik. Ugly la sangat.

"Saya taktau pun awak merokok Zen"

"what do you expect, Lee" Suzzane duduk sebelah Aliah. "I go to clubs and I drink alcohol. Of course I smoke" Suzzane tertunduk lesu rasa bersalah. Mesti Aliah rasa tertipu.

"Banyak lagi yang saya taktau pasal awak"

"You terlalu baik Lee. I sayang sangat dekat you. I belum pernah sayang orang lain macam I sayang dekat you. You difference.. you terlalu baik"

"Tapi awak.." terhenti ucapan Aliah. Dia tidak sangggup pun nak ucapkan kecurangan Suzzane terhadapnya. Apa lagi mahu mengingati peristiwa dekat office itu.

"I'm sorry Lee. Believe me, you are the only one I love. just you sayang" Suzzane mengenggam tangan Aliah. Dia mahu Aliah percaya rasa hatinya.

Aliah menggeleng perlahan. Memerhatikan tangannya yang digenggam erat oleh Suzzane. Dia masih jelas mengingati Suzzane berciuman dengan Lisa. Dan dia ditinggalkan sedih dan menanggis sendirian begitu saja.

Patut ke dia mempercayai kata-kata Suzzane sebentar tadi?

"Kita lari sayang" tangan Aliah yang digenggam diletakan di pipinya. Jelas terlihat wajah Aliah yang terkejut mendengar cadangannya.

"Lari?"

Suzzane mengangguk. "Kita lari jauh dari sini. Jauh dari semua orang. Hanya kita berdua"

Aliah masih lagi tidak habis berfikir. Tiba-tiba saja Suzzane mengajaknya lari. Lari? Maksudnya dia akan tinggalkan family dia?

"Babe, I sayangkan you. I dah bosan bila semua orang nak halang cinta kita" Ini lah peluang terbaik baginya menyelamatkan cintanya kepada Aliah dari halangan keluarga Aliah dan ancaman dari Anthony.

Sudah puas dia berfikir. Hanya itu lah jalan terbaik untuk dia dan Aliah. Tanpa membahayakan sesiapa pun.

Aliah cuma diam tidak menjawab. Takkan dia mahu khianati kepercayaan ayahnya kepada janjinya malam itu. Hanya untuk Suzzane yang telah menipunya. Dia sudah cukup malu apabila ayah dan emaknya bertanyakan kisah cintanya dengan Suzzane. Dia hanya mampu menipu ayahnya. Bertegas dia dan Suzzane hanya kawan kerja.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now