sembilan

2.3K 22 15
                                    

Suzanne mengeliat apabila kaki kurusnya terasa sejuk. Terbuka sedikit matanya memandang cahaya terang mencelah masuk ke biliknya. Silau!

Pukul berapa ahh.

Tangannya meraba seluruh katil. Matanya masih lagi terpejam. Sudah puas tangan kiri meracau, tangan kanannya pula merayau-rayau seluruh katil mencari telefonnya.

Aghhh..!

Suzanne bingkas duduk. Aduh, kepala dia terasa sakit berdenyut. Seperti selalu kesabaran dia mudah hilang lagi. Suzanne yang pemarah, walaupun tanpa sebarang sebab. Disaat dia ingin mencapai telefonnya di atas meja kecil sudut katil, dia dapat rasakan bahagian dadanya lapang sahaja. Secepat kilat Suzanne menyingkap comforter biru awan yang elok menutupi pinggangnya.

Berkerut dahi Suzanne sambil menarik comforter menutup dadanya. Semalam dia terus tidur sahaja. Dia tidak ingat pun membuka semua pakaiannya.

Boot..!! Pandangan matanya tertumpu dekat kakinya yang terkeluar dari comforter.

Bogel dah kaki dia.

Matanya melilau mencari boot hitam serata bilik. Tidak kelihatan. Pakaiannya juga sudah tiada. Biliknya bersih.

Kepala yang pening menyukarkan otaknya berfikir dengan tenang.

Dengan perlahan Suzanne baring semula. Kepalanya terasa pening dan sakit. Menyeringai dia memicit dahinya sendiri.

Mesti mama sudah masuk bilik seperti selalu.

Telefonnya dicapai. Tertera nombor tujuh di skrin telefonnya. Comforter Susanne tarik hingga menutup lehernya menghilangkan rasa dingin aircond yang menyengat kulit kuning pucatnye. Malas ah mahu pergi kerja.

Dia terlena lagi.

Berlainan pula dengan Aliah. Boot Pua Chu kang coklatnya di pandang lama. Sengaja dia beli boot itu untuk dipakai semasa dia mencuci toilet Suzanne nanti. Hari ini dia akan berseluar jeans kurus hitam dan blouse Tania berwarna emerald green. Cukup lah dengan selipar fipper berwarna hitam penuh. Pakaian ini akan memudahkan dia melakukan semua kerja yang Suzanne arahkan.

Aku takkan mengalah!

"Kak, awal bersiap pagi ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kak, awal bersiap pagi ni." Sapa Puan Rohani yang menuang kopi untuk dirinya sendiri. Suaminya mesti ngeteh dengan kawan-kawan selepas subuh di masjid.

"Semangat ni mak nak bekerja hehe." Aliah buat-buat ketawa. Di dalam hatinya menyahut dia bersemangat untuk jadi kuli batak Suzanne.

Satu hari aku akan berdiri lebih tinggi dari dia.

Tekad Aliah. Kopi diteguk perlahan menikmati rasa hangat di tekak dan seterusnya di perutnya. Dia tersenyum sedikit. Menyemarakkan semangatnya yang berkobar-kobar.

seharusnya aku pergiWhere stories live. Discover now