Aliah termenung merenung kasut yang Chia hadiahkan padanya. Terbayang dia wajah cantik Chia yang baik itu. Cantik dan berjaya tetapi tidak sesombong Suzanne.
Serba-salah dia jadinya. Chia memintanya memakai kasut pemberiannya semasa bekerja sedangkan Suzanne pula melarangnya memakai kasut ini. Ahh. Pening lah diorang ni.
Kenapa lah dia selalu tersekat dengan Suzanne. Apa yang Suzzane mahu pun dia tidak tahu.
Dia hendak aku berhenti kerja ke?
Atau dia mahu aku pakai boot phua chu kang tu je ikut dia jumpa Mr Richard?
"Dik, akak hendak pakai apa pergi kerja esok?" Tergaru-garu kepalanya menghadap almari kasut.
"Kasut akak banyak tu. Pakai je la mana-mana pun. hehe takda siapa yang akan marah."
Aliah berdecak sendiri. Adik lelakinya itu tidak akan faham apa yang dia hadapi sekarang. Dia sekarang dalam dilema, antara beauty and the beast.
Sehingga selepas subuh, Aliah masih lagi memandang kasut pemberian Chia. Chia terlalu baik dengannya. Tidak sampai hati dia hendak menghampakan permintaan Chia. Sepatutnya permintaan itu tidak menyusahkan dirinya langsung. Tetapi kerana Suzanne, dia dalam masalah membuat keputusan sekarang.
Membantah bererti dia menempah bencana. Dia masih lagi teringat semua kata-kata dan perbuatan Suzanne terhadapnya. Bencinya aku dengan dia ni. Dari balkoni biliknya Aliah melepaskan pandangan kearah kedai tempat dia terkurung dengan kerenah Suzanne.
Bersabarlah diri.
Keluhan berat meluncur bersama nafasnya yang hangat. Tidak terasa pun dingin dinihari kerana resah fikirannya sekarang. Dia melangkah masuk kedalam biliknya. Sudah hilang seri keindahan lampu-lampu di bandar kediamannya yang bersinar bersama terbit fajar. Keindahan yang sentiasa dia tunggu setiap hari.
Sorry Chia.
Sementara itu, Suzanne masih lagi terduduk di birai katilnya. Dia juga tidak dapat melelapkan mata. Hati dan perasaannya terlalu sibuk dengan bahagia. Tidak sabar dia menanti pagi, supaya dia segera dapat berjumpa dengan Aliah lagi.
Erm, mahu pakai baju apa.
Merenung setiap helai pakaiannya yang banyak itu berulang kali. Sehelai demi sehelai dipadankan di badannya namun sering membuat dia tidak berpuas hati.
Dia pakai baju kuno, wa mahu pakai apa ahh.
Dia mahu biar nanti dia sepadan bila berdua dengan Aliah. Hehe, wa sudah seperti mahu pergi dating. Fuh! Suzanne menepuk-nepuk sedikit dadanya yang berdebar-debar sendiri.
Dia tersengih sendirian.
Masalah baju ini sebabkan Suzanne tidak dapat melelapkan matanya. Terlentang, tertiarap dia mencuba untuk tidur, tetapi matanya saja yang terpejam sedangkan fikirannya sudah pun kemana-mana bersama Aliah.
Semuanya Aliah.
Kesudahannya dia masih lagi duduk tercongok hadapan wardrobe menolak kiri dan kanan pintu sliding itu memilih pakaian.
Dalam termangu-mangu itu dia tetap tersenyum sendiri. Suzanne terlupa semua yang ada dalam dunia ini. Di dalam hati dan fikirannya cuma ada dia dan Aliah. Dunianya hanya Aliah sekarang.
Ok lah, demi budak kuno. Wa pilih ini. Seluar jeans boot cut hitam jadi pilihannya, dipadankan dengan blouse hitam tanpa lengan. Dia tersenyum bahagia memperagakan pakaian di hadapan cermin. Wah, wa cantik. Lagi Suzanne tersenyum bangga. Boleh sahaja dia mengenakan skirt pendek seperti biasa, tapi dia lebih memilih seluar jeans. Supaya dia kelihatan sepadan bila berjalan dengan Aliah. Tidak sabar dia hendak keluar bersama dengan Aliah.
YOU ARE READING
seharusnya aku pergi
Fantasypermulaannya CINTA. pengakhirannya HAKIKAT. Tiada siapa akan pernah menduga cinta. Tiada siapa pun pernah menduga, apa yang akan kita jumpa sepanjang hayat dikandung badan. #Cerita ini ada kekeliruan melampau. Membacanya atas tanggungjawab sendriri...