"Saya taknak kerja dengan Miss Khoo lagi dan satu lagi, saya takkan kerja lama kat kedai tu"
Aliah menarik nafas yang dalam dan melepaskannya dengan perlahan. Bukan dia tidak perasan wajah kecewa Suzanne yang terhidang depan matanya haritu. Tetapi, itulah hatinya sudah patah riuk. Dia memang sudah tiada hati hendak bekerja di kedai hardware itu. Memang tidak mahu lagi sungguh-sunguh. kalau lah bukan kerana pujukan Miss Chia.
Kejam sangat ke dia?
Hmm .. Aliah mengeluh lagi. Tadi pun, di kedai macam ada ruang kosong pulak bila tiada langsung kelibat Suzanne. Pulaknya! Patutnya dia happy dan selesa sebab tiada yang akan marah-marah dia lagi. Namun hairan dia pada dirinya sendiri, ketenangan yang dia rasa itu seperti longgar.
"Kak, Miss Chia tak datang kedai?"
"Tak, dia call je bagitahu dia tak dapat singgah. Busy agaknya tu."
" Miss Khoo?"
"Suzanne pun busy tu Ali. Sebab tu Chia busy sama."
Dapat dia lihat senyuman Maria dan Lilian memerhatikannya.
"You cari Zen meh?"
"Mana ada" Aliah memandang meja Suzzane yang sepi. Tersorok dan malap. Nafas perlahan dia lepaskan.
"Ali, you dari tadi pandang meja Suzzane. You cari dia?" Lilian tergelak kecil.
"Takda la Lili, bilik tu suram. Kelam macam rumah mak Lampir yang baru dibacakan ruqyah." Aliah mencebek. Maria ketawa geli hati.
"Baca apa?" Lilian tidak mengerti.
"Takda apa lah." Aliah melangkah keluar office berkaca gelap. Dapat dia dengar suara Lilian macam suara nyamuk menyoal Maria macam-macam.
Untuk hari ini dia hanya jumpa Suzanne dan Chia sekejap sahaja semasa lunch. Aliah melepaskan pandangan seluruh bandar dari balkoni biliknya. Suasana yang tenang dengan angin bertiup sesekali. Diperhatikan cahaya lampu yang berkelip-kelip dari kejauhan. Sangat indah seperti ada kerlipan bintang di bumi.
Aliah melangkah meninggalkan balkoni biliknya. Langsir ditarik menutupi pintu kaca itu. Jam di telefonnya dikerling malas. Tertera nombor sembilan perpuluhan tiga kosong.
Hmm, dia menghempaskan badannya di atas katil. Matanya tegak memandang siling biliknya. Fikirannya menerawang mengingati Kedai dan Suzanne. Nampaknya Suzzane menepati janji-janjinya. Membiarkannya bekerja di kedai itu tanpa dia.
Tanpa Aliah sedar sudah begitu lama matanya memerhatikan siling dan fikirannya mengimbau kerja kedai dan Suzanne. Jam sudah pukul dua belas malam. Dia tidak mengerti kenapa dia boleh fikirkan Suzzane yang berubah dari utara ke selatan tingkah lakunya.
Pedulikanlah dia. Esok hendak kerja lagi. Dia mesti tidur. Suzzane bukan boleh diramal dan di teka.
Mengapa dia mesti sibuk memikirkan Suzanne. Kan?
Suis off lampu ditekan. Bergulung Aliah dalam selimut sambil memeluk gajah perut buncitnya.
Tetapi jauh di sudut hatinya.
Selamat malam.
.....
Kini Sudah sebulan lebih Aliah bekerja tanpa diganggu, dimarah dan tiada lagi dia menjadi bibik Suzanne. Tiada lagi dia membancuh teh untuk Suzanne. Malahan bilik Suzanne yang selalu dia pandang sentiasa malap.
Hari-harinya di kedai dirasakan selesa. Cuma beberapa kali saja dia diganggu bunga dari Bakar.
Seperti hari ini, sudah ada sejambak bunga mawar di atas mejanya. Berkali dia tolak, semakin besar jambakkan bunga yang Bakar hantar. Kata-kata yang tertulis semakin manis.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...