Suzanne membuka bungkusan nasi lemak daun pisang yang menyerupai piramid di depannya. Menelan air liurnya bila tercium bau nasi lemak dan daun pisang yang wangi menyapa hidung.
Hmm bau sudah sedap!
Dengan selera dia menyuap tanpa pedulikan renungan papanya dari dia mula duduk tadi.
"Zen, ini hari ikut papa pergi main office. Kita ada sedikit meeting."
"I busy dekat kedai. I ada meeting juga sama Maria pasal barang yang sudah kurang dan yang tidak keluar." Terus menyuap nasi lemak tanpa melihat papanya.
"Petang boleh jumpa Maria, pagi you ikut papa."
Suzanne tidak akan berjaya kalau tersekat hanya di kedai hardware itu demi kerana Aliah. Kerana cinta. Mr Khoo mahu Suzzane duduk di tempatnya nanti.
"Sorry pa, I busy." Masam sudah wajah Suzzane. Dia tidak suka diarah-arah sesuka hati oleh papanya. Dia masih lagi marah dengan Mr Khoo. "Ma, you patut pergi meeting. You tidak boleh percaya saja orang lain uruskan syarikat you." Hujung matanya menjeling arah papanya.
Madam Helen memandang suaminya yang menarik nafas berat yang dalam. Mr Khoo mahu pun Madam Helen tahu sangat siapa yang Suzanne maksudkan. Suzzane yang rasa curiga dengan papanya dan Anthony.
Dia marahkan papanya dan dia tidak sukakan Anthony.
"Ma, I pergi kedai dulu. You jangan lupa pergi meeting nanti." Satu ciuman melekat di pipi Madam Helen.
"You hati-hati haa baby. You tahu mama sayang sama you" Madam Helen masih lagi memandang suaminya yang bangun mengatur langkah menghala ke bilik. Suasana dingin suami dan anaknya perempuannya sudah berlarutan sekian lama.
"Hehe." Suzanne tergelak kecil mendengar pesanan mamanya. Walaupun kedengaran seperti berlebihan tapi dia suka mendengarnya selalu. Setiap hari berkali-kali.
Wa pun sayang sama mama!
Sebelum mula memandu satu pesanan whatsapp dihantar kepada Maria.
Maria melepaskan nafas panjang sambil menegakkan badan menyandar ke kerusi besi. Telefonnya diletak di sebelah pinggan nasi lemaknya.
"Apa?" Chia bertanya hairan apabila Maria tidak lagi sambung menyuap selepas melihat telefonnya.
"Zen nak jumpa."
"Takpa babe, you makan dulu. Nanti I teman you pergi kedai."
"Ni pun dah kira terlambat ni Chia." Jam di tangannya dilihat lemah. Sudah pukul 8.20." Suzanne sekarang awal pagi lagi sudah tercongok dalam office. Dia bukan seperti dulu, yang tidak langsung hiraukan kerja.
"Babe..you makan dulu. Nanti I whatsapp Zen." Direnungnya wajah tidak berselera Maria. Sebelah tangannya mengenggam erat tangan Maria. Dia tidak mahu Maria risau.
"Chia..you patut pecat Ali. Hanya you dengan Suzzane saja yang boleh pecat Ali." Kopi yang sudah suam Maria hirup perlahan. Dia semakin hilang selera fikirkan Aliah.
"Bagi dia peluang dulu ahh Yaya. I yakin sama dia." Telefonnya dimasukkan kedalam beg kerjanya.
"Ali terlalu naif Chia, I bimbang. Dia bukan seperti Lisa." Dilepaskan pandangannya jauh di jalanraya yang sibuk dengan kenderaan. Waktu pagi semua orang berlumba-lumba menuju tempat kerja.
"I tidak sampai hati ahh." Chia kasihan melihat Suzzane yang sudah mula memberi perhatian kepada Aliah. Dia kenal Suzanne.
"You tengok lah orang-orang sekeliling Zen, Chia. I betul-betul bimbangkan Ali."
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...